SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 16 Julai 2009

AJARAN KURANG AJAR PAS NIK AJIZ



Kekecohan cemar pilihan raya kecil

KUALA KRAI: Ketenangan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sejak 6 Julai lalu tercemar pada hari pengundian semalam apabila berlaku kekecohan akibat provokasi penyokong parti sehingga menyebabkan tiga petugas Barisan Nasional (BN) dan seorang petugas Pas cedera.

Namun, katanya, antara punca provokasi ialah langkah SPR membenarkan wakil calon berada di tempat semakan saluran mengundi SPR yang berdekatan tempat mengundi. "Apabila dibenarkan wakil calon berada di situ, mereka cuba merayu undi. Ini menyebabkan penyokong parti datang berkumpul hingga menimbulkan provokosi," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Siti Nur Amalinda Idris, 21, berkata satu objek keras terkena kepalanya ketika cuba menyelamat seorang rakannya daripada menjadi mangsa provokasi kumpulan penyokong Pas.
"Saya cuba melindungi dia daripada dikepung penyokong Pas yang kemudian menendang dan memijak saya selain terkena balingan objek keras," kata ahli Puteri Umno Bruas, Perak itu.
Petugas Puteri Umno dari Taiping, Perak, Nurfarahana Abdul Rahman, 19, berkata keadaan bertukar kelam-kabut apabila petugas BN mempertahankan diri dengan melawan provokasi penyokong Pas sebelum saling berbalas balingan objek. "Dalam kelam kabut, saya cuba lari tetapi ditolak hingga terjatuh dan dipijak beberapa kali sehingga diselamatkan anggota polis yang tampil mengawal keadaan," katanya. Rakannya, Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, cedera pada pinggang akibat terkena objek keras dipercayai batu yang dibaling penyokong parti lawan, "Pada mulanya keadaan terkawal sebelum masing-masing membaling botol air dan objek lain. Ketika melarikan diri saya terkena batu hingga bengkak pada pinggang," katanya.


Ulasan Hujan emas:

Kita lihat apa yang terjadi di hari mengundi pilihanraya kecil Manik urai, masih ada lagi golongan yang mengamalkan perangai seperti yang tinggal dalam rimba. Inilah ajaran yang dibawa oleh seorang yang di katakan ulama tapi sebenarnya ular dalam semak. Sanggup mencenderakan orang demi kepentingan politik mereka.

Diharap tok guru ini ajarlah anak buah yang kurang ajar ini, jangan dibiarkan kumpulan yang tidak pernah mengatakan orang lain benar ini melakukan kerja yang kurang ajar ini.Nanti ada pula orang kata INILAH AJARAN KURANG AJAR TOK GURU.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan