SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 28 Disember 2012



MASIH KEKALKAH TANAH FELDA JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH ?.

Kebijaksanaan Allahyarham Tun Abd Razak menubuhkan Felda bagi menempatkan terutama orang-orang melayu yang miskin, tidak bertanah dan berharta di seluruh Negara cukup berjaya dan memastikan orang melayu (Peneroka Felda) memilikki ladang 10 ekar dan 1/4 ekar tapak rumah. Daripada tidak berharta,hidup melarat suatu ketika dulu TAPI KINI mereka semua sudah memiliki rumah yang besar,kereta yang hebat bahkan mampu menunaikan Haji bukan setakat sekali tetapi sudah 2 atau 3 kali. Inilah hasil usaha Kerajaan BARISAN NASIONAL (BN)yang sentiasa mementingkan kehidupan rakyat.

TETAPI Jika Pembangkang (PR) yang teringin sangat nak memerintah negara Malaysia ini, kemewahan yang dinikmati oleh seluruh keluarga Peneroka Felda ADAKAH BOLEH DIKEKALKAN?.

Jika dilihat di Negeri yang diperintah oleh Pembangkang samada di Kelantan, Kedah ataupun Selangor, BUKTINYA JELAS, mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan bahkan hingga ke hari ini, banyak kawasan pasir dikebasnya,habis balak di kikiskannya dan habis tanah dijualkan.

TIDAK MUSTAHIL, JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH nanti, semua tanah milik Peneroka (orang melayu) akan dimilikki oleh bangsa lain.Mereka tahu bagaimana nak melemahkan orang melayu.Peringkat awal mereka akan membatal Akta GSA yang tidak membolehkan peneroka menjual tanah mereka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

  Apabila mereka membatalkan Akta GSA, MAKA Peneroka Felda bolehlah menjualkan tanah mereke kepada sesiapa sahaja. Jika ini akan berlaku, yakin dan percayalah bahawa suatu masa nanti Tanah yang dimilki oleh orang melayu ini akan habis tergadai.

WAHAI PENEROKA INGATLAH, TIDAK ADA TANAH LAGI YANG MAMPU KITA MILIKKI SELAIN YANG ADA SEKARANG INI.MAKA JANGANLAH TERPENDAYA DENGAN TIPU HELAH PEMBANGKANG YANG MENGEJAR KUASA DAN MENGEJAR KEKAYAAN. JANGAN SAMPAI CUCU CICIK KITA SUATU HARI NANTI AKAN KENCING DI PUSARA KITA AKIBAT ANGKARA KITA SEMUA. FIKR-FIKRKANLAH

Selasa, 25 Disember 2012

SEMUGA NIK AZIZ FAHAM TITAH SULTAN KELANTAN.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa yang berpanjangan. Menurut Banginda, dalam menonjolkan kebaikan dan keindahan Islam, jangan sampai agama itu ditempelak dengan perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri. Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya bila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri. SEMUGA NIK AZIZ FAHAM APA MAKSUD YANG DITITAHKAN OLEH SULTAN KELANTAN, JANGANLAH MENJADI MANUSIA YANG TERLALU BONGKAH, EGO DAN DEGIL DEMI MENYELAMATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Rabu, 28 November 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

UCAPAN KETUA WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO. Perhimpunan Agung UMNO 2012 sudah bermula dengan perasmian tiga sayap UMNO dan ucapan-ucapan oleh ketiga-tiga Ketua sayap telah selesai dan cukup bersemangat. APA YANG MENJADI PERSOALANNYA. APAKAH ianya sekadar bersemangat di dalam dewan sahaja atau pun ianya akan benar-benar berlaku dan akan DITERJEMAHKAN ke seluruh Cawangan ?. Kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga sayap yang akan diLAKSANAkan di akar umbi MAKA sudah tentu BN akan memperolehi 2/3 kerusi dalam PRU13 nanti. Kita tidak mahu hanya bersemangat di perhimpunan Agung sahaja tetapi apabila sampai masanya ada yang merajuk, tidak mahu berkerja untuk parti kerana tidak menjadi calon. Oleh itu, wahai barisan PEMUDA, WANITA dan PUTERI.......BUKTIKAN KATA-KATA YANG KERAMAT ITU MENJADI KENYATAAN.

Selasa, 26 Jun 2012

KEBODOHAN MAZLAN ALIMAN

Kenyataan seorang yang bodoh tentang FELDA dan cuba nak perbodohkan peneroka. Sila baca kenyataan yang dibuat oleh sibodoh ini : Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa Felda tidak akan lagi membuka bantuan pinjaman pembesaran rumah kepada peneroka selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH). Menurut maklumat yang diperolehinya, Mazlan mendakwa bantuan pinjaman sehingga RM40,000 itu tidak akan lagi dinikmati peneroka kerana Felda kehabisan peruntukan. "Paling baru maklumat kita dapat, ada peneroka yang hantar permohonan, tetapi tak lulus dan Felda jawab kerana tiada peruntukkan lagi, Beliau sebenarnya mendapat maklumat daripada orang yang bodoh sepertinya juga. Kepada MAZLAN ALIMAN kalau nak tahu maklumat sebenar pergilah berjumpa dengan pihak Felda atau kalau malu sangat pergi MASUK rancangan Felda dan lihat sendiri berapa banyak rumah yang sedang diperbesarkan ATAU balik kampong sendiri tengoklah di sana. Janganlah nah menghasut peneroka, BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT. PENEROKA LEBIH BIJAK DARI SAUDARA KECUALI YANG SERUPA DENGAN SAUDARA.

Isnin, 12 Mac 2012

PAS PENGHALANG DURIAN RUNTUH PENEROKA

PAS BAWA FGVH KE MAKHAMAH PAS akan membawa FGVH ke Makhamah bagi menghalanag FGVH menyemaraikan ke bursa saham. Jika tindakan ini akan dilakukan oleh PAS bermakna impian Peneroka bagi menikmati durian runtuh yang akan diagihkan sedikit masa lagi oleh Kerajaan BN dan Felda tidak akan menjadi kenyataan. APAKAH TUJUAN PAS MENGHALANG FGVH DISENARAIKAN KE BURSA SAHAM ? Sedarkah PAS bahawasanya Peneroka telah bersetuju FGVH disenaraikan dan mengharapkan durian runtuh tersebut?. Segelintir peneroka yang membawa kes ini ke Makhamah disebabkan hasutan PAS yang mengambil kesempatan demi kepentingan politik. PAS sebenarnya tidak senang hati apabila melihat kehidupan peneroka bertambah baik hasil daripada bantuan Felda dan kerajaan BN. Inilah punca sebenar kenapa PAS beria-ria benar ingin menghalang apa jua kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan BN kepada masyarakat Felda. KEPADA PENEROKA FELDA : SEDARLAH JIKA TIDAK ADA FELDA DIMANA KITA SEKARANG ?. Apakah kehidupan kita semewah seperti sekarang ini jika kita tidak berada di Felda ?. Daripada mana semuanya hasil yang kita dapat ini jika tidak dari FELDA sehingga ada RUMAH BESAR, KERETA, MOTOSIKAL,MENUNAIKAN HAJI dan sebagainya. JANGANLAH KITA TERPENDAYA DENGAN HASUTAN PEMBANGKANG YANG PENTINGKAN POLITIK. DIMANA MEREKA SEMASA PENEROKA BERADA DALAM KESUSAHAN SEKERIKA DULU ?. INGAT WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU SEMUA...........

FAUZIAH SALEH (PKR) RAJA PENGHASUT.

DEMOTRASI ANTI LYNAS TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.

Puak yang anti Lynas telah datang ke Pekan Sg Lembing bagi mengadakan bantahan terhadap kenyataan yang direka cipta oleh puak mereka  mengatakan Menteri Besar Pahang mencadangkan sisa toksid akan dibuang di bekas lombong Sg Lembing.
Paling mengejutkan Fauziah Saleh ialah tidak mendapat sambutan daripada penduduk Sg Lembing lebih kurang tak sampai 200 orang yang menyertai demotrasi tersebut,itupun dicampur dengan puak luar yang dibawa oleh Fauziah Saleh dan penyokong PAS yang telah dicucuk hidung oleh DAP.
Sebenarnya Pekan Sg Lembing sememangnya  ceria dan meriah pada setiapn hari minggu kerana diadakan jualan Pekan Sehari dan kehadiran pelancong-pelancong asing  yang melawati Pekan Sg Lembing.
Perkara yang tidak diketahui oleh Fauziah Saleh juga ialah sebenarnya sebahagian penduduk Sg Lembing telah lama terdedah dengan sisa -sisa toksid daripada kesan perlombongan bijih timah sejak berpuluh-puluh tahun dulu. Sisa toksid bijih timah kadarnya lebih tinggi daripada sisa toksid kilang Lynas tetapi penduduk Sg Lembing lebih cerdik daripada Fauziah Saleh kerana kesan daripada sisa toksid sebenarnya  tidak merbahayakan manusia sebab itulah bekas pekerja lombong yang masih tinggal di Sg Lembing masih sihat walaupun umur mereka sudah menjagkau lebih daripada 60 tahun.

KEPADA FAUZIAH SALEH : Cukuplah menghasut masyarakat, buatlah kerja sebagai Ahli Parlimen dan jagalah kawasan sendiri dan selesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut, janganlah dok sibuk kerja orang lain.

Selasa, 6 Mac 2012

PAS HANCUR KERANA PERASIT


MENTERI BESAR HILANG KUASA.

Terbukti dengan jelas sekarang ini PAS sudah hilang jiwa perjuangan dan terpaksa bergantung hidup kepada pehak luar yang mempunyai hajat yang besar dan niat yang jahat.

Apabila Menteri Besar Kedah tidak boleh membuat keputusan sendiri dan terpaksa mengikut jawatankuasa Pemandu Pas Pusat. Maknanya seorang Menteri Besar sudah tidak ada kuasa sebagaimana Dato Azizan bertindak dalam isu AUKU.

Siapa Jawatankuasa Pemandu ini ?.Kalau bukan Perasit-perasit yang telah direkrut untuk menguasai PAS.

Perasit-perasit ini akan bertindak kepada sesiapa saja yang menentang kehendak BOS mereka yang menghalalkan  cara demi kepentingan peribadinya.

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENYOKONG PAS.

Khamis, 2 Februari 2012

JAMBATAN BARLEY BERNILAI RM36.6 JUTA

NIKMATNYA DIBAWAH KERAJAAN BN.

Penduduk disekitar Kg Kawah, Kg Seberang dan Kg Kuala Kenau di kawasan Sg Lembing, Kuantan bersyukur kerana sebahagian masalah yang mereka alami selama ini  apabila banjir melanda bakal selesai apabila 3 buah jambatan barley akan dibina di kawasan ini.

Hari ini KDYMM Sultan Pahang telah mencemar duli turun ke kawasan bagi melancarkan perasmian pembinaan jambatan barley yang bernilai RM36.6 juta oleh pasukan Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Inilah nikmatnya yang diterima oleh masyarakat disini yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kerajaan BN dan nyata sekali slogan 1Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" benar-benar dirasi oleh rakyat.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMUGA ALLAH SWT AKAN TERUS MEMBERI NIKMAT KEAMANAN DAN KESELESAAN HIDUP DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN).

Sabtu, 7 Januari 2012

ANWAR SANGGUP PINDA UNDANG-UNDANG BAGI MEMBEBASKANNYA.

ANWAR PERALATKAN RAKYAT.

Jelas sekali perjuangan Anwar bukan untuk menolong rakyat tetapi sebenarnya perjuangan

bagi membebaskan dan mendapatkan kuasa.


Beliau sanggup memperalatkan rakyat bagi tujuan tersebut sebagaimana kenyataan yang dibuat walaupun dia dipenjara, sekiranya Pakatan Pembangkang dapat memenangi PRU 13 nanti, PR akan pinda undang-undang bagi membenarkan BELIAU kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagi PM.


Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar memperalatkan rakyat semata-mata bagi membebaskannya.


KEPADA PENYOKONG -PENYOKONG ANWAR FIKIR-FIKIRLAH..........