SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 13 Julai 2009

YANG AKAN DILAKUKAN OLEH DATO SRI NAJIB





DATO NAJIB BERUSAHA UBAH APA YANG RAKYAT TIDAK SUKA.

Majlis 100 hari Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri cukup bermakna bukan setakat pada Dato Najib tetapi dirasai bersama oleh rakyat jelata. Hadiah yang diumumkan oleh Dato sri sebanyak 11 perkara kepada rakyat sangat-sangat mengejutkan.

Slogan "1 Malaysia,Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", benar-benar dilaksanakan oleh Dato Najid. Denyut nadi rakyat benar-benar didengari olehnya. Dalam ucapan beliau di majlis 100 hari PM Bersama Rakyat beliau mengulangi kata-katanya bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir, Kerajaan akan dengar pendapat rakyat sebelum buat keputusan.Dalam sebarang keputusan kepentingan rakyat didahulukan dan beliau tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya.

oleh itu, jika hanya Dato Sri sahaja yang mendengar denyut nadi rakyat,Dato Sri sahaja yang mendahulukan rakyat tetapi tidak diikuti oleh Menteri-menteri, wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Tinggi Kerajaan maka segala usaha beliau akan menjadi sia-sia.Dengan ini rajin-rajinlah turun padang supaya dapat mendengar rintihan,denyut nadi rakyat dan seterusnya membela nasib rakyat.

Apabila nasib rakyat dibela oleh pemimpin dan mendengar denyut nadi mereka, saya yakin rakyat akan seronok dan suka dengan pemimpin. Maka apabila mereka sudah suka, mereka akan ikut apa yang dikatakan oleh Pemimpin.

Pendekatan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, apa yang tidak disukai oleh rakyat akan diusaha mengubahkannya, ini akan meningkat sokongan yang padu kepada beliau.Diharap kepada semua pemimpin bersama-samalah Dato Sri menjayakan hasrat beliau yang cukup murni ini demi masa depan rakyat. Hindarkan sikap ego,sombong,sibuk,menunjukkan kemewahan,berkepentingan diri, kroni dan sebagainya, agar apa yang diimpikan oleh PM menjadi kenyataan dan rakyat akan kembali menyokong kerajaan BN.

Kepada Rakyat sekalian, yakinilah,percayalah akan apa yang dilaungkan oleh PM dan sama-samalah kita menyokong dasar kerajaan pimpinan Dato sri Najib bagi memastikan usaha membangunkan negara serta memulihkn ekonomi dapat dilakukan dengan berkesan.

3 ulasan:

  1. pandai lah hujan emas nak membodek tok jib..hujan emas orang felda...felda banyak kelebihanya...felda ada segalanya....felda di ambik berat siapa saja yang memerintah negara..felda felda felda...tapi
    di FELDA LAH ramai yang menyokong PEMBANGKANG

    BalasPadam
  2. Terima kasih kepada SERINDIKMERAH di atas ulasan, kawe bukan kaki bodek tapi menyatakan yang benar, terserahlah kepada yang membacanya.Kalau kita terima secara positif maka jawabnya positiflah tapi kalau kita terima secara nagatif maka jawabnya negatiflah.Dalam Felda memang ramai pembangkang tapi dalam pilihanraya BN masih menang.Pembangkang dalam Felda adalah golongan yang tak tahu nak bersyukur dan berterima kasih. Sama-sama kita doakan agar mereka diberi pertunjuk oleh ALLAH SWT. Amin.

    BalasPadam
  3. Salam.... Hujan Emas
    Sejauh mana Najib ni membela nasib rakyat atas tiket "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ? Kalau setakat buat pengumunan kat TV smua org bole, sama gak mcm zaman Pak Lah. Cakap je lebih buatnya tak jugak.

    Dalam malaysia ni, rata-rata rakyat dah menolak BN dan Najib. Sbbnya kuat menipu dan rompak duit rakyat. Kalau Felda dirasakan syurga dunia oleh Huajn Emas, knapa kebun sawit bersemak mengalahkan hutan belantara? Mana pergi kontraktor yg diamanahkn menjaga hak rakyat. JANGAN TIDUR LAGI... Bangkit lah membela orang tua kita yang semakin ditindas dek kerana sikap tamaknya pemimpin Felda terutamanya yang cenderung membodek BN.

    Ingat, mahkamah dan pilihanraya dunia bole lepas, tapi kat mahkamah tuhan yang lebih adil dan sah belum tentu BN menang...

    Berkat usaha gigih bloger mcm anda ni, maka rakyat sudah pandai menilai bahawa gula-gula yang di taburkan oleh pemimpin Felda dan tok mudim BN sebenarnya pahit dan bagaikan hempedu. Apa lagi yang nk di bodekkan.... Cukup masa ke liang lahat jugak akhirnya

    BalasPadam