SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 20 Julai 2009

LAKONAN PKR & DAP YANG TERBARU















ANTARA MALANG BERBAU DAN MALANG TAK BERBAU

Pemimpin pembangkang ambil kesempatan salahkan kerajaan atas kematian Setiausaha Politik
Exco Selangor

MALANG tidak berbau - demikian nasib Teoh Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui pada jam 1.30 tengah hari Khamis lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, bangunan menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 di mana Setiausaha Politik Ahli Exco Selangor itu disoal siasat kira-kira 10 jam sebelum kemalangan itu disedari. Kejadian malang itu bukan saja mengejutkan anggota keluarganya, apa lagi beliau dijadualkan memeterai perkahwinannya sehari selepas itu, malah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana ia berlaku.

MALANG Berbau - demikian juga nasib 200 orang penduduk Kg Buah Pala, Pulau Pinang yang terpaksa berpindah dari Kampong tersebut kerana tanah mereka akan dimajukan.Bertambah MALANG lagi penduduk Kg Buah Pala apabila isu mereka tidak diambil perhatian sewajarnya daripada pehak Kerajaan PR (DAP & PKR).

Menjadi tanda tanya ? Kenapa puak PR ini terutama DAP dan PKR tidak mengadakan demotrasi tanda simpati mereka kepada penduduk Kg Buah Pala ?
Kenapa mereka tidak mendesak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya bebas untuk menyelesaikan isu ini.

Inilah perangai dan LAKONAN mereka sebenarnya, hanya pandai mencari kelemahan orang lain, kelemahan sendiri tidak diakui.

Kita simpati di atas kematian Teoh Beng Hock dan sewajarnya pihak berwajib menyiasat secara menyeluruh dan telus kes ini tetapi janganlah kerana nak menutup kelemahan sendiri (DAP & PKR ) sanggup menyalahkan kerajaan BN.

Negara kita ada undang-undang,serahkan kepada mereka untuk menyelesaikan,jika ada yang terlibat tak kira menteri ke, wakil rakyat ke, ambil tindakan TAPI JANGAN LUPA jika ada puak PR yang terlibat jangan buat demotrasi pulak.

Puak PR (DAP& PKR) jangan dok asyik bela nasib MALANG TAK BERBAU SAJA TAPI kenalah BELA NASIB MALANG YANG BERBAU juga.

Kepada penyokong PR ,fikirkanlah bagaimana puak PR (PKR & DAP) mengelirukan rakyat dengan mengalih isu yang besar yang dihadapi oleh mereka kepada isu yang kecil. tujuan supaya rakyat tidak membangkitkan isu besar tersebut. JANGAN LAGI KITA DIPERDAYAKAN OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN PERIBADI INI NANTI KITA YANG RUGI,ANAK CUCU KITA YANG AKAN HIDUP MELARAT.

3 ulasan:

  1. eh..lawak gak mula-mula baca, nampaknya hujanemas ni dah banyak kemajuan.. sampai tak mau makan!

    BalasPadam
  2. salam bro hujan emas

    bro mempunyai gaya penyampaian yang baik ... teruskan usaha saudara dan kita saling bantu membantu dalam menegakkan kebenaran di bumi emas ini...

    saya linkskan blog saudara dalam blog saya

    salam sejahtera

    BalasPadam
  3. Terima kasih Tungaklangit kerana memberi semangat kepada saya, KITA BERANI KERANA BENAR.
    Saya akan link blog saudara.

    BalasPadam