SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 15 Julai 2009

SATU LAGI KEJAYAAN DATO SRI NAJIB





Keputusan Pilihanraya kecil Manik Urai hadiah 100 hari Dato Najib sebagai PM.


Keputusan Pilihanraya Kecil ManikUrai menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.
Keupayaan BN mengurangkan majoriti Pas kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi sebelum ini merupakan satu kemenangan moral kepada UMNO dan BN.

Ini akan mencetuskan permulaan kepada kebangkitan UMNO dan BN serta bukti jelas penerimaan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

Pengundi Manik Urai telah menunjukkan bukti bahawa pedekatan yang dilakukan oleh PAS sudah tidak boleh diterima lagi.Oleh itu, sama-sama kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Dato Sri Najib. Slogan Rakyat didahulukan Pencampaian diutamakan telah meresap di dalam hati rakyat. Diharap kepada semua wakil rakyat BN kerap-keraplah mendengar denyut nadi rakyat. Semuga denyut nadi yang didengarkan itu akan mendekatkan lagi diri diantara pemimpin dengan rakyat.

Kita sama-sama tunggu akan ada lagi beberapa hadiah rakyat kepada Dato Sri Najib,mungkin lebih daripada 11 hadiah yang diberikan kepadanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan