SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 1 Julai 2009

APA DAH JADI DENGAN PAKATAN RAKYAT ?










BERITA UTAMA

->DAP keluar pakatan
Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my






-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.
Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.
“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.
“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.
“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.
“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.












Apa DAP buat kepada kaum India di Pulau Pinang…….





Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.
Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.
Sebuah perkampungan yang juga dikenali dengan nama High Chappral berusia lebih 100 tahun, penduduknya tidak dapat pembelaan yang sewajarnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kemana perginya slogan dan manefisto DAP yang dilaung-laungkan dalam PRU 12 ?
Sudah 100 tahun dan lebih 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN, penduduk di kampong tersebut tidak pernah diusir…………. Kerajaan DAP yang baru setahun memerintah telah merobohkan tapak Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang kini dimajukan untuk membina 490 unit kondominium ‘T





Ulasan hujan emas.


Kerajaan 'Pakatan Rakyat' yang di laung2 kan oleh PAS, PKR dan DAP selama ini sebenarnya tidak pernah ujud.




Di Kelantan PAS berkuasa sepenuh nya dalam pentadbiran negeri. PKR cuma duduk menempel, DAP langsung tiada sebutan. Kelantan kerajaan PAS.




Di Kedah sama dengan Kelantan diperintah oleh PAS walaupun DAP ada seorang ahli DUN, tetapi kerajaan PAS Kedah pinggirkan nya. PAS juga berkuasa penuh di Kedah.




Di P Pinang dikuasai oleh DAP, sebagai balasan Kedah meminggirkan ADUN DAP, maka DAP P Pinang pula meminggirkan ADUN PAS. Satu balas satu.




Di Selangor PKR berkuasa disokong oleh DAP,walaupun PAS ada jawatan EXCO, tetapi suaranya sudah jadi bisu, buta tuli di kongkong oleh DAP dan PKR.Di mana ada ujud nya 'Pakatan' di antara PAS. DAP dan PKR?




Di Perak bernasib baik, dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar dari 'Pakatan Rakyat"(yang tidak pakat). Ke tiga2 ADUN ini mengaku di hadapan Baginda Sultan bahawa mereka bertiga telah keluar 'Pakatan Rakyat' dan menyokong BN.'Pakatan Rakyat' tahu bahawa mereka sudah kehilangan majoriti dalam Dewan. Tetapi malang nya, mereka memberontak melawan Baginda Sultan. Sampai ada ahli PAS yang mahu bunuh diri minta di langgar oleh kereta rombongan Baginda Sultan.Perbuatan kurang ajar ini telah membangkitkan kemarahan rakyat negeri Perak terhadap 'Pakatan Rakyat'




Kepada yang masih lagi percaya bahawa PR ini berjuang untuk rakyat perlulah berfikir semula secara rasional jangan mengikut persaan yang amarah nanti binasa Negar kita ini.




HARAP-HARAP FIKIRKANLAH, CARILAH YANG TERBAIK DARIPADA YANG BAIK. SEMUGA KEPUTUSAN YANG KITA BUAT NANTI AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN DAN KEBERKATAN KEPADA GENERASI KITA AKAN DATANG.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan