SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 29 Julai 2009

JANGAN LAYAN NIK AZIZ








NIK AZIZ KEMBALI NYANYUK

Selepas Pilihanraya kecil Manik Urai, Nik Aziz kembali pulih dari penyakit nyanyuknya apabila mendapati PAS menang tipis. Hanya dengan kelebihan 65 undi di tempat yang dikatakan kubu kuat PAS, maka Nik Aziz tersedar . Sebelum ini dalam keadaan nyanyuk bermacam-macam tuduhan dibuat ke atas UMNO dan BN sehingga perkataan KAFIR pun menjelma semula semasa kempen pilihanraya kecil Manik Urai.

Sehinggakan ada pihak mengajak untuk duduk bersama memikirkan tentang kepentingan Agama dan Melayu pun dia menolak. TETAPI apabila keputusan pilihanraya kecil Manik Urai tidak begitu memuaskan maka Nik Aziz tersedar dari naynyuk dan berkata Kerajaan Negeri kena duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Pusat bagi memikirkan tentang kepentingan rakyat.

Yang mengejutkan, selang sehari melafaskan kerjasma perlu antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat,tiba-tiba,beliau kembali nyanyuk dan mengeluarkan pula kenyataan bahawa PAS tidak sama sekali akan berkerjasama dengan UMNO,malah sanggup mengeluarkan perkataan yang cukup mengguriskan ahli UMNO. ”PERGI JAHANAMLAH UMNO”,Satu ungkapan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dikatakan Ulama, ahli kaji Agama dan Tok Guru.

Hari ini kita tengok Nik Aziz kembali nyanyuk, dia sudah tidah sedar lagi apa yang dia ucapkan.Apakah semua ini angkara PENASIHAT yang pernah dikatakan oleh anaknya bahawa PENASIHAT inilah yang merosakkan ayahnya?

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Syed Anuar Syed Mohamad (Tim PresidenGabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) yang menyarankan kita lupakan saja Nik Aziz, dalam PAS pun dia gagal membawa perpaduan dan juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah.


Pandangan Prof Datuk Dr. Zainal Kling , AJK Gabungan Penulis Nasional(GAPENA),Minat Nik Aziz bukan perpaduan Islam dan Melayu sebaliknya untuk menggugurkan kuasa UMNO dan BN sama dengan niat DAP dan PKR nauk hancurkan parti Melayu.


Nik Aziz dah menyeleweng,jadi macam tak berguna lagi. Orang sudah berjanji dengan rakan politiknya yang bukan Islam untuk hancurkan UMNO, jadi kini dia pun utamakanlah tuntutan politik daripada agama.


Reaksi Prof. Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan,Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM) berkata agenda perpaduan Melayu dapat diteruskan oleh UMNO dan PAS tanpa perlu memberi reaksi terhadap tindak tanduk NIK Aziz.



MAKA, Disebabkan Nik Aziz dah mula nyanyuk semula, kita lupakanlah dia, kalau UMNO nak juga menjalinkan hubungan dengan PAS, maka beralihlah tumpuan untuk berunding terus dengan Presiden Parti PAS, Datuk Hj Hadi Awang dan Tim Presiden, Datu Nasharudin Isa.


Kedua-dua ini masih boleh diajak berunding,Nik Aziz biarkanlah dia dengan gahnya sebagai Mursyidul AM Pas, jangan kita layan dia. Orang nyanyuk ni, kalau kita lagi layan dia semakin menjadi, baik kita biarkan begitu saja , lama-lama dia diam.

Kepada yang fanatik kepada Nik Aziz, fikir-fikirkan,jangan sampai dia dah tak kenal kita baru kita tak nak ikut dia, mungkin sudah terlambat.

JANGAN SAMPAI NASI SUDAH MENJADI BUBUR ,BARU KITA NAK BERUBAH, SUDAH TAK BERGUNA LAGI.




2 ulasan:

  1. salam sahabat yang dikasihi

    kalau penyakit ego dan riak sudah bertapak dalam hati maka sukarlah mereka yang dihingapi itu mengenal kekuasaan Allah sebab mereka sudah anggap diri mereka setaraf dengan Maha Pencipta,,,

    salam

    BalasPadam
  2. Ini olang arr cakap talak selupa bikin looo...
    sekali mau sekali tidak oooo...
    name saje tok gulu tapi ati talak selupa tok gulu..
    kalu siape layan ini olang jadi dia pun selupa ini olang...
    ini tok ajis ati manyak kacau....haiyaaaaa

    BalasPadam