SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 29 Januari 2011

'Nik Aziz, Anwar sama'


KERANA KUASA DAN PARTI SANGGUP GADAIKAN AGAMA DAN BANGSA.


Gila kuasa politik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini setanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau semakin berani mengeluarkan 'fatwa demi fatwa' semata-mata untuk kepentingan parti.


Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, namun di sebalik persamaan sikap ghairah berpolitik antara kedua-duanya, masih ada perbezaan di antara mereka.


Jelas beliau, perbezaan itu ialah Nik Aziz 'melacurkan' agama untuk memuaskan nafsu politik, manakala
Anwar melacurkan politik bagi memuaskan nafsu serakahnya.


Inilah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi dendam dan kerakusan kuasa.


KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PAS DAN PKR, FIKIRKANLAH DENGAN HATI YANG TENANG SEMUGA DIBERI PERTUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN.


Jangan sampai MELAYU HILANG DI TANAH TUMPAHNYA SENDIRI DAN AGAMA DIPERSENDAKAN.

Rabu, 26 Januari 2011

PRK DUN TENANG : BERUNTUNG PENEROKA FELDA (2)















FELDA BANTU MENGINDAHKAN KAWASAN KAMPUNG.

Felda bukan hanya setakat memainkan peranan bagi meningkat ekonomi warga peneroka sahaja bahkan berbagai-bagai sumbangan dan bantuan disediakan kepada seluruh warga Felda.

Bagi menjadikan kawasan rancangan sebuah kawasan kampung melayu yang indah dan menarik, Felda telah menyediakan peruntukan yang cukup besar dengan mengadakan pertandingan mengindahkan kawasan kampung yang dinamakan ANUGERAH KAWASAN KAMPUNG FELDA (AKKF).

Bagi menjayakan misi ini, Felda telah menyumbangkan sebanyak RM10.00 sepeneroka setiap bulan dan peneroka juga dikehendaki menyumbangkan hanya RM5.00 sepeneroka setiap bulan.Bermakna jika kawasan rancangan tersebut mempunyai bilangan peneroka seramai 500 orang, maka Felda akan menyumbang sebanyak RM5,000.00 sebulan kepada rancangan tersebut.

Selain dari itu, Felda akan menganugerahkan kepada rancangan yang mencapai ketegori yang dikehendaki dengan memberi sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada rancangan tersebut. Sebahagian sumbangan tersebut akan diagihkan kepada semua peneroka dan selebihnya akan di gunakan untuk menyediakan prasarana di kawasan rancangan tersebut.

BAGI MASYARAKAT PENEROKA DI DUN TENANG TELAH MENIKMATI KEMUDAHAN INI DAN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK DIANUGERAHKAN SEBAGAI KAWASAN KAMPUNG TERBAIK.

Kawasan Felda di negeri Johor sememangnya hebat-hebat dan dibuktikan apabila anugerah AKKF telah dimenangi oleh Kawasan Felda Negeri Johor selama tiga tahun berturut-turut.

INILAH YANG DIKATAKAN BERUNTUNGNYA MENJADI PENEROKA FELDA.

Selasa, 25 Januari 2011

PRK DUN TENANG : BERUNTUNGNYA PENEROKA FELDA.



PENEROKA FELDA MENINGGAL DUNIA,FELDA SUMBANG RM 1O,OOO.


Alangkah beruntungnya menjadi peneroka Felda sekarang ini. Felda bukan sahaja membantu peneroka meningkatkan taraf hidup dari segi ekonomi dan pendidikan anak-anak bahkan mati pun masih lagi Felda memberi bantuan.


Sebagaimana yang kita ketahui, Felda telah menubuhkan khairat kematian bagi warga peneroka seluruh negara secara percuma. Setiap peneroka yang meninggal dunia akan diberi sumbangan kepada warisnya sebanyak RM10,000.00.


RM3,000.00 dibayar terus untuk urusan pengebumian dan bakinya akan dibayar setelah selesai urusan melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu.


Inilah kelebihan yang ada pada masyarakat Felda yang tidak ada pada masyarakat luar Felda.


Apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang menyatakan Felda tidak menjaga kebajikan peneroka hanyalah satu hasutan demi mengejar kepentingan diri dan kuasa.


Kepada seluruh warga Felda di Dun Tenang, yakinlah apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada masyarakat Felda adalah untuk membantu rakyatnya yang suatu ketika dulu hidup dalam kesusahan dan tanpa harta agar menjadi warga yang berharta dan bermaruah.

Ahad, 23 Januari 2011

MAZLAN ALIMAN SUDAH TIDAK TENANG.


ANAK PANTAU JANJI PM


Mazlan Aliman akan memantau setiap pengumuman dibuat kerajaan untuk memastikan janji-janji bukan gimit politik. Beliau berkata, tindakan ini untuk memastikan janji -janji Datuk Seri Najib menjadi kenyataan demi kepentingan dua juta warga Felda seluruh negara.


Kenapa Mazlan Aliman begitu beria-ria nak memantau setiap janji -janji yang dibuat oleh kerajaan ?.


Sepatutnya beliau perlu menilai semula janji-janji Pas kepada Peneroka Felda semasa pilihanraya umum ke 12 dulu, samada sudah ditunaikan atupun belum.


Mazlan Aliman sebenarnya sudah kehilangan arah dan mula meroyan apabila tidak dicalonkan sebagai calon Pas di PRK Dun Tenang.


Oleh itu kepada pengundi -pengundi di DUN Tenang tidak perlu terperdaya dengan janji dan hasutan yang dimainkan oleh kumpulan ANAK yang tidak mengenang budi ini.


PILIHLAH BN yang benar-benar menjaga dan memberi kesenangan kepada warga Felda.


Rabu, 19 Januari 2011

ANWAR DAH MULA DEMAM.


DATUK NAJIB JAWAB CABARAN DEBAT ANWAR.

YAB Datuk Seri najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menjawab cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya semasa lawatan rasmi beliau ke Felda Tenang.

INI ADALAH JAWAPAB ANWAR SELEPAS DATUK NAJIB JAWAB.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

Sebenarnya Anwar dah mula gelabah apabila Datuk Seri Najib menjawab cabarannya dan beliau sebenarnya yakin Datuk Najib tidak berani berdebat dengannya.

INILAH WAJAH ANWAR YANG SEBENARNYA, BOLEH BERUBAH SETIAP MASA DEMI KEPENTINGAN PERIBADINYA.

Ahad, 16 Januari 2011

DUN TENANG : MAZLAN ALIMAN KEMPUNAN.













NORMALA SUDIRMAN CALON PAS DUN TENANG.

Normala Sudirman, calon Pas yang akan bertanding di DUN Tenang telahpun diumumkan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.

Bermakna hajat dan impian Mazlan Aliman untuk menjadi calon di DUN Tenang hanya tinggal angan-angan. Jelas sekali Mazlan Aliman hanyalah sebagai BELACI Pas untuk menghasut peneroka Felda dan sememangnya tidak layak menjadi calon PAS.

Suara-suara yang mengatakan Mazlan Aliman yang paling layak menjadi calon di DUN Tenang hanyalah mainan politik PAS semata-mata.


Kepada masyarakat Peneroka Felda sedarlah, Mazlan Aliman hanya layak sebagai penghasut peneroka sahaja. PAS pun tahu bahawa Mazlan Aliman sememangnya tidak layak menjadi calon
.

Sabtu, 8 Januari 2011

MB DAN KM PERLU LAKSANA SEPERTI PM


DATUK SERI NAJIB BERTEMU DENGAN SEMUA AHLI PARLIMEN BN.


Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua Ahli Parlimen BN adalah bertujuan memberitahu yang harus dilakukan dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen mereka.


Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat baik bagi mengetahui sendiri pandangan dan masalah Ahli Parlimen. Apapun mereka perlu melaporkan perkara yang sebenar kerana Datuk Seri juga mempunyai maklumat yang tersendiri.


OLEH ITU, SEWAJARLAH JUGA SEMUA MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI mengikut langkah yang sama dengan memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mendengar dan mendapat pandangan berkenaan kawasan masing-masing.


Jika semua pihak melaksanakan sepertimana Datuk Seri Najib lakukan, kita yakin dan percaya BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

Isnin, 3 Januari 2011

KENAPA KHALID TAKUT KEPADA KHUSRIN MUNAWI ?


MB SELANGOR BUAT RAGAM.


Penolakan Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor di atas perlantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi semakin jelas apabila beliau akan memanggil persindangan khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor.


PERSOALANNYA : Kenapa Khalid begitu beria-ria sangat tidak menerima perlantikan Datuk Khusrin sedang belai telah mendapat pekenan Sultan Selangor ?.


Adakah Khalid bimbang kelemahan, ketidakcekapan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor akan tersebar ?.


Khalid Ibrahim pernah berkata kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang telus, JIKA telus kenapa takut sangat dengan kehadiran Datuk Khusrin ?.


Sepatutnya berbangga kerana mendapat seorang SUK yang cukup hebat sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selagor.


INILAH YANG DIKATAKAN : CAKAP TAK SERUPA BIKIN. TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.


BAGAIMANA ? Nak memerintah Negara, kalau diperingkat negeri pun tak mapu nak urus ?.

PAKATAN RAKYAT ( PR) TAK TAHU UNDANG-UNDANG.


MB Selangor Mengalami Krisis Minda ?.


Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendapat tentangan daripada MB Selangor keran perlantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada beliau.


KSN adalah berhak melantik SUK Negeri dan diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Oleh kerana MB Selangor ini jenis tidak tahu undang-undang maka berteriaklah dia ke sana - sini menyatakan perlantikan tersebut belum muktamad.


Inilah Pemimpin yang dilahirkan oleh Pakatan Rakyat yang tidak tahu mentadbir.

Kalau undang-undang memerintah Negeri pun tak tahu, bagaimana pula nak memerintah Negara ?.