SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 29 September 2009

SIAPA PENGEMIS POLITIK ?.

Takiyuddin sifatkan Ibrahim pengemis politik

KOTA BHARU 28 Sept. - Pas Kota Bharu menyelar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebagai pengemis politik yang tidak mengenang budi parti itu yang menghidupkan semula kerjaya politiknya ketika beliau 'tenggelam' dahulu.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ibrahim semakin keterlaluan kerana mengecam dan mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletak jawatan.
Beliau menegaskan, desakan Ibrahim itu satu tindakan biadap kerana cuba 'menggigit' tangan orang yang telah memberi bantuan kepadanya.
"Ibrahim ini macam pengemis politik, peminta sedekah politik. Dia sepatutnya sudah hilang terus dalam arena politik ini, tetapi atas ihsan Pas, dia dapat bertahan.
Ulasan Hujan emas:
Dato Ibrahim Ali terus diserang oleh kuncu-kuncu Pak Nik Aziz setelah beliau mendesak Dato Nik Aziz meletak jawatan. Datuk Takiyudin menyifatkan Dato Ibrahim sebagai pengemis politik.
Datuk Takiyudin mungkin tersilap dan tidak tahu yang mana pengemis dan yang mana tuannya. Cuba buka senarai dan lihat satu persatu wakil rakyat PAS di Kelantan,berapa ramai anak jati Kelantan dan berapa ramai pula anak luar Kelantan ?.
Sebenarnya merekalah pengemis politik yang datang ke Kelantan minta belas ihsan untuk menjadi calon PAS. Dato Ibrahim Ali adalah anak Kelantan dan dari dulu lagi berada di Pasir Mas,hanya pada pilihanraya ke 12 beliau menjadi calon bebas dan berkerjasama dengan PAS untuk mengalahkan BN.
Sepatutnya Datuk Takiyudin suruh wakil rakyat yang bukan anak Kelantan itu letak jawatan dan ambil anak tempatan bertanding. Kenapa PAS sanggup membelakangkan anak tempatan dan mementing orang luar menjadi calun PAS di Kelantan ?.Mereka lah sebenarnya PENGEMIS POLITIK yang datang bertanding di Kelantan dan belum tentu akan menang jika bertanding di kawasan mereka.
Apa yang dinyatakan oleh Dato Ibrahim terhadap Datuk Nik Aziz adalah bertepatan dan sewajarnya beliau meletak jawatan sebagai MB. 10 sebab yang dinyatakan oleh Dato Ibrahim adalah benar dan bukannya menghina Datuk Nik Aziz.Beliau sememangnya gagal mentadbir Kelantan dengan sempurna dan sepanjang pemerintahannya tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Mungkin ada satu dua seperti pasar siti khadijah tetapi bagaimana dengan perkara lain?.
KEPADA PEMIMPIN PAS, JANGANLAH HANYA SEKADAR MENJADI PAK ANGGUK SAHAJA. JADILAH PEMIMPIN YANG BERANI MENEGUR JIKA ADA YANG TIDAK BETUL.
JANGAN KITA MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG SALAH DAN JANGAN SESEKALI KITA MENIDAKKAN PERKARA YANG BENAR.

Ahad, 27 September 2009

SIAPA YANG SEPATUTNYA LETAK JAWATAN ?.

APAKAH WAJAR MEREKA MELETAK JAWATAN ?.

Samy Vellu dinasihat letak jawatan

SERI KEMBANGAN - Tun Dr Mahathir menasihatkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya melepaskan segera jawatannya bagi memberi laluan pemimpin baru memimpin sayap parti Barisan Nasional (BN) itu. Menurutnya, Samy Vellu terlalu lama memegang jawatan itu sehingga menimbulkan tidak senang dalam kalangan ahli parti itu. “Beliau sudah 30 tahun memegang tampuk pimpinan parti itu, lebih lama daripada saya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Samy Vellu yang masih tidak melepaskan jawatan sebagai Presiden MIC walaupun selesai mengadakan pemilihan parti. Beliau berkata, sebagai pemimpin, beliau perlulah berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin baru untuk memikul tugas tersebut.
Nik Aziz gesa Ibrahim letak jawatan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut. “Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya. Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.
"Mursyidul Am Pas perlu beri laluan kepada orang baru"

PASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan dan memberi laluan kepada orang baru menerajui parti itu. Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan usia Menteri Besar Kelantan itu, sepatutnya pemimpin Pas itu yang meletak jawatan, bukan beliau. “Dia yang patut letak jawatan, dia dah lama jadi Menteri Besar, dia dah tua, sakit...dia yang kena letak jawatan, dan patut beri laluan pada orang baru," katanya ketika pada majlis rumah terbuka di sini, semalam.

Ulasan Hujan emas :
Ketiga-tiga tokoh yang ingin dibicarakan ini merupakan tokoh-tokoh TERKENAL yang mempunyai kelebihan dan kehebatannya yang tersendiri. Sekian lama berada di dalam kancah politik dan telah menunjukkan jasa yang cukup besar kepada parti dan pengikut masing-masing.
Tapi kini, kehebatan mereka mula dipertikaikan dan ada yang sudah berani memberi nasihat agar ketiga-tiga tokoh ini meletak jawatan politik masing-masing.
Kenapa ini berlaku kepada mereka ?.
Berbeza dengan mantan PM Tun Mahathir yang meletakkan jawatan sebelum disuruh. Inilah kebijaksanaan yang ada pada Tun Mahathir yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Apakah wajar mereka meletakkan jawatan masing-masing ?.
Dato Samy.
Yang baru dipilih semula sebagai Presiden MIC sudah tentu cukup berat untuk meletak jawatan TAPI kalaulah perpecahan kaum India kerana Dato Samy, MAKA sewajarlah Dato Samy meletak jawatan sebagaimana saranan Tun Mahathir. Hari ini bukan soal harga diri sendiri tapi yang penting untuk parti dan kerajaan. Tidak ada gunanya kita hebat dalam parti tapi kita kalah dalam pilihanraya.
Dato Ibrahim Ali,
Semuanya orang tahu kehebatan beliau dalam perjuangan politiknya, keluar masuk dalam UMNO sudah menjadi perkara biasa dan kebijaksanaan beliau dalam politik tidak ada orang lain yang boleh membacanya termasuklah Dato Nik Aziz sendiri pun diperdayakan.Hari ini kali kedua PAS minta Dato Ibrahim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kerana beliau gagal berkerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Mungkin Dato Nik Aziz sudah sedar bahawa beliau telah diperdaya oleh Dato Ibrahim Ali sebab itulah beliau mendesak Dato Ibrahim meletak jawatan.
Dato Nik Aziz,
Apabila Dato Ibrahim Ali pula minta Dato Nik Aziz meletak jawatan dan memberi laluan kepada orang lain.
Saya yakin,Dato Nik Aziz tidak akan meletak jawatan dengan sewenangnya kerana Dato Nik Aziz tahu bahawa PAS Kelantan ketiadaan pemimpin pelapis yang boleh menggantikan beliau.
Sekiranya Pak Nik meletak jawatan siapa agaknya yang akan menjadi MB ?. Siapa yang ada di Kelantan ?. Ramai wakil rakyat PAS di kelantan adalah dari luar dan bukan anak jati Kelantan.Dato Nik Aziz pun tahu,jika beliau letak jawatan atau bersara sudah tentu PAS Kelantan akan huruhara jadinya.Sebab itulah tidak ada sesiapa pun dikalangan Pemimpin PAS yang meyuarakan agar Nik Aziz meletak jawatan.
Bagi saya, hanya dua tokoh yang perlu letak jawatan demi perpaduan kaum dan kepentingan Bangsa, Agama dan Negara iaitu Dato Samy Vellu dan Dato Nik Aziz.
Dato Samy sewajarnya berundur kerana bukan setakat sudah terlalu lama memegang jawatan tetapi kaum India sudah tidak boleh menerima cara kepimpinan beliau sekarang ini.Demi menjaga kepentingan kaum India dan kerajaan, Dato Samy perlu memikirkan semula pandangan yang telah diberikan oleh Tun Mahathir.
Bagi Nik Aziz pula, jangan fikir kerana tidak ada pemimpin pelapis atau takut Kelantan akan jatuh kepada UMNO/BN. Apa yang penting adalah untuk mempastikan rakyat Kelantan terus terbela dan tidak merempat di Negeri orang.Lihatlah apa yang boleh PAS buat sepanjang pemerintahannya?.
Oleh itu,demi kepentingan rakyat Kelantan sewajarnya Dato Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan . Jangan sampai bukan anak jati Kelantan yang menjadi MB dan jangan sampai Ekonomi Kelantan dikuasai oleh rakyat Tahiland.
FIKIR-FIKIRKANLAH.













Sabtu, 26 September 2009

TUANKU SULTAN PAHANG BERJIWA RAKYAT

TUANKU MINTA SOKONG KERAJAAN.

Saya cukup terharu apabila membaca titah Baginda Sultan Pahang yang mahukan rakyat terus meyokong kerajaan yang banyak melaksanakan agenda pembangunan negeri,terutama dari aspek ekonomi,pendidikan dan kemudahan asas.

Baginda bertitah semasa meninjau tapak Jambatan Kuala Krau yang bernilai RM 64 juta. Keperihatinan Baginda memang sudah terbukti kerana setiap masalah rakyat diambil tahu oleh Baginda.

Kepada semua penduduk di Negeri Pahang samada anak jati Pahang atau yang tinggal di Negeri Pahang terutama PENEROKA FELDA haruslah berterima kasih kepada KDYM Sultan Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang. Negeri Pahang satu-satunya negeri yang membenarkan rakyat daripada negeri lain menjadi peneroka Felda di Pahang.

Sebab itulah saranan Baginda harus kita ikuti kerana Baginda yakin dengan Kerajaan yang ada sekarang untuk mentadbir Negara Malaysia ini. Janganlah kita terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang memperalatkan rakyat bagi mencapai cita-cita jahat mereka.

Tengoklah negeri yang diperintah oleh Pembangkang, bagaimana sekarang ?.Urus negeri pun, mereka sesama mereka tidak boleh berpakat inikan pulak nak memerintah Negara.

Sekali lagi saya menyeru kepada warga Negeri Pahang dengarlah nasihat Baginda Sultan Pahang dan kepada para peneroka Felda di Negeri Pahang patuhlah nasihat Baginda ini. Jangan sesekali kita engkar nasihatnya.
JADILAH ORANG YANG TAHU BERTERIMA KASIH.

Jumaat, 25 September 2009

APA SEBENARNYA MOTIF DATO HASSAN ALI ?.




















APAKAH INI LAKONAN KEDUA DATO HASSAN ?.

Dato Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor bersuara semula mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkenaan dengan SELCAT.

Ada yang marah kepada Dato Hassan Ali di atas tindakannya yang sepatutnya tidak perlu dihebahkan.

Persoalannya apakah motif sebenar Dato Hassan Ali berbuat demikian?. Adakah ini lakonan beliau sabagaimana lakonan yang pernah dibuat dalam isu ARAK di Shah Alam?.

Atau mungkin masih ada lagi yang Dato Hassan inginkan dari Kerajaan negeri belum diperolehinya?.

Kita berharap kepada Dato Hassan Ali, kalau nak berjuang demi menegakkan Agama Islam, berjuanglah bersungguh-sungguh, jangan takut walaupun akan hilang jawatan dan kuasa.

Kepada pemimpin PAS, Jangan kerana mementingkan jawatan dan kuasa sanggup membiarkan Dato Hassan berjuang seorang diri demi Agama dan kebenaran.

FIKIR-FIKIRKANLAH......................

Rabu, 23 September 2009

Sempitnya Fikiran Nik Aziz SAMA Sempitnya Jambatan Sultan Yahya.









APA NAK JADI DENGAN SISTEM JALAN BANDARAN DI KELANTAN ?.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua Bloger, maaf zahir batin.
Selamat bertemu kembali, hampir seminnggu bercuti, hari ini saya mulakan laman blog ini dengan cerita pengalaman bercuti di Kampong Isteri saya di Tumpat, Kelantan.

Saya agak terkejut juga dengan kesesakkan kenderaan yang berlaku di Negeri Kelantan semasa perayaan ini terutama di kawasan -kawasan bandar.

Apa yang saya nak ceritakan dan kalau boleh kita berkongsi bersama terutama anak-anak perantau yang sering balik ke kampong semasa hari perayaan. Apabila melihat kesesakan ini berlaku pada setiap hari terutama di kawasan pinggir bandar Kota Bahru saya terfikir sendiri apakah rakyat Kelantan ini tidak menyedari apakah punca sebenarnya berlaku kesesakan tersebut?.

Adakah benar kerana terlalu ramai anak-anak perantau yang balik beraya di Kelantan atau sebenarnya kerana sistem jalan bandaran yang tidak teratur?.

Apa yang saya lihat adalah bukanlah kerana terlalu banyak kenderaan yang menjadi punca utama kesesakan tatapi sisitem jalan tersebut yang tidak teratur.
Yang menjadi persoalan saya, adakah Datuk Nik Aziz tidak berfikir dan menyedari akan perkara ini ataupun tidak pernah ambil tahu tentang masalah rakyat ini ?. Bagi saya sebagai Menteri Besar, permasalahan seperti ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sampai bila-bila, saya akui ada perubahan yang dilakukan tetapi saya nampak tidak bersesuai langsung sebagai contoh jalan yang menghala ke Jambatan Sultan Yahya. Kalau nak bercerita tentang laluan yang sesak ini terlalu banyak sangat TAPI saya nak mengajak rakyat Kelantan terutama anak-anak perantau ini berfikir,sampai bilakah kita terpaksa berhadapan dengan masalah ini?.

Bagi saya inilah kesannya kalau ketua Negeri(Menteri Besar) tidak perihatin kepada masalah rakyat dan dok sibuk dengan kerja politiknya. Dok cakap yang tu kafir, yang ni tak masuk Syurga hingga terlupa nak tunai tanggungjawab sabagai Menteri Besar.


Oleh itu fikirkanlah WAHAI RAKYAT KELANTAN DAN ANAK-ANAK KELANTAN DIPERANTAUAN.BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN KITA SEMUA.

APAKAH KITA MASIH SANGGUP BERADA DI BAWAH KEMPIMPINAN SEPERTI INI ?
YAKINLAH KALAU BARISAN NASIONAL (BN) YANG MEMERINTAH KELANTAN PASTINYA AKAN BANYAK BERLAKU PERUBAHAN YANG MEMBERI KESENANGAN KEPADA RAKYAT.

Puak PEMIMPIN PAS ni dok asyik fikir jawatan dan kuasa untuk mencari kepentingan sendiri sebab tulah Kelantan jadi seperti sekarang ini.

ADA MENTERI BESAR DOK ASYIK BUAT KERJA POLITIK HINGGA ABAIKAN TUGAS SEBAGAI MB. Fikir-fikrkanlah.Wasalam.







Rabu, 16 September 2009

HADIAH KEPADA ANWAR SEMPENA 16 SEPTEMBER


















Permohonan Anwar gagal
Oleh AMIRUDDIN HARUN
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu antara lain telah menyalahgunakan proses mahkamah bertujuan melemahkan prosiding jenayah yang dihadapinya.

Ulasan Hujan emas :
Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk melucutkan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya merupakan hadiah istimewa sempena ulangtahun angan-angan Anwar menjadi PM .

Kenapa tarikh 16 september yang menjadi pilihan hari menentukan keputusan ke atas Anwar ?.Adakah ianya dirancang atau ianya terjadi tanpa disedari oleh sesiapa?.

Kepada Sdr Anwar, janganlah buat helah lagi demi KEADILAN DAN KEBENARAN. Percepatkanlah perbicaraan ini agar semua dunia tahu bahawa apa cerita sebenarnya. Jangan tunggu sehingga 16 september akan datang bimbang akan ada kejutan lagi seperti 16 september 2009.

Kalau kita tidak bersalah kenapa kita sanggup mencari alasan agar perbicaraan untuk membersihkan diri kita di tangguhkan ?.

Kebelakangan ini banyak sangat peristiwa-peristiwa yang dirancang berlaku agar isu liwat ini tidak diperkatakan oleh masyarakat umum. TAPI PERLU DIINGAT, walaupun tidak diperkatakan namun masyarakat tidak akan lupa selagi perbicaraan tidak dijalankan.


KEPADA PENGIKUT - PENGIKUT PR, FIKIRKANLAH SECARA RASIONAL KENAPA PERKARA SEBEGINI BERLAKU ?.


Jangan kita mengikut tanpa usul periksa ,yang rugi kita, mereka tetap dengan kehidupan yang selesa.

FIKIR-FIKIRKANLAH.


Selasa, 15 September 2009

DEMI POLITIK GADAI KAN BANGSA DAN NEGARA

















KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Hujan emas ulas:

Ini lagi satu cerita demi kepentingan politik ,kuasa dan jawatan, sekali lagi PAS sanggup menggadaikan maruah bangsa MELAYU dengan merestui dan menyokong orang melayu menyertai DAP.

Apakah PAS sedar mainan politik DAP ini yang akan memperkudakan orang melayu ?.

Datuk Hassan Mohd Ali yang suatu ketika dulu sanggup meletakkan jawatan kerana memprotes jualan arak di Selangor tetapi terus senyap setelah berjumpa dengan kepimipinan DAP dan PKR dan hari ini juga menyokong orang melayu menyertai DAP.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG . Datuk Hasan merupa salah seorang pakar motivasi yang terhebat dikalangan orang melayu yang sanggup menggadaikan maruahnya demi kerana jawatan dan kuasa politik.


Adakah PAS sedar apa yang berlaku di Perak ?. Apabila diberi Kuasa memerintah Perak, SIAPA YANG BERKUASA DI PERAK ?. PAS ATAU DAP ?. Pemimpin PAS diberi jawatan tapi kuasa adalah milik DAP sebab itulah diluluskan tanah samapai 999 tahun kepada kaum bukan melayu.PAS hanya jadi pak sanggup je.


SEDARLAH WAHAI PEMIMPIN PAS.
Kalaulah Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Perak membenarkan Menteri Besar bukan orang melayu, saya yakin bukan NIZAR yang menjadi Menteri Besar.

Hari ini DAP mempelawa orang melayu menyertai DAP,Apakah kita sedar atau tidak perancangan mereka ?.

Apakah kita sanggup negara kita ini menjadi seperti negeri Perak sewaktu diperintah oleh PR ?.

JAWATAN DIBERIKAN KEPADA MELAYU TAPI KUASA ADALAH MILIKNYA.
Kepada Datuk Nik Aziz dan Datuk Hassan Ali, janganlah sampai maruah bangsa melayu pun hendak digadaikan dek kerana jawatan. Fikirkan juga tentang melayu, kalau dah jadi seperti Singapura sudah tidak berguna lagi.

FIKIR-FIKIRKANLAH DEMI BANGSA MELAYU.


Isnin, 14 September 2009

BERTAPA BERTUAHNYA PENEROKA FELDA











KELEBIHAN PENEROKA FELDA


Saya mengambil kesempatan sempena menyambut Hari Raya Aidl Fitri yang bakal tiba mengucapkan jutaan terima kasih kepada FELDA dan Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil berat tentang masyarakat Felda.

Saya ingin mengajak seluruh warga Peneroka Felda untuk sama-sama kita mengucapkan terima kasih kepada Felda dan Kerajaan yang memilih kita menjadi Peneroka Felda dan bersyukur kehadrat ALLAH Swt kerana menentukan kita berada dalam Rancangan Felda.

Kehidupan kita sebagai Peneroka Felda jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan mesyarakat luar Felda.

Contoh yang terbaik menjelang Hari Raya nanti, Saya dan seluruh masyarakat Felda di Malaysia ini menerima 4 bayaran sekali gus yang dibayar oleh pihak Felda mulai semalam.

Bayaran pertama ialah bonus Hari Raya yang diberikan oleh Felda setiap tahun sebanyak RM 350.00 (bersama Felda)dan RM 150.009Tidak bersama Felda)

Bayaran kedua Caruman Hari Raya yang dipotong daripada pendapatan peneroka sebanyak RM30.00 sebulan dan ada yang mendapat RM360.00 sebulan.

Bayaran ketiga Bonus Kopersi Peneroka Felda (KPF ) sebanyak 2.5% lebihan daripada bayaran dividen setiap tahun.

Bayaran keempat adalah pendapatan hasil bulanan daripada hasil sawit 10 ekar yang dimilik oleh Peneroka.

Sebab itu, saya menyatakan masyarakat Peneroka sangat-sangat beruntung berada di tanah Rancangan Felda denga nikmat yang diterima begitu banyak.

OLEH ITU…… TEPUK DADA TANYALAH SELERA.

Sama-samalah kita memberi sokongan yang padu kepada FELDA dan KERAJAAN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai tanda terima kasih kita kepada Ayahnda beliau yang mengadakan Felda ini.

TANPANYA DIMANAKAH KITA SEKARANG INI?.

Sama- sama kita fikirkan.Wasalam.

Ahad, 13 September 2009

PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN.



PEMIMPIN YANG MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT.










PILIH PEMIMPIN UTAMAKAN RAKYAT – DATO NAJIB

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menjadi popular dalam parti tetapi tidak popular dikalangan rakyat.

Tumpuan utama adalah meraih popular dikalangan rakyat bagi membolehkan BN menang besar dalam pilihanraya akan datang.

Kepada semua pemimpin dalam komponen BN haruslah mengambil perhatian yang sewajarnya peringatan oleh Datuk Najib ini.

Hari ini, kita bukan lagi hendak menjadi hero dalam parti masing-masing tetapi kita nak menjadi pemimpin yang boleh diterima oleh semua rakyat. Hebat dalam parti tidak menjamin akan menang dalam pilihanraya.

Oleh itu, kepada semua pemimpin parti, apabila memilih calon dalam pilihanraya biarlah ianya benar-benar diterima oleh rakyat bukannya yang baik dengan pemimpin sahaja.

Denyut nadi rakyat perlu didengari betul-betul dan bertindak dengan segera untuk mambantu rakyat bukan hanya sekadar mendengar dan selepas itu lenyap begitu sahaja.

Kalau kita selalu mendekati rakyat maka rakyat akan selalu mengingati pemimpin dan tidak rugi kalau kita selalu mendekati rakyat.

KEPADA PEMIMPIN JADILAH PEMIMPIN YANG DISUKAI RAKYAT BUKANNYA SETAKAT POPULAR DALAM PARTI.

BENARKAH BN AKAN BERKUBOR ?.








APAKAH PAKATAN RAKYAT (PR) PUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH ?.

Kalau dilihat gelagat pemimpin pembangkang seolah-olah mereka akan memerintah Negara Malaysia tidak lama lagi.
APA SEBABNYA ?.

PERTAMA : Setelah dapat memerintah lima negeri dalam pilihanraya umum ke 12 dan mereka berjaya mengurangkan majoriti duapertiga parlimen , mereka merasai bahawa Negara Malaysia ini akan dikuasai oleh mereka. Sebab itulah DSAI meraung seluruh Negara mengatakan bahawa pada 16 September 2008, beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, akan tetapi segala-galanya ALLAH SWT menentukannya.

TETAPI SELEPAS ITU........
Negeri Perak kembali diterajui oleh BN walaupun sekarang ini ada lagi pemimpin pembangkang yang gila jawatan dan kuasa masing menganggap mereka berkuasa di Negeri Perak.Apabila Perak dikuasai oleh BN, kita nampak puak pembangkang agak tertekan sedikit dan bimbang kut-kut adalagi negeri yang dimenanginya akan dikuasai oleh BN.

DAN KEMUDIAN ................
Pembangkang mula menunjuk semula keanggkuhan apabila memenangi semua kawasan DUN dalam pilihanraya kecil yang diadakan. dan ditambahkan lagi apabila Jepun yang diperintah oleh LDP selama 54 tahun tumbang ditangan pembangkang PDJ.

MAKA, mereka yakin MALAYSIA ini JUGA BAKAL menjejaki Negara JEPUN.

APAKAH INI AKAN MENJADI KENYATAAN ?.

HUJAN EMAS mencatit pandangan dua orang tokoh yang membicara tentang persoalan ini iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, TUN Mahathir dan mantan pemimpin kanan PKR, Dr Chandra Muzaffar.

Tun Mahathir kata:

UMNO, BN akan berkubor mengikut jejak langkah parti LDP Jepun sekiranya prestasi kerajaan BN dan parti komponen BN gagal menyakinkan rakyat.
Situasi politik yang melanda dalam UMNO dan BN seolah-olah akan mengelami nasib yang sama seperti LDP.
“Malaysia kini semakin ketinggalan dibelakang jiran-jirannya. Kita bukan lagi Negara yang terkedepan di rantau ini dan sudah semestinya tidak lagi boleh disifatkan sebagai Negara contoh”

Dr Chandra Muzaffar kata :

Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah Negara Malaysia ini kerana tidak ada muafakat dan kata sepakat antara ketiga-tiga parti ini dalam soal-soal berhubung kait dengan agama dan kaum. Isu utama yang akan mewarnai politik Malaysia secara keseluruhan ialah isu agama. Dan jika dalam soal agama yang begitu fundamental tidak ada persafahaman antara parti-parti yang mahu memerintah di peringkat pusat dalam soal agama dan kaum bagaimana keadaan Negara kita ?.

KITA LIHAT PRINSIP KETIGA-TIGA PARTI INI.





Bagi PAS, akan menegakkan kehendak masyarakat dan negeri yang berdasarkan pada prinsip-prinsip Islam. PAS akan cuba melaksanakannya kerana itu adalah imejnya dan harapan para pengundi dan penyokongnya dan PAS tidak boleh menghampakannya.




Bagi DAP pula , mempunyai pendirian yang sangat berbeza dengan PAS dalam pelaksanaan hokum-hukum Islam. Pemimpin mereka pernah berkata langkah mayat mereka dahulu kalau PAS nak menegak Islam di Malaysia ini.


Bagi PKR pula, yang melaungkan kebebasan bersuara dan beranggan-anggan nak jadi PM ,akhirnya memakan diri sendiri apabila soal agama , orang melayu PKR akan condong kepada Pas dan bagi anggota bukan melayu akan cenderung pula kepada DAP.Inilah masalah yang dihadapi oleh PKR


Kita renunglah bersama dengan pandangan –pandangan yang dilemparkan oleh kedua –dua tokoh ini yang mana akan menjadi kenyataan?.Dan kita sama-sama meneliti prisip perjuangan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ini.

Kepada BN tunjuklah prentasi yang baik terutama bagi parti komponen diharap dapat menyelesaikan masalah dalaman sebelum ianya menjadi racun di dalam Barisan Nasional.Jangan sesekali Pakatan Rakyat dapat memerintah Negara ini bukan kerana MEREKA KUAT tetapi kerana KITA LEMAH..

Sabtu, 12 September 2009

SIAPAKAH ' PAK JANGGUT ' ITU ?


YB ZULKIFLI MEMBIDAS 'PAK JANGGUT'

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru,YB Zulkifli Noordin membidas 'Pak Janggut' yang memutar belit ayat-ayat suci Al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

PERSOALANNYA ?.Siapakah 'Pak Janggut' yang dimaksudkan ?.

Sama-sama kita renungkan darimana 'Pak Janggut' ini datang ?

Kalau 'Pak Janggut' ini dikalangan pemimpin UMNO, siapakah dia yang berjanggut ?.

Cuba kita cari dan kalau jumpa ,kita selidik betul-betul adakah orang UMNO yang memutar belit ayat Al-Quran tersebut.


Kalau dari PAS pula siapa dia ?. Kalau nak cari siapa yang berjanggut terlalu ramai, tapi kalau nak cari yang tak berjanggut susah sikit.

Agak-agaknya siapakah sekiranya dari pemimpin PAS ?. Dalam PAS ini, jadi ahli PAS 2 hari pun dah dipanggil USTAZ, bila dipanggil Ustaz mula pulak simpan janggut.

Kalau dari PKR,agak-agaknya siapa pula yang berjanggut?. Kira-kiranya tak ramai juga pemimpin PKR yang berjanggut tapi kalau dicampur semuanya pemimpin PKR yang berjanggut lebih ramailah daripada pemimpin UMNO.

FIKIR-FIKRKANLAH SIAPA DIA ?.

Saya ucapkan tahniah kepada YB Zulkifli Noordin yang berani menegur 'Pak Janggut' yang tunjuk bijak mentafsir ayat Al-Quran ini.Saya harap YB Zul kena lebih berani lagi dengan menyatakan yang sebenarnya siapakah 'Pak Janggut' tersebut.

Tujuannya untuk kita mengenali watak sebenarnya 'Pak Janggut' ini tak kiralah samada dia tu dari UMNO ke . PAS ke atau PKR. Dari itu saya berharap YB Zul dapat mendedahkannya.
'Pak Janggut' inilah yang sebenarnya merusakkan akidah orang politik yang rendah ilmu agamanya. Pak Janggut ini sanggup menggunakan agama demi mencari pengaruh politiknya dan mengejar jawatan dan kuasa.
Dari itu.....................
WAHAI PENYOKONG PAS SEMUA , ADAKAH KITA SANGGUP DIPERDAYAKAN OLEH MANUSIA SEPERTI 'PAK JANGGUT' INI ?.
Tepuk dada tanyalah selera..........semuga kita dapat mencari jalan kebenaran yang sebenarnya.

Khamis, 10 September 2009

BOM HIDROGEN LAWAN BOM NUKLEAR

















Samy Vellu sedia ‘bom hidrogen’
Oleh SANTHY MUTHALUsanthy.muthalu@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.
Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.
Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Saya ada 'bom nuklear' - Subramaniam

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.
Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.
''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.
''Tetapi ini bukan cara saya. Saya suka keamanan tetapi beliau mengamalkan cara kekerasan dan keganasan dalam memerintah partinya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Samy Vellu hari ini yang mendakwa Subramaniam telah menyediakan beberapa butir 'bom' untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Ulasan Hujan emas :

Apa nak jadi dengan pemimpin MIC ni ?. Bilakah nak selesai masalah dalaman parti mereka ?.

Apa yang penting mereka sepatutnya memikirkan kepentingan parti dan BN,bukannya untuk menunjuk siapa hebat. Sekarang bukan masanya untuk berpecah belah.

Kepada Dato Samy janganlah keras sangat, bertolak ansurlah sikit, terima lah pandangan orang lain.

Kena fikir Kaum India telah ada 10 parti, jangan sampai ada lagi parti baru yang akan ditubuhkan.

Kena fikir tentang kepentingan kaum India terlebih dahulu,jangan dok fikirkan tentang jawatan sahaja. Tak guna dapat jawatan tetapi kita kehilangan kuasa untuk mentadbir Negara.

"Protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai 10 buah parti dan kumpulan"
*PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM

"Samy Vellu sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk menerajui parti"
*DR. SARJIT SINGH GILL
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM

"Samy Vellu perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan kehilangan undi pengundi India.Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana menolak Samy Vellu"
*DATUK VYRAN T. RAJ
Wakil NGO

"Samy Vellu yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam parti itu"
*PROF. DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK
Pensyarah Pengajian Antarabangsa UUM

FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA.

Selasa, 8 September 2009

APA YANG DI FIKIRKAN OLEH NIK AZIZ ?.SEBENARNYA....






Pintu rundingan Pas-UMNO tertutup rapat - Nik Aziz

KOTA BHARU 8 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.
Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.

Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan.


Ulasan Hujan emas :


Sama - sama kita renungkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz tentang cadangan perundingan antara PAS dengan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di Negara Malaysia ini yang disuarakan oleh YAB PM kita.


Sebagai seorang yang dikatakan termasuk dalam golongan ulama, adakah sepatutnya beliau (NIK Aziz)memberi kenyataan sebegini rupa ?.


Kalau inilah Nik Aziz sebenarnya, maka benarlah beliau menggunakan agama untuk kepentingan politiknya demi menjamin jawatan dan kuasa yang ada padanya.


Jika beliau memang memperjuangkan Islam, Kenapa tidak mahu berunding dengan UMNO ?. Kalau ada cadangan UMNO yang tidak sesuai bagilah pandangan jangan dok menuduh saja.


Kalau kita hendak suruh sesorang itu menjadi baik maka kita perlu ajar dan nasihat dia, bukannya dengan menghukum terus apa yang dilakukankannya.


Isu Arak dan Kuil di Shah Alam, kenapa Nik Aziz tidak memberi apa-apa kenyataan demi menyelesaikan masalah tersebut . Kalau benar-benar memperjuangkan Islam.


Demi kepentingan politik,Nik Aziz sanggup bersetongkol dengan kumpulan yang menentang Islam dan sanggup menolak pelawaan UMNO yang mahu berbincang tentang kepentingan Islam dan Ummahnya.


SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR UMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.




Rabu, 2 September 2009

KATA HAJI HADI TENTANG JUAL ARAK.

















Dalam Harakah bertarikh 31 Ogos 09 (idisi isnin).

Petikan Haji Hadi :

Penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam. "Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang tempat pembiakannya dibiarkan berselerak. katanya.


Ulasan Hujan emas;

Saya bersetuju dengan pendapat Haji Hadi tentang membenteras perjualan arak kepada orang melayu. Kalau boleh diambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menjual arak kepada orang melayu.

TETAPI saya cukup hairan, KENAPA ?. Apabila penduduk TTDI Jaya, Shah Alam membuat bantahan penjualan arak di kawasan perumahan mereka, kerajaan negeri Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan ?. Sepatutnya kerajaan Selangor bukan sahaja menampar nyamuk aedes tersebut tetapi terus membersih longkang-longkang tempat pembiakan yang berselerak itu.

Hasan sanggup dilucut jawatan exco berhubung isu penjualan arak
12/08/2009 4:22pm

SHAH ALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sanggup dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri demi mempertahankan pandangannya agar minuman keras dan bir tidak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.
Menurut Hasan, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan pihak tertentu yang meminta pucuk pimpinan pakatan pembangkang mengambil tindakan ke atasnya berikutan pendiriannya dalam isu penjualan arak di Selangor. - Utusan
Saya pada mulanya tabik pada Datuk Hasan Ali yang berani bertindak dan sanggup kehilangan jawatan demi mempertahankan bantahan masyarakat TTDI Jaya TETAPI apabila dipanggil oleh Kerajaan Negeri dan pimpinan PR, senyap begitu sahaja. Apa yang diberikan oleh kerajaan Negeri kepada Datuk Hasan hanya beliau sahaja yang tahu.


PERSOALANNYA ?. ADAKAH PAS HANYA SEKADAR PAK TURUT KEPADA PKR ?.
KALAU BERJUANG UNTUK ISLAM SEPATUTNYA BERJUANGLAH TENTANG ISU INI.



Selasa, 1 September 2009

SIDANG DUN BAWA POKOK KALI KE 2.















Tetap bersidang biarpun injunksi ditolak- Sivakumar

Nazri Abdullah Tue Sep 01, 09 6:02:28 pm MYT


IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya.

Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.




Ulasan Hujan emas:


Kita tengok akan ada satu lagi persidangan dewan DUN puak PR di bawah pokok.


Inilah sebenarnya perangai pembangkang, selagi tidak dapat memuaskan nafsu mereka , selagi itulah mereka akan lakukan apa sahaja ikut cara mereka.


Sivakumar ni dah hilang akal, dah tak boleh berfikir secara waras lagi kerana hilang jawatan sebagai speaker sanggup membelakangkan KDYM Sultan Perak dan Undang-undang tubuh Negeri Perak.


Ini semua adalah ajaran puak PR yang menggunakan peraturan sendiri untuk bertindak demi untuk memuaskan nafsu mereka.


Kalau inilah pemimpin yang akan memerintah Negara Malaysia ni, maka sudah tentu rakyat akan menjadi hamba mereka.


KEPADA RAKYAT PERAK FIKIR-FIKRKANLAH APA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG NI.