SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 25 Oktober 2009

ANTARA PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS.



PERBEZAAN PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS
Perubahan yang akan dilakukan oleh UMNO.
Bertemakan "Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan", Dato’ Sri Najib mahukan anggota UMNO mengembalikan budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti.Dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Umno 2009 di PWTC , Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib berkata, ‘UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat dan mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman.’Sebagai tonggak parti pemerintah, UMNO tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besarbesaran atau projek mega sematamata, tetapi mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.
Perubahan yang akan dilakukan oleh PAS.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan. Beliau menggesa agar kepimpinan tertinggi PAS mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan kedudukan kepimipinan tertinggi PAS.
Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.

Ulasan Hujanemas :
Marilah kita sama- sama menghayati dan memikirkan bersama berkenaan dengan arah tuju kedua parti melayu ini yang sekarang menjadi perhatian daripada semua pihak.
Kita hanyati arah tuju UMNO yang dilafaskan oleh Presiden parti,Dato Sri Najib dalam ucapan dasar Presiden di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Dengan penuh keikhlasan mahukan semua lapisan pemimpin UMNO mementingkan soal kebajikan rakyat dan periuk nasi rakyat.
Inilah PERUBAHAN yang akan dilakukan oleh UMNO dan berbeza dengan PERUBAHAN yang akan dilakukan oleh PAS.
Nik Aziz mahukan diadakan perhimpunan khas bagi membincangkan soal kepimpinan tertinggi PAS yang dianggap tidak setia kepada parti PAS.
Kenapa sekarang apabila bergabung dengan PKR dan DAP. Berbagai masalah dan isu timbul dalam parti PAS ?. Cadangan yang di kemukan oleh Nik Aziz ini tidak pernah dibuat selama ini TAPI sekarang kenapa ianya berlaku ?.
Apakah benar ada diantara pemimpin tertinggi PAS yang pro kepada UMNO ?.Atau mungkin ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS yang kalah dalam permilihan yang lalu masih tidak berpuas hati ?.Ataupun isu ini dirancang oleh kumpulan yang berada dalam pakatan rakyat yang takut kepada pemimpin tertinggi PAS sekiranya benar mereka memerintah Negara ini maka laluannya agak susah selagi pemimpin tertinggi PAS ini masih ada.Inilah PERUBAHAN yang sedang di rancang oleh Nik Aziz.
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN DIANTARA PERUBAHAN YANG AKAN DILAKUKAN OLEH UMNO DAN PAS.
Semuga kita diberi pilihan untuk menentukan masa depan Bangsa, Agama dan Negara kita ini untuk terus memberi kepercayaan kepada BARISAN NASIONAL/UMNO dibawah kepimpinan Dato Sri Najib Abd Razak.

Jumaat, 23 Oktober 2009

DEWAN RAKYAT : KENAPA ANWAR TERDIAM ?.

JAWAPAN MOHD NOR OTHMAN BUATKAN ANWAR TERDIAM.

Dalam pembahasan di Dewan Rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani semalam, Dato Sri Anwar terdiam apabila Ahli Parlimen Hulu Terangganu membidas beliau yang membuat celahan mengatakan beliau yang banyak memberi peruntukan bagi kebajikan anggota keselamatan sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Beliau mendabik dada mengatakan telah meluluskan peruntukan terbesar bagi projek perumahan anggota tentera.

Kenyataan Anwar kemudian dibidas oleh YB Mohd Nor Othman (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) dengan menyatakan Sdr Anwar boleh melaksanakan peruntukan tersebut kerana ketika itu beliau berada di dalam kerajaan Barisan Nasional TAPI SEKARANG kalau di luar kerajaan Barisan Nasional belum tentu Anwar boleh berbuat seperti itu.

Bidasan YB Mohd Nor membuatkan Anwar terus terdiam walaupun sebelum ini mengambil masa lebih lima minit mencela semasa Mohd Nor membahaskan Rang Undang-Undang tersebut.

Ulasan Hujan emas:

Inilah Pemimpin yang selama ini beranggapan dialah yang paling hebat dan berpengaruh. Apa jua yang dicakapkan akan dipercayai oleh rakyat. Tapi kali ini bila berdepan dengan pemimpin UMNO yang tahu perangai sebenarnya maka beliau tidak berani berhujah.Kalau nak dibandingkan antara Anwar dengan Mohd Nor ini bukanlah tandingannya tapi oleh kerana apa yang dibidas memang yang benar maka Anwar tidak mampu menafikannya.


Diharap kepada pemimpin UMNO, janganlah takut untuk berdebat dengan Anwar ini, biarlah akhirnya semua rakyat akan tahu siapa sebenarnya Anwar ini. Selagi kita takut mendedahkan siapa sebenarnya Anwar selagi itulah beliau akan terus berlakon dan membohongi rakyat.

Jadikan Mohd Nor sabagai contoh walaupun tidak dikenali tapi berani berdebat dengan Ketua pembangkang kerana BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Khamis, 22 Oktober 2009

WAJARKAH IBRAHIM ALI MASUK UMNO ?













'Belum ada keperluan saya masuk UMNO': Dato Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Saya tidak mahu orang ramai membuat andaian saya menyertai UMNO kerana parti ini sekarang bertambah kuat, disebabkan kepentingan peribadi, mengejar pangkat atau pun dibeli mana-mana pihak," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, sebab lain beliau tidak menyertai UMNO ialah kerana ingin menjaga kewibawaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diterajuinya supaya ia tidak dituduh menjadi alat pada mana-mana kumpulan.
Dalam pada itu, katanya, beliau kini cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan negara dan rakyat kerana parti itu sekarang bersikap lebih terbuka untuk dikritik berbanding Pas.
"Saya menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin. Saya suka dengan suasana UMNO sekarang di bawah pimpinan baru yang lebih terbuka dan boleh menerima apa jua kritikan.

Ulasan Hujan emas :
Kenyataan yang dibuat oleh DIA(Dato Ibrahim Ali) perlu kita fikirkan selepas YAB Tim Presiden UMNO membuat kenyataan bahawa UMNO tidak pernah menyekat sesiapa pun untuk menyertai UMNO termasuklah Ibrahim.

Bagi UMNO mungkin bersetuju jika DIA(Dato Ibrahim Ali) menyertai UMNO semula kalau di teliti kenyataan yang dikeluarkan yang mana beliau sanggup bekerjasama dengan PM dan BN.

Kita faham bahawasanya DIA (Dato Ibrahim Ali) masih sayangkan UMNO tapi mungkin masanya tidak sesuai lagi untuk beliau kembali kepada UMNO.

Apa yang diharapkan daripada DIA (Dato Ibrahim Ali), sekiranya ingin kembali kepada UMNO dan sayangkan UMNO biarlah perkara yang pernah beliau lakukan sebelum ini tidak akan berlaku selepasa ini.

Kita berharap suatu hari nanti DIA (Dato Ibrahim Ali) akan kembali kepada UMNO kerana beliau merupakan pejuang yang tulen demi mempertahankan hak-hak orang melayu. UMNO memerlukan tokoh seperti beliau. Cuma apa yang diharapkan semuga kemasukkan DIA (Dato Ibrahim Ali) dalam UMNO akan kekal buat selama-lamanya dan berjuanglah demi Bangsa, Agama dan Negara.

FIKIR-FIKRKANLAH WAHAI DIA (Dato Ibrahim Ali).

Sabtu, 17 Oktober 2009

SELEPAS INI KEMANA PULAK ZAID ?


ZAID IBRAHIM BUAT HAL LAGI.

PKR menerima hadiah yang teristemewa sempena menyambut perayaan Deepavali dan perubahan pertama selepas perhimpunan agung UMNO.

Hadiah dan perubahan yang diterima adalah pengumuman ZAID IBRAHIM BERCUTI DARI PARTI PKR SELAMA 6 BULAN. Katanya beliau ada maslah dengan salah seorang pemimpin kanan PKR.

Walau apapun sebabnya kita tidak mempersoalkan tapi apa yang hujan emas hendak bangkitkan adalah sikap seorang yang dikata pemimpin yang berpandangan jauh.

Apakah yang Zaid inginkan dalam perjuangan beliau ?. Dok dalam UMNO mengkritik UMNO, bila masuk PKR pula tidak sependapat dengan kepimpinan PKR .Jadi sama-sama kita fikirkanlah jenis apa manusia seperti ini?.


Kita sama -sama tunggu sekiranya beliau keluar dari PKR kemana agaknya selepas ini?. Kalau nak masuk PAS mungkin Nik Aziz tak terima kerana saudara Zaid tidak berminat dengan idialogi dan perjuangan PAS. Beliau adalah berkafahaman liberal dan menetang keras perlaksanaan hukum Islam di Negara ini.


Khamis, 15 Oktober 2009

ORANG BAGAN PINANG TAK KENAL PAS


Nik Aziz akur silap strategi

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini. Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut. “Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.
Ulasan Hujan emas:
Kekalahan PAS di Bagan Pinang menimbulkan berbagai - bagai kenyataan samada dari BN dan juga PAS. Yang terbaru apa yang dipaparkan kenyataan Nik Aziz yang menyatakan pengundi Bagan Pinang tidak kenal PAS sebab itulah PAS kalah dan juga kerana ada ugutan oleh BN.
Sebenarnya Nik Aziz patut sedar, bukannya pengundi Bagan Pinang tidak kenal PAS tapi mereka sebenarnya tidak boleh menerima PAS kerana beberapa sebab antaranya ialah:
1. PAS sebenarnya bukan berjuang untuk Agama tapi berjuang memperalatkan Agama.
2. Pemimpin PAS hanya tahu membuat fitnah dan memaki hamun orang.
3. Penyokong PAS tidak berjiwa sebagai orang melayu Islam yang sebenarnya.
4. PAS telah diperalatakan oleh DAP dan PKR.
5. Pengikutnya diasuh dan dilatih supaya bersikap samseng dan biadap.
Inilah sebahagian sebab utama kenapa pengundi Bagan Pinang menolak PAS, bukan kerana orang tak kenal PAS.
Alasan kedua yang ditomahkan oleh Nik Aziz ialah kerana ada ugutan oleh pihak BN, apakah Negara kita ini tidak ada undang-undang ?. Kenapa Nik Aziz tidak membuat laporan polis sekiranya ada puak PAS diugut oleh orang BN?.
Oleh itu, sepatutnya Nik Aziz menerima secara terbuka kekalahan ini dan tidak menyalahkan orang lain. Pengundi dan rakyat sudah mulai sedar perilaku kumpualan pakatan rakyat ini yang hanya untuk memperalatkan rakyat demi mencapai cita-cita politik mereka.
PAS perlu memikirkan semula perjuangan dan pakatan mereka dengan kumpulan yang menolak Islam. Jadilah pemimpin Islam yang sebenarnya bukan hanya menggunakan Agama untuk kepentingan politik kepartian.
BERUBAHLAH WAHAI PEMIMPIN PAS SEBELUM KAMU DIUBAH.

Selasa, 13 Oktober 2009

SIAPA YANG TIDAK BERMORAL ?.













NIK AZIZ DAN NIZAR TUDUH TAN SRI ISA TIDAK BERMORAL.

KOTA BHARU – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'. Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

Ulasan Hujan emas:

Kekalahan PAS di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang memberi berbagai alasan oleh kepimpinan PAS dan Pakatan mereka. Mereka tetap menyalahkan orang lain di atas kekalahannya. Berbeza dengan BN yang angkur dengan keputusan dan mengakui kelemahannya.

Di Bagan Pinang, PAS menuduh pengundi memilih pemimpin yang tidak bermoral iaitu Tan Sri Isa Samad.

Hujan emas hendak mengajak pemimpin PAS,PKR dan DAP untuk menilai siapakah yang sebenarnya tidak bermoral.

Kita cuba bandingkan diantara Tan Sri Isa Samad dengan Dato Anuwar Ibrahim, siapakah diantara mereka berdua yang lebih teruk moralnya?.

Oleh itu, sebelum kita membuat tuduhan terlebih dahulu kita tengok diri kita , jangan disebabkan kita hendak menutup kelemahan kita , maka kita letakkan kesalahan pada orang lain.

SEDARLAH, WAHAI PEMIMPIN PAS, Rakyat sudah sedar penipuan dan lakonan yang dimainkan oleh PAS,PKR dan DAP.

Di Bagan Pinang, Rakyat sudah mulakan langkah pertama untuk menghukum PAS,DAP dan PKR yang memperalatkan rakyat untuk kepentingan peribadi.


KITA SAMA-SAMA TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI. SIFAT GANAS DAN SAMSENG YANG ADA PADA PAS, DAP DAN PKR TELAHMEMBUAT RAKYAT SEMAKIN MEMBENCI.

Kepada pengikut parti yang menyesatkan rakyat ini, kembalilah kepada yang benar demi KEPENTINGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGAR.

FIKIR-FIKRKANLAH.

Ahad, 11 Oktober 2009

ADAKAH PAS AKAN LEBIH GANAS SELEPAS BAGAN PINANG


















Keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang telah diketahui dan kemenangan BN tidak boleh dipertikaikan kerana kekuatan yang dibina di Bagan Pinang tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.

Kepada kepiminan PAS, DAP dan PKR janganglah terlalu angkuh apabila keputusana pilihanraya berpihak kepada parti mereka. Hari ini kita semua dapat menilai perilaku dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang di sepanjang kempen PRK Bagan Pinang.

Kalau inilah sikap yang ditunjukkan bagi meraih undi daripada rakyat,bagaimana nak memerintah Negara?. Sikap biadap, samseng,sombong semuanya ada pada orang PAS maka tak hairanlah kalau PAS memerintah negara ini akan menjadi seperti Iraq dan sebagainya.

Sampai bilakah pemimpin PAS akan menamatkan sikap yang merugikan rakyat semua ?. Sedar atau tidak jika peristiwa sebegini akan terus berlaku siap yang akan menanggung kerugiannya?.

Lihatlah anak Bangsa Melayu hari ini, apakah kita sanggup melihat bangsa kita bersengketa sesama sendiri ?.

Oleh itu, sedarlah wahai Pemimpin dan pengikut PAS, jangan kita hancurkan umat yang sebangsa dan seAgama dengan kita demi kepentingan politik. Kita jadikan peristiwa yang berlaku di Bagan Pinang ini sebagai pengajaran kepada kita semua.

BERSATULAH DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Jangan sampai kubur kita nanti dibasahi dengan cucuran air kencing cucu=cicik kita. WASSALAM.

Ahad, 4 Oktober 2009

KELEBIHAN TAN SRI MOHD ISA SAMAD

















TAN SRI MOHD ISA ‘ POLITIK KAMPUNG’

Keputusan calon BN pada piliahanraya kecil Dun Bagan Pinag telah diumumkan oleh Tan Sri Mahyudin Yassin. Kerajaan telah akur dengan pilihan rakyat dengan meletakkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon tersebut. Kehadiran lebih kurang 10,000 rakyat jelata di majlis pengumuman calon membuktikan popularity calon (Tan Sri Mohd Isa ) tidak lagi boleh dipertikaikan.

Beberapa kelebihan yang ada pada Tan Sri Mohd Isa menjadikan beliau sebagai calon utama di pilihanraya kecil Bagan Pinang ini.



Antara kelebihan yang ada padanya adalah:

- Beliau adalah anak tempatan di sini dan buat pertama kalinya beliau bertanding di kampong halamannya sendiri.

- Nama Mohd Isa telah sebati dalam hidup penduduk Bagan Pinang walaupun selepas tidak memegang sebarang jawatan. Bukan sahaja dikalangan masyarakat Melayu, malah penduduk Cina dan India menghormatinya.

- Jiwa mesra rakyat yang ada pada beliau mendekatkan lagi dirinya dengan rakyat.

- Pengalaman yang luas sebagai menteri besar.

- UMNO bahagian Teluk Kemang bersatu untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa.

- Gaya yang tersendiri mendekati rakyat mampu menawan hati rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India dan dilabelkan sebagai politik kampong.


SEMUGA DENGAN KELEBIHAN YANG ADA PADA TAN SRI MOHD ISA SAMAD DAN DITAMBAH DENGAN SOKONGAN YANG PADU DARI AHLI UMNO, KITA DOAKAN BN AKAN MENANG DENGAN MAJORITI YANG LEBIH TINGGI LAGI.

KEPADA PENGUNDI DUN BAGAN PINANG, UNDILAH CALON BN YANG SUDAH TERBUKTI JASANYA KEPADA RAKYAT.




KEBANGKITAN BN DAN UMNO AKAN BERMULA DI BAGAN PINANG.

Jumaat, 2 Oktober 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN.
















BN DENGAR DENYUT NADI RAKYAT.


Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang membuktikan Kerajaan dan Barisan Nasional mendengar denyut nadi rakyat dengan meletak calon BN dalam pilihanraya ini Tan Sri Mohd Isa Samad sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat di DUN Bagan Pinang.

Pada peringkat awalnya BN tidak mengahdapi apa-apa masalah dengan calon yang akan bertanding di pilihanraya ini tetapi pada saat akhirnya seperti ada perkara yang tidak kena bagi meletakkan calon dan akhirnya Tan Sri Mahyudin Yassin mengumumkan Tan Sri Mohd Isa sabagai calon BN di DUN bagan Pinang.

Tan Sri Mahyudin menyatakan BN akur kepada pilihan rakyat, yang penting RAKYAT DIDAHULUKAN, mana yang rakyat hendak itu yang diberikan..

Kita berharap Bagan Pinang akan menjadi tempat mulanya era RAKYAT DIDAHULUKAN dan DENYUT NADI RAKYAT DIDENGARI .

Pada pilihanraya akan datang samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, biarlah pemilihan calon nanti akan dilakukan seperti apa yang telah diterjemahkan di Bagan Pinang ini.
Tidak dinafikan CALON adalah antara elemen yang menentukan kemenangan sebuah parti dalam pilihanraya.

Untuk itu, Jadikan pengalaman yang lepas sebagai panduan kita demi mempertahankan kuasa yang kita ada ini dan Bagan Pinang akan menjadikan permulaan yang terbaik demi kerajaan BN dan Negara.

Kepada kepimpinan BN dan UMNO, jangan sesekali kita pandang mudah pandangan ahli dan pengundi di akar umbi walaupun mereka itu tidak berjawatan