SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 27 April 2010

PKR DAKWA BN BELI UNDI




BN TIDAK BELI UNDI - PM
Keputusan PRK Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 1725. Jentera BN termasuk YAB PM cukup gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini akan menaikkan semangat dan memberikan harapan baru bagi memperkukuhkan BN untuk masa depan.
TAPI kita juga sudah menduga berbagai alasan dan tuduhan akan dilemparkan oleh puak PR apabila mereka tidak memenangi dalam mana-mana pilihanraya.
Di Hulu Selangor , BN dituduh membeli undi pengundi Hulu Selangor.
Apa yang perlu kita lihat dan renung bersama adalah apakah maruah pengundi Hulu Selangor boleh dibeli dengan wang ringgit.
Adakah mereka sanggup memberi undi kepada BN jika dibayar dengan wang ringgit ?.
Janganlah kita meletak maruah dan harga diri pengundi Hulu Selangor begitu rendah sekali. Jangan disebabkan mereka tidak memberi undi kepada kita maka kita menuduh mereka telah disuap dengan wang ringgit.
Apa yang dibuat oleh BN dan kerajaan adalah segalanya kehendak rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. mereka mahu masalah mereka didengar dan diselesaikan. MAKA kerajaan mendengar keluhan mereka dan bertepatan dengan gagasan 1MALAYSIA " Rakyat didahulukan Pencampaian diutamakan.
Lagi pun kita perlu faham , selama ini dibawah pemerintahan PKR selepas PRU ke 12, tidak ada apa yang dilakukan oleh PKR bagi meyelesaikan masalah mereka.
Apabila berlaku pilihanraya kecil, maka kerajaan datang mendengar keluhan mereka dan selesaikan apa yang boleh diselesaikan. Kerajaan laksanakan projek yang diperlukan oleh orang ramai dan bukannya membeli maruah mereka.
Oleh itu, kita berharap kepada semua rakyat Malaysia , sama-sama kita menilai dan membuat pertimbangan yang waras bagi membandingkan antara kerajaan BN dengan puak PR , yang manakah benar-benar berjuang untuk membela rakyat dan yang manakah yang hendak menghancurkan Negara kita ini.

Ahad, 25 April 2010

TAHNIAH KEPADA BN














TAHNIAH


HULU SELANGOR MILIK BN.



Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah memihak kepada Barisan Nasional yang telah mengalahkan calon PKR.



Dari segi moral, BN sudah dianggap telah dapat memulihkan sedikit maruah yang tercemar dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.



PERSOALANYA ?. Apakah faktor yang menyebabkan BN menang dan PKR kalah ?.


Adakah kerana gagasan 1Malaysia telah benar-benar menyakinkan rakyat dan adakah pengundi di Hulu Selangor ingin memberi peluang kepada Dato Seri Najib sebagai PM membuktikan bahawa apa yang dijanjikan akan dilaksanakan ?.


Kalau dilihat keputusan pilihanraya umum ke 12, PKR mendapat undi 23,177 dan pada kali ini dalam pilihanraya kecil,PKR mendapat 23,272 peningkatan sebanyak 85 undi.


Bagi BN pula kemenangan ini tidak boleh menjadikan BN/UMNO duduk dalam keadaan selesa kerana jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi dalam pilihanraya umum ke 11(2004) jauh bezanya. Persoalan yang timbul kemanakah pengundi -pengundi yang meyokong BN pada PRU ke 11(2004) dulu?. Adakah mereka masih lagi tidak yakin dengan keupayaan BN ataupun masih marah dengan UMNO ?.


Inilah yang perli difikirkan bersama oleh kepimpinan UMNO dan BN. Jangan kita leka dengan kemenangan ini kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh BN dan UMNO bagi menjamin kemenangan yang lebih selesa daripada apa yang dicapai di Hulu Selangor.


Apa-apa pun Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga kerja, pejuang parti yang bertukus lumus manjalankan tanggunjawab bagi mencapai kemenangan ini.

Isnin, 12 April 2010

PENGHASUT FELDA




Asalamualaikum........Selamat bertemu kembali kepada semua blogger. Kini saya kembali aktif semula untuk bersama -sama memberi pandangan dan kritikan di ruangan ini. Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberi kerjasama sepenuhnya.
Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang berkata kewujudan penghasut terutamanya di tanah rancangan Felda dilihat sabagai satu perkara positif.Kehadiran mereka ini memberi peluang kepada kerajaan BN untuk menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada peneroka sama ada perkara yang disampaikan itu benar atau salah.Dato Seri menyarankan agar peneroka mempertimbangkan dan berfifkir dengan rasional sebelum terpedaya dengan kata-kata pihak yang tidak bertanggungjawab yang kini sedang menyemai atau mengotorkan pemikiran peneroka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Peneroka perlu membuat pembandingan keadaan 50 tahun dulu dengan keadaan sekarang.Tengok sekolah dulu dengan sekarang, tengok pakaian sekolah anak kita dulu dengan sekarang
Itulah perubahan selari dengan keadaan semasa dan seharusnya peneroka bersyukur serta tidak berpaling tadah lantaran mendengar kata-kata tidak benar dari penghasut.
Oleh itu, diharap kepada semua masyarakat Felda jangan mudah lupa asal usul kita, Fikirkan bagaimana keadaan kita mula-mula masuk peneroka dulu dan bagaimana kehidupan kita sekeluarga sekarang ini. Bayangkanlah jika hari ini kita tidak menjadi warga Felda, dimana kita dan bagaiman kehiudpan kita ?. Adakah sama sebagaimana kehidupan kita di tanah rancangan Felda ?.
PENGHASUT yang datang bukan untuk membantu kita TETAPIinginm mengambil kesempatan unutk kepentinngan politik parti mereka.
RENUG-RENUNGKANLAH. Jangan kita menjadi orang yang tidak tahu membalas budi.