SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 7 Julai 2009

PM YANG BERJIWA RAKYAT













SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA

Felda gedung makanan negara

SEGAMAT 7 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda perlu melalui proses pemodenan dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya dengan muncul sebagai Gedung Makanan Negara pada masa akan datang.Perdana Menteri yang menyifatkan Felda kini mula memasuki fasa kedua pembangunannya berkata, impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran di kawasan lapang secara berskala besar.Menurutnya, impian itu merupakan salah satu misi dalam konsep Felda moden bukan sahaja bagi menambah pendapatan peneroka dan ahli keluarga tetapi juga mampu mengurangkan import bahan makanan dari luar negara.“Pada fasa pertama, Felda membuka tanah untuk dijadikan ladang dan bagi fasa kedua pula, Felda perlu membuka minda kepada segala kejayaan yang tidak pernah difikirkan.“Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka,” katanya semasa melancarkan sambutan Hari Peneroka 2009 di Felda Maokil dekat sini hari ini.

Ulasan hujan emas.

Kawe sungguh teruja dengan ucapan YAB Dato Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia di Majlis Sambutan Hari Peneroka semalam. Ucapan yang cukup bermakna kepada warga Felda.
Dengan tambahan peruntukan pembesaran rumah sebanyak RM225 juta, maka hari ini rakan-rakan kawe yang tertunggu-tunggu dengan pengumuman ini sangat-sangat gembira kerana harapan mereka untuk membesarkan rumah akan menjadi kenyataan.
Ditambah peruntukan bagi projek ekonomi dengan peruntukan yang diberikan sebanyak RM10 juta menunjukkan PM benar-benar ingin melihat masyarakat Felda berjaya.

Slogan "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAMPAIAN DI UTAMAKAN, benar-benar menjadi kenyataan. PM yang mendengar DENYUT NADI RAKYAT.

Maka hari ini, sebagai warga Felda sama-sama kita fikirkan bertapa bertuahnya kita menjadi masyarakat Felda. Kalau kita nak bandingkan dengan masyarakat luar terlalu jauh bezanya.
Kepada Rakan-rakan seluruh Warga Felda,

Kini hanya terletak kepada keinginan kita, samaada kita memilih jalan yang telah di bina oleh PM atau kita memilih jalan kita sendiri. Kita jangan mudah terpedaya dengan kumpulan yang ingin melihat warga Felda hidup dalam kesusahan yang hanya bertujuan berkepentingan politik.

Kita kena ingat, jasa Kerajaan BN amatlah besar sejak daripada Allahyarham Tun Razak hinggalah sampai dibawah kepimpinan anaknya (Dato Seri Najib). Kita renung satu persatu sejak mula kita memasukki Felda hingga sekarang, apa yang telah disediakannya semua untuk melihat warga Peneroka hidup dalam kesenangan.

Kawe cukup terkilan kerana ada setengah rakan-rakan kita yang melihat berada di tanah rancangan Felda menyusahkan mereka. Tapi kawe tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka terpendaya dengan pihak luar yang irihati dan cuba nak melihat masyarakat Felda hidup porak perada dan akan mengambil kesempatan didalam keadaan tersebut.

Oleh itu, kawe ingin mengajak rakan-rakan yang telah terpendaya dengan kumpulan yang berkenptingan politik itu untuk kita sama-sama menyahut saranan YAB Perdana Menteri yang ingin melihat masyarakat Felda berjaya bukan hanya setakat di Malaysia tapi di peringkat dunia. Marilah kita sama-sama menjayakan cita-cita PM untuk menjadikan Tanah Rancangan Felda adalah GEDUNG MAKANAN NEGARA.

6 ulasan:

  1. Apalah guna sekiranya AB.Perdana Menteri sahaja yang brsemangat ngin melihat Felda dan penerokanya berjaya hingga dan menikmati kemewahan,tetapi peneroka nya sendiri yang menjadi petualang di rancangan Felda. Apa lagi yangdia mahu.... Tak cukupkah dengan tanah dan ladang yang dia orang dapat. Terfikirkah dia orang ada lagi rakyat yan menderita diluar rancagan tu. Betulah kata hujanemas... Kesenangan hari ini bukan datang begitu sahaja.

    BalasPadam
  2. Ye la koi pun ingin bersama-sama merealisasikan impian PM kite. Koi pun anak peneroka juga, koi bersyukur walaupun koi anak peneroka kerana kalau tak ade FELDA koi tak tau keluarga koi nak merempat mana.. Ramai anak peneroka berjaya kerana bantuan kerajaan kalu tak mana nak cekau duit nak dapat segulung ijazah...

    BalasPadam
  3. Hujan emas ucap terima kasih kepada ratuayu dan poyosede di atas pandangan dan luahan hati yang murni, diharap sama-samalah kita membantu PM untuk merealisasikan impiannya agar warga Felda akan terus cemerlang dan menjadi contoh Golongan Melayu yang berjaya.

    BalasPadam
  4. Tempat memberi di taburi najis, begitulah sikap manusia yang tak pernah bersyukur........

    Dari tikar sebidang, dari banal dua biji, dari periuk belanga dua biji, dari kuali, cerek sebijik, dari basikal ke motor, ke motarkar.......

    Terpulanglah pada yang ampunya diri, tok dah ajar deme, bersyukur hanya pada Allah, jangan berterima kasih pada yang memberi.....

    BalasPadam
  5. laaaaa auk ni tak tau tau lagi ker....
    memang Perdana Menteri Malaysia berjiwa rakyat..
    sebab tu jd PM....
    Ini yang menyebabkan DAP,PAS,PKR bersungguh sungguh nak jd PM...tapi bukan jiwa rakyat...
    cuma nak menyusahkan rakyat....
    tak rela.....kas tak relaaaaaaa

    BalasPadam