SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 22 November 2010

PKR : KEMENANGAN YANG TIDAK BERMAKNA.



PEMILIHAN PKR : APA GUNA MENANG JIKA PARTI BERCELARU.


Azmin Ali dan Nurul Izah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR mendahului calun – calun lain dengan majoriti yang besar. Azmin Ali setakat ini meraih 14,751 undi manakala Nurul Izah meraih 11,042 undi. Keputusan muktamad akan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR.


Apa pun keputusan yang akan berlaku dalam pemilihan PKR sudah tidak menjadi tumpuan sebaliknya kekecohan yang berlaku di setiap Cabang PKR menjadi topik utama dan yang paling terbaru adalah desakan dikalangan ahli PKR sendiri supaya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berundur daripada PKR .


Persoalannya sekarang , Kenapa sehingga sekarang Anwar dan Wan Azizah masih lagi berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan samada menanggani isu pemilihan ataupun demotrasi.



Dulu Anwar sendiri yang menjadi kepala demotrasi menentang kerajaan BN tetapi sekarang beliau berdepan dengan anak buahnya sendiri yang membuat demotrasi terhadapnya.


Inilah hakikat sebenarnya, apabila sibapa hanya pandai mengajar anak bersikap kurang ajar tetapi lupa untuk belajar bagaimana hendak menanggani apabila anak bersikap kurang ajar.


PENGAJARANNYA : Apa yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir supaya kita sama-sama mengadakan sembahyang hajat supaya Allah swt tunjukkan yang sebenar MAKA sekarang kebenaran itu semakin hari semakin kelihatan.



SAMA-SAMALAH KITA RENUNGI DAN MENJADI PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.







Sabtu, 13 November 2010

TOKOH YANG KIAN DILUPAKAN.




TENGKU RAZALEIGH PENYELAMAT DUN GALAS.

Kejayaan Barisan Nasional merampas semula Dun Galas masih lagi diperdebatkan oleh masyarakat umum. Berbagai-bagai andaian juga telah diperkatakan samada oleh pehak pembangkang ataupun penyokong BN, malah diulas dan dikaji juga oleh penganalisis politik. tanah air.

Walau apapun yang diperkatakan, Dun Galas sudah kembali k pangkuan Barisan Nasional.Kemenangan ini juga bukan sahaja menaikkan semula semangat ahli UMNO bahkan kekuatan BN sendiri menjadi lebih kukuh.


Apapun, kita jangan lupa kepada watak utama yang mewarnai dan mempamerkan bukan sahaja kehebatannya bahkan segala pengalaman dan pengaruhnya digunakan sepenuhnya bagi menawan hati pengundi bagi memberi undi dan sokongan penuh kepada BN.

Tokoh yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan YB MULIA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.

INILAH tokoh yang tidak boleh kita lupakan, bukan sahaja watak utama di Dun Galas bahkan salah seorang tokoh UMNO yang tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihanraya.

Beliau adalah tokoh yang boleh dijadikan contoh(Roll model) kepada kepimpinan UMNO dan generasi baru dalam UMNO. Kesetiaan dan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Walaupun suatu ketika dulu membimbangkan kita (UMNO) bila beliau berada dipentas Pas bagi menjelaskan isu royalti minyak Kelantan TAPI apabila dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Dun Galas, beliau menerima dengan hati terbuka dan menggunakan sepenuhnya pengalaman, pengaruh dan segala-galanya bagi membuktikan kesetiaannya kepada UMNO dan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Akhirnya, Allah swt menentukan segala-galanya dengan memberi kemenangan yang cukup bergaya kepada Barisan Nasional di Dun Galas.

Bagi saya, sewajarnya YAB Perdana Menteri boleh terus menggunakan pengalaman dan kebolehan yang ada pada YB Mulia Tengku Razaleigh bagi mengukuhkan dan perkuatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan BN khasnya rakyat Kelantan.


Sudah sampai masanya YAB Perdana Menteri memberi ruang dan peluang kepada YB Mulia Tengku untuk mencurahkan segala yang ada demi Bangsa, Agama dan Negara dengan memberi jawatan sebagai Menteri yang bersesuaian dengan kebolehan dan keperibadiannya.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Rabu, 10 November 2010

KENAPA HUSAM MUSA BENTANG BAJET 2011


BAJET 2011 KERAJAAN PAS KELANTAN.


Kerajaan Pas Kelantan telah membentang bajet 2011 dalam persidangan dewan yang dibentangkan oleh Husam Musa.


Soalnya Kenapa tidak Nik Aziz yang membentangkannya ?. Adakah proses pertukaran pemimpin Kelantan akan bermula pada tahun 2011 ?, ataupun Nik Aziz sudah tidak bersemangat setelah kalah di Dun Galas yang berbangga dengan 20 tahun memerintah Kelantan tetapi pengundi Dun Galas menolaknya.


Bajet 2011 Kerajaan Pas Kelantan lebih teruk daripda tahun 2010. Difisit kali ini meningkat sehingga RM 53.24 juta .Hasil pembalakan adalah penyumbang kedua terbesar sebanyak RM144.21 juta (26.69).


Sebab tulah habis balak disapu dan licin bukit digondolkan. Sekiranya tidak ada hasil balak mungkin difisit 2011 meningkat lebih 100 juta.


Inilah hasilnya selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan, licin bukit digondolkan,habis balak disapu dan rakyat tetap hidup dalam kesusahan.

Ahad, 7 November 2010

ANTARA KEBIJAKSANAAN DENGAN KEANGKUHAN.


KEBIJAKSANAAN BN DENGAN KEANGKUHAN PAS.


Pilhanraya Kecil Dun Galas telah selesai dan Barisan Nasional kembali menguasai kawasan tersebut. Pada awalnya tidak ada seorangpun yang berani mengatakan BN akan menang dengan begitu cemerlang, hanya sekadar berani mengatakan BN boleh menang kalau kena gaya kempennya.


KEBIJAKSANAAN BARISAN NASIONAL :-


- Melantik YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya BN.

- Tidak mengadakan ceramah-ceramah besar.

- Pendekatan berkempen dengan menziarahi pengundi dari rumah ke rumah memberi kesan yang cukup baik.

- Membongkar janji-janji dan muslihat Pas Kelantan selama 20 tahun memerintah Kelantan.


KEANGKUHAN PAS :


- Membawa Pemimpin besar Pakatan rakyat berceramah dan berkempen.

- Memburuk-burukan YAB Perdana Menteri

- Bermegah dapat memerintah Kelantan selama 20 tahun.

- Menuduh BN/UMNO rasuah tetapi sebaliknya Pas yang lebih rasuah.

- Membawa jentera kempen yang begitu ramai sehinggakan menyusahkan pengundi.


Kepada Pas seharusnya sedar bahawasanya perjuangan Pas sekarang sudah terlalu jauh terpesong kalau dibandingkan dengan perjuangan Pas terdahulu. KUASA DAN JAWATAN menjadi perjuangan pemimpin Pas dan keangkuhan Nik Aziz sendiri juga penyebab pengundi Dun Galas menolak Pas.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Jumaat, 5 November 2010

PRK DUN GALAS : SYABAS BUAT BN, PENGAJARAN BUAT PAS.




BN BERJAYA GALAS DUN GALAS.

Kemenanga besar Barisan Nasioanl di PRK Dun Galas dengan majoriti 1,190 tidak diduga sama sekali, Selepas Pas mengumumkan calunnya, BN merasa yakin akan menang tetapi tidaklah majoriti sebesar ini.Keyakinan BN berdasarkan pengundi disini telah kenal siapa DR Zulkifli yang sudah dua kali tewas dalam pilihanraya umum. Sejak calun Pas diumum sudah ada segelintir penyokong Pas tidak puashati dengan calun tetapi kerana tidak boleh membantah maka mereka hanya sekadar mendiamkan diri. Selain daripada itu, pemilihan YB Mulia Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya menjadikan halangan utama Pas untuk memgekalkan Dun Galas ditangan Pas. Mereka mengetahui bertapa hebatnya hubungan Tengku Razaleigh dengan mesyarakat Cina dan orang Asli.


Pendekatan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh dengan tidak membenarkan satu ceramah pun diadakan oleh Bn pada waktu malam merupakan pendekatan yang cukup baik dan berkesan kerana Tengku tidak mahu menganggu dan menyusahkan pengundi untuk datang mendengar ceramah.


Pada mulanya pendekatan yang digunakan oleh Tengku Razaleigh agak mengejutkan semua jentera Pilihanraya BN tetapi apabila pendekatan ini dijalankan, keyakinan dan sokongan pengundi kepada BN mula menampakkankesannya.


Keputusan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku cukup bertepatan apabila melihat kepada ceramah-ceramah yang diadakan oleh Pas hanya dihadiri oleh jentera-jentara parti mereka sahaja tidak seperti sebelumnya.


Kejayaan manis BN ini juga sisebabkan oleh pakatan Pas dengan DAP yang sememangnya tidak disenangi oleh segelintir penyokong Pas sendiri ditambahkan lagi dengan kehadiran pemimpin tertinggi parti DAP dengan membawa isu-isu yang tiada kaitan dengan Dun Galas ini menyababkan ketidakpuashati pengundi disini.


RUMUSANNYA : Pas harus mengkaji semula pakatannya dengan DAP dan PKR, supaya mereka tidak terus diperalatkan oleh DAP yang bukan sahaja merugikan Pas bahkan orang melayu.


Pakatan PAS dan UMNO perlu dikaji semula oleh kepimpinan PAS agar melayu terus hidup dibumi bertuah ini dan parti UMNO dan PAS tidak berkubur dek kerana KITA (Melayu) tidak bersatu.

Selasa, 2 November 2010

PRK GALAS : SOKONGAN KEPADA PAS SEMAKIN MEROSOT.












HUBUNGAN PAS + DAP : GOLONGAN VETERAN PAS TIDAK BERSETUJU.


Semalam berkesempatan bersua muka dengan ahli Pas veteran di Kg RPT Sg Terah, satu-satunya kawasan hitam Pas. Keistemewaan yang ada pada orang Kelantan ialah menghormati tetamu lebih daripada segala-galanya.


Ketika berbual-bual, beliau mengakui adalah penyokong kuat Pas sejak dari dulu lagi. Bila ditanya kenapa menyokong Pas ?, beliau menjawab kerana Pas dulu adalah parti yang memperjuangkan Agama Islam,tapi sekarang Pas telah berubah dan beliau meluahkan perasaan tidak puashati terhadap perjuangan PAS sekarang ini kerana Pas membuat pakatan dengan DAP.


Beliau juga menyatakan sebahagian ahli Pas veteran sekarang ini sudah tawar hati dengan Pas , cuma hanya kerana masih menghormati Tok Guru Nik Aziz sahaja.


Bila ditanya bagaimana dengan pilihanraya kali ini ?. jawabnya sedang memikirkan samada nak keluar mengundi atau tidak.


Ditanya lagi kenapa tak sokong UMNO ?. Dijawab UMNO juga bagus kerana sama-sama orang melayu tetapi kepimpinan UMNO perlu ubah pendekatannya dengan rakyat.


Katanya lagi, UMNO di Kelantan, kerana kita ni orang Pas,kalau ada apa-apa sumbangan tidak diberikannya walaupun hanya disebelah rumah.


Ditanya bolehkah UMNO dan PAS bergabung dan sama -sama perjuangkan Agama Islam, Bangsa dan Negara ?. jawabnya spotan ITULAH YANG SEPATUTNYA.


Satu pengalaman yang cukup bermakna dan UMNO boleh lakukan perubahan sebagaimana ahli Pas veteran ini luahkan.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN. INSYAALLAH BN AKAN BERJAYA DI PRK GALAS INI.








Isnin, 1 November 2010

PRK GALAS : PAS : BERSAMA MENZALIMI RAKYAT.


PRK DUN GALAS : SLOGAN PAS : ADIL, AMANAH, BERSIH DAN BERKEBAJIKAN.

ADIL : Kroni diutamakan Rakyat di abaikan.

AMANAH : Tanah rakyat dirampas, diutamakan syarikat luar.
BERSIH : Balak habis disapukan , Bukit habis digondolkan.
BERKEBAJIKAN : Tanah perumahan dilambatkan, Tanah kubur ditanam sawit.