SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 23 Julai 2009

ANTARA ULAMA PAS DAN ULAMA AGAMA


APA KATA PAS TENTANG NIZAR NI.

Isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock menjadi satu topik anggap dan menggemparkan. Perkara ini berlaku disebabkan puak PR yang beranggapan kematian ini disebabkan oleh sesuatu yang harus dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Berbagai peristiwa berlaku dalam mencari kebenaran dan penyebab kematian ini.

Apakah mereka yang benar-benar berjuang ini atas dasar simpati di atas apa yang berlaku kepada mediang Teoh Beng Hock ataupun sekadar mencari kesempatan kepentingan poltik masing-masing sehingga ada yang sanggup menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Inilah lakonan baru ciptaan puak PR yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan parti mereka dan untuk meraih sokongan sehinggakan sanggup membelakangkan Agama.

Isu Mohamad Nizar yang memegang lilin dalam majlis menyalakan lilin sebagai memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor menjadi isu yang hangat sehinggakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamrey Abd Kadir mencabar Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan fatwa berkenaan isu Mohd Nizar.

Hari ini, agak terkejut juga apabila membaca kenyataan Datuk Nik Aziz yang sangat berbeza dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Mufti Perak,Tan Sri Harunssani dan lain-lain tokoh PAS. Kita sama –sama renung apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz , Tan Sri Harussani,Datuk Husam Musa Tim Pesuruhjaya II PAS Kelantan. dan Ketua Dewan Ulama PAS,Datuk Harun Taib.

Datuk Nik Aziz kata :

” Zamry (Menteri Besar Perak,Datuk Dr Zamry Abd Kadir ) orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama,fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai,itu pandangan saya ,dia orang politik,saya jawab cara politik.


Tan Sri Harunssani kata:

“ Islam haram tindakan sedemikian.Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati.Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian.”

Datuk Husam Musa,Tim Pesuruhjaya II PAS Kelantan kata:

” Tindakan Datuk Sri Nizar boleh dilakukan sabagai tanda protes.”

Kata Tan Sri Harussani :

” Seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka.” Itu adalah cara yang terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama.”

Kata Datuk Harun Taib,

" Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Daripada 4 tokoh yang memberi pandangan tentang isu ini, hanya Datuk Harun Taib yang memberi pandangan yang agak sama dengan Tan Sri Harunssani.

Kenapa Datuk Nik Aziz dan Datuk Husam Musa memberi pandangan yang berbeza?.

Saya nak Tanya Datuk Nik Aziz yang dikatakan ulama dan juga ahli politik, Adakah orang yang kaji agama sahaja yang layak bertanya tentang fatwa agama?

Adakah sebagai hamba Allah SWT yang masih lagi berlajar tentang agama dan tidak layak di sebut sebagai ahli kaji agama tidak boleh bertanya tentang fatwa agama ?.

Saya harap kepada Datuk Nik Aziz, janganlah dok berdalih, bila kena pada geng dia jawab kot politik, kalau kena orang yang bukan menyokong dia dituduh Kafir. Kenapa jadi begini wahai Datuk Nik Aziz ?. Ingatlah kita ni semuanya mati, janganlah kerena kepentingan politik yang salahpun dikatakan betul, salah tetap salah tak kira siapa, walaupun Datuk Nik Aziz sendiri. Jangan buat hal lagilah.

Kepada Datuk Husam Musa, takkan gitu caranya Datuk Nizar nak protes, sanggup membelakangkan agama semata-mata nakkan sokongan.

MAKA JELASLAH KEPADA KITA, APABILA SESUATU PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK PR INI WALAUPUN SALAH DAN HARAM DARI SEGI AGAMA AKAN IANYA MENJADI HALAL. TETAPI APABILA DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BN , MAKA IANYA DIKATAKAN HARAM DAN KAFIR.

Diharap kepada penyokong – penyokong PR berfikirlah dengan hati yang ikhlas dan mohonlah pertunjuk dari ALLAH SWT agar kita diberi petunjok ke jalan yang benar.


2 ulasan:

  1. Bro,malaslah hendak melayan orang songsang.Nanti kita yg jadi gila.Dia orang memang dah gila kuasa.Kuasa dah tak ada macam polong tak bertuan.Merapu sana merapu sini.Kau tengok perangai Nizar DAP.Yg anehnya ulamak besar PAS membisu seribu bahasa.Bahasa jiwa bangsa.Tetapi kalau dah macam ni bangsa apa ya?Lu fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  2. Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:

    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak dipangkuan mati kebuluran"
    Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

    BalasPadam