SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 20 April 2011

MAZLAN ALIMAN NAK PERBODOHKAN ANAK PENEROKA.



CADANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL.


Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK) yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman dan ditaja oleh parti PAS akan mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantations kepada Generasi kedua Felda pada hujung bulan ini.


PERSOALANNYA ?. Kuasa apa yang ada pada Mazlan Aliman yang membolehkan beliau mengedarkan borang tersebut ?.


Kalaulah benar borang tersebut akan dikeluarkan, kenapa Mazlan Aliman yang mengumumkan ?. Kenapa tidak YB Dato Ahmad Maslan ?.


Apa nak jadi dengan kakitangan yang sekarang sedang berkhidmat dengan Felda Plantations termasuk generasi kedua Felda, sekiranya perkara ini berlaku ?.


OLEH ITU , Janganlah saudara Mazlan Aliman nak perbodohkan anak-anak peneroka Felda. Mereka kini sudah berpelajaran tinggi dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Janganlah dek kerana kepentingan politik sanggup membohongi anak-anak peneroka Felda. Terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan demi mengejar jawatan dan kepentingan politik.


Saya juga generasi kedua Felda, tahu yang mana benar dan yang mana palsu. Saya tahu segala-galanya dalam Felda ini.


KEPADA Saudara Mazlan Aliman, kalau nak berjuang demi kepentingan generasi kedua Felda , berjuanglah dengan tulus ikhlas dan bukannya memperalatkan anak-anak peneroka demi mengejar kepentingan politik.


SEDARLAH wahai Saudara Mazlan Aliman....kalau tidak ada FELDA dimanakah agaknya golongan Melayu yang tidak bertanah dan berharta yang menjadi peneroka Felda sekarang ini berada ?.



FIKIR-FIKIRKANLAH..........BERTAUBATLAH DEMI KEBAIKAN GENERASI KEDUA FELDA.






Khamis, 14 April 2011

KENAPA ANWAR TIDAK MAHU..............


5 PERKARA YANG MENJADI TANDA SOAL.


1.Tuduhan Liwat Saiful

- Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah ?

- Kenapa Anwar tidak mahu menyerahkan sample DNA


2. 16 Sepetember menawan Putrajaya

- Kenapa Anwar tidak memberi perjelasan kenapa beliau gagal menjadi PM.


3. Rakaman Video seks.

- Kenapa Anwar cepat-cepat menafikan dalam video tersebut bukan DIA ?.

- Kenapa Anwar tidak menunjukkan jam Omega miliknya masih ada padanya ?.

- Kenapa Anwar mudah melenting apabila ditanya isu jam Omega ?

- Kenapa Anwar tidak meyaman Datuk "T"?.


4. Rakan Karib

- Kenapa rakan-rakan yang membela beliau sekarang ini tidak lagi

meyokongnya ?.

- Kenapa rakan-rakannya berani mendedahkan keaiban beliau ?.


5. Umi Halfida

- Kenapa Anwar tidak berani menyaman Umi Halfida yang membuat berbagai-

bagai tuduhan kepadanya ?.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN........

Isnin, 4 April 2011

YANG MANA YANG TULEN ANTARA VIDEO DENGAN PERLAKON ?.


SIAPA PELAKON SEBENAR ?.


Isu rakaman video seks yang didedahkan oleh Datuk T mendapat perhatian yang luas dari seluruh masyarakat sehinggakan tenggelam isu tuduhan khalwat yang melibatkan Datuk Sri Anwar.


Isu tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Ketua Polis Negara (KPN)Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut adalah tulen.


Yang menjadi persoalan hari ini ialah, yang manakah yang tulen ?


SAMADA RAKAMAN VIDEO ATAUPUN PELAKON ?.


Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat samada ahli politik,pelajar ataupun orang kampung untuk mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat ?.


Adakah benar melibatkan pemimpin kanan pembangkang atau orang lain ?.


Jika benar apa yang diperkatakan dengan apa yang ada dalam rakaman tersebut, adakah rakyat akan percaya atau sebaliknya ?.


DAN jika BUKAN apa yang dicanangkan itu, siapa yang akan dipersalahkan ?.


Adakah UMNO/BN atau pun Datuk T ?.


SAMA-SAMA KITA TUNGGU AKAN KEBENARANYA.