SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 9 Disember 2009

AJARAN SIAPA DAP BERSIKAP KURANG AJAR.


KENAPA DAP SUDAH BERANI ?.


Sikap wakil rakyat DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga tahun lepas dan pada masa yang sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain, merupakan kenyataan yang tidak sewajarnya lahir dari mulut seorang warganegara.
Ulasan Hujanemas:
Hari ini semakin hari semakin berani Puak DAP menyentuh kepentingan melayu dan sekarang peruntukan pembinaan masjid juga sudah dipertikaikan. Mereka tahu perkara ini tidak boleh disentuh kerana berkaitan dengan Raja-Raja Melayu TAPI kenapa sekarang sudah begitu biadap ?.
Adakah mereka sudah yakin dengan apa sahaja perkara yang dilakukan akan mendapat sokongan daripad PAS dan PKR ?.
Ini semua adalah ajaran PAS dan PKR kerana membiarkan dan meyokong apa sahaja yang dilakukan oleh puak kafir ini. Bermula dengan menyokong mereka menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah dan kemudian membenarkan memasukki Masjid untuk berceramah.
Hari ini BERANI mepertikaikan peruntukan masjid pula. Kepada pemimpin PAS dan PKR, SEDARLAH, mana letaknya maruah kita orang melayu ?. Janganlah kita menjual Agama demi kepentingan politik dan dendam yang jahat itu.
FIKIRKANLAH masa depan bangsa dan Agama kita. Jangan sampai sudah tergadai bangsa dan agama baru nak sedar.
KEPADA PENYOKONG PAS DAN PKR sedarlah bagaimana pemimpin PAS dan PKR membiarkan puak kafir arbi ini bermaharajalela mempertikaikan hak kita sebagaimana orang melayu dan cuba nak menghapuskan Agama Islam ini.
FIKIR-FIKIRKAN WAHAI UMAT MELAYU ISLAM.

Selasa, 1 Disember 2009

KENAPA SEKARANG ANWAR BERSUARA ?


ISU BTN DAN ANWAR

Kepimpinan Dato Sri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia semakin hari semakin terserlah dengan berbagai-bagai perkara dilakukan dan dilaksanakan oleh Beliau. Semakin banyak pembaharuan dibuat oleh Dato Najib semakin banyak pula isu -isu yang sensitif di gembar gemburkan oleh pehak pembangkang.

Isu terbaru adalah mencadangkan BTN ditutup kerana Pembangkang beranggapan kursus yang dianjurkan berbentuk perkauman. Hari ini sdr Anwar telah mencabar mana-mana pehak dalam BTN agar berdebat dengan puak PR tentang peranan BTN.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap Anwar Ibrahim yang hendak menjadi hero dalam isu BTN ini. Persoalannya kenapa baru sekarang sdr anwar mempertikaikan peranan BTN dan yang paling menarik mempertikai lagu WARISAN.

Mungkin sdr anwar ni dah terlupa semasa beliau berada dalam kerajaan BN dulu lagu WARISAN ini sudah menjadi amalan dalam kurusu BTN. Tetapi kenapa hari ini dipertikaikan. Kalaulah lagu ini tidak sesuai kenapa belaiu tidak memperbetulkan semasa belaiu menjadi Tim Perdana Menteri dulu ?.

Oleh itu, saya berharap kepada sdr Anwar tak usahlah nak menjadi hero tidak bertempat.Janganlah kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri semua yang kerajaan buat sekarang ini tidak betul. Janganlah dek kerana tidak tercapai cita-cita, kita sanggup menjadi alat kepada pehak lain sehinggakan kita menghancurkan bangsa sendiri.

Diharap Sdr Anwar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kesnya yang belum selesai lagi di Mahkamah. Bersihkan diri dulu barulah boleh nak bersihkan kerajaan BN. Jangan memperdayakan rakyat dengan isu lain supaya rakyat lupa kes yang sedang dihadapi itu.


Diharap kepada rakyat sekalian yang sayangkan Negera kita ini, janganlah kita juga menjadi alat kepada golongan yang berkepentinngan diri ini dan akhirnya kita juga berhadapan dengan kesusahan.