SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 27 Julai 2009

GILA KUASA SANGGUP JUAL MARUAH









PUNCA PEMIMPIN BN SERTAI PKR





Kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkenaan kemasukkan pemimpin BN ke PKR adalah kerana persamaan idealisme dan visi membawa perubahan di Negara ini, khususnya memperjuangkan rakyat menarik minat mereka.



Nak bagitahu kepada Saudara Tian Chua, mereka bertiga keluar daripada pakatan BN memanglah kerana persamaan idealime dan visi untuk membawa perubahan, TAPI bukan perubahan untuk rakyat,sebenarnya untuk kepentingan peribadi mereka.





Mereka ni memang sepatutnya berada dalam PKR kerana sesuai dengan perangai mereka yang gilakan kuasa.





Kerana kalah dalam pertandingan,maka tempat yang sesuai untuk mereka ialah dalam PKR.Di sini sememangnya tempat orang yang kecewa berada.





Orang yang tidak pernah berpuashati, suatu hari nanti mereka akan lakukan juga walau dimana mereka berada. Siapa yang menerima mereka, akan berhadapan dengan situasi begini.





Jadi, Sdr Tian Chua jaga-jaga sikit, jangan terlalu gembira dengan kehadiran mereka.





BN dan UMNO tidak rugi apa-apa dengan ketiadaan mereka, cuma tolong ingat sejarah telah membuktikan sesiapa yang keluar UMNO/BN, lambat laung mereka akan kembali semula TETAPI yang keluar daripada PKR/Pakatan Rakyat tidak lagi kembali semula kepangkuan PKR/PR.





JANGAN TERLEBIH SUKA NANTI DATANG PULAK DUKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan