ISU NIZAR DAN LILIN
Kenyataan yang dibuat oleh naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan tindakan nizar yang menyertai upacara memegang lilin untuk memperingati mendiang Teoh Beng Hock sebagai satu simbolik membantah kezaliman.
Saya nak tanya Tuan Ibrahim, adakah itu saja cara yang boleh dibuat untuk membantah kezaliman?
Kenapa dilakukan di tempat seperti itu dan kenapa kena pegang lilin ?
Siapa yang buat kezaliman ?
Diharap Tuan Ibrahim Tuan Man jangan cuba nak buat helah dan mengelirukan rakyat. kalau pakai kopiah dok asyik menyalahkan orang lain dan dok menuduh orang zalim, baik buang kopiah pakai benda lain la.
Sebagai seorang yang bergelar ustaz, sepatutnya berkatalah yang benar. Janganlah kerana nak jaga sangat kepentingan politik, yang salahpun dikatakan betul.Ambillah contoh Datuk Harun Taib,Ketua Dewan Ulama Pas.
Bak Kezaliman. Apakah kezaliman yang telah kerajaan lakukan selama ini kalau nak dibadingkan dengan kezaliman yang dilakukan oleh puak Pakatan Rakyat?
Isu Kg Buah Pala, bukankah satu kezaliman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ?
Janganlah kerana nak tutup kezaliman yang kita lakukan, kita tuduh orang lain yang melakukan kezaliman. FIKIR-FIKIRKANLAH DENGAN WARAS BERPANDUKAN AL-QURAN. JANGAN FIKIR BERPANDUKAN KEPENTINGAN POLITIK.
Cukuplah memperbodohkan rakyat, sekarang rakyat telah sedar mainan politik puak Pakatan Rakyat yang menggunakan Isu yang remeh temeh untuk menutup Isu besar.
Kepada seluruh pengikut Pakatan Rakyat, sedarilah mainan puak yang berkepentingan peribadi ini, jangan kita di alatkan oleh mereka. Fikirlah secara rasional,pastinya kita akan mendapat jawapan yang benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan