Dato Sri Najib telah memperkenalkan gagasan "Transformasi" setelah menjadi Perdana Menteri.
Transformasi ini telah meningkatkan sokongan rakyat kepada beliau. Saya yakin sokongan rakyat ini akan bertambah dari masa ke semasa dengan beberapa perubahan yang akan dilakukan nanti.
Saya nak mengajak semua pihak untuk kita sama - sama melihat perubahan dan tarnsformasi yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang tempoh hampir 100 hari memimpin Negara Malaysia dan transformasi yang berlaku di pehak Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
Pertama : Perubahan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib.
1. Harga minyak sudah pun diturunkan :- Kesannya Malaysia tidakpun bankrup sebagaimana yang di laungkan oleh Pembangkang.
2. Memperkenalkan Petunjuk Aras Pencampaian (KPI) kepada semua Menteri, Wakil Rakyat dan Jabatan Kerajaan.
3. Langkah kearah Liberalisasi ekonomi : Membenarkan warga asing memiliki pelaburan bank dan syarikat insuran.
4. Memperkenalkan Biasiswa Nasional :- Biasiswa ini akan diberikan kepada sesiapa saja yang layak tanpa mengenal latar belakang mereka.
5. Insuran kelompok untuk kereta tua : Rakyat yang berpendapatan rendah yang berada di luar bandar tidak akan mengalami masalah untuk memperbaharui insuran kereta mereka kerana Kementerian Kewangan telah menyediakan Insuran tersebut melalui pejabat pos.
6. Menjana Ekonomi Peneroka Felda : Untuk menjadikan Felda gedung makanan negara dengan memberi peruntukan RM10 juta untuk membantu peneroka menanam tanaman makanan di kawasan kediaman mereka.
7. PPSMI dipersetujui untuk dimahsuhkan : Perkara yang sangat-sangat dinatikan oleh rakyat tentang pendidikan anak-anak.
Apabila gagasan Transformasi yang dilaksana oleh PM ini telah mengambil tempat di hati rakyat, telah berlaku juga transformasi dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh DSAI. Antara transformasi tersebut ialah :
1. Krisis antara PAS dengan DAP di Kedah
2. Krisis tanah di Kg Pala, Pulau Pinang.
3. Golongan Pemimpin dalam Pakatan Rakyat saling menelangjangkan kelemahan kerajaan Pakatan.
4. Ujud kumpulan Erdogan dalam PAS yang ingin menghapuskan kumpulan Ulama.
5. Khidmat dan Usaha Presiden dan Tim Presiden PAS tidak diperlukan lagi seperti dulu, seperti tidak membenarkan Haji Hadi bermuzakarah dengan PM berkaitan denga kerajaan campuran tapi Dato Nik Aziz sendiri yang menjemput Dato Najib untuk berbincang dengannya. Tim Presiden Dato Nasarudin tidak diperlukan berkempen di pilihanraya kecil Manik Urai.
6. Dulu gerakan reformasi mendesak kes liwat DSAI dibawa secepat mungkin ke muka pengadilan tapi kini sibuk buat reformasi untuk menangguhkan perbiacaraan pula.Sanggup ambil bas persatuan bolasepak untuk bawa penyokongnya ke Mahkamah.
7. Sekarang DSAI sudah tidak diagung-agungkan lagi oleh kumpulan PR bahkan pernah diminta letak jawatan dan disuruh bertaubat.
8. Lim Guan Eng sekarang ini sudah berubah, dulu sifat yang merendah diri dan bersedia bertemu rakyat, tapi sekarang dah tak nak bertemu rakyat untuk meyelesaikan masalah rakyat.
Dengan beberapa trasformasi yang akan dilakukan oleh PM dan kekalutan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat akan meningkatkan sokongan rakyat kepada Dato Sri Dato Najib. Kita juga berdoa agar BN akan menang di pilihanraya kecil DUN Manik Urai.
Oleh itu, Yakin dan percayalah tentang keihklasan Dato Sri Najib Tun Razak yang mempunyai cita-cita yang murni untuk melihat rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan saksama antara kaum.
Syabas YAB.Datuk Sei Najib........
BalasPadamRakyat mendoakan Datuk terus meerajui negara bukan setakat 100 hari malan 100 tahun pun rakyat menunggu.