SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 5 Julai 2009

SYABAS KEPADA KERAJAAN BN DAPAT SELESAI KADAR SEGERA














Kereta tua tak dapat insurans
Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my


Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000 KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan. Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans. Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.

PERJELASAN : TIM MENTERI KEWANGAN :
Datuk Dr Awang Adek

Insurans kelompok untuk kereta tua
Oleh Faiza Zainudinfaiza@bharian.com.my

Pejabat pos akan kendali permohonan mulai bulan ini
KUALA LUMPUR: Masalah mendapatkan perlindungan insurans bagi kenderaan berharga kurang RM10,000, termasuk teksi akan diatasi menerusi skim insurans berkelompok yang boleh dibeli di semua pejabat pos mulai bulan ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata skim yang diwujudkan kerajaan dengan kerjasama semua syarikat insurans itu berikutan masalah pemilik mendapatkan perlindungan insurans bagi memperbaharui cukai jalan.

Dr Awang Adek berkata, skim baru itu akan memudahkan penduduk luar bandar berurusan tanpa perlu mencari ejen atau syarikat insurans. Ia juga mengelakkan mereka daripada menghadapi pelbagai kerenah syarikat insurans. "Memberi perlindungan insurans kepada kereta lama memang tidak menguntungkan syarikat insurans. Namun, isu ini tidak timbul lagi kerana syarikat insurans bergabung membentuk skim berkelompok (pool insurance) untuk memudahkan orang ramai. "Orang ramai tidak perlu bimbang dengan permohonan mereka, pejabat pos yang akan kendalikan, jika masih juga timbul masalah atau permohonan ditolak, mereka boleh melaporkan kepada saya atau Bank Negara. "Menolak permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan adalah satu kesalahan.

Ulasan Hujan emas:
Isu Syarikat Insuran enggan menerima membaharuan insuran perlindunagan kereta lama yang berharga dibawah RM 10,000.00 amatlah mendatangkan masalah kepada pemilik kereta tersebut.
Walaubagaimanapun tindakan segera olej Kementerian Kewangan sangat-sangat dihargai.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan BN yang yang dapat memberi kelegaan kepada pemilik - pemilik kereta yang sudah berumur dan kereta yang harganya bawah RM10,000.00.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tim Menteri Kewangan,Datuk Dr Awang Adek sangat-sangat dinantikan oleh rakyat bagi menyelesaikan masalah tersebut.Masyarakat diluar bandar masih banyak menggunakan kereta lama yang dibawah harga RM10,000.00 kerana ketidakmampuan mereka untuk memiliki kereta yang baru.
Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Dr Awang Adek ini menjelaskan kepada kita semua slogan PM " 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAMPAIAN DIUTAMAKAN benar-benar dikotakan oleh Kerajaan.
Diharap kepada Kementerian - kementerian lain mengambil langkah yang sama seperti mana Kementerian Kewangan lakukan agar sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan kadar segera. Maka rakyat akan terus yakin dengan Kepimipinan Kerajaan Barisan Nasional.
Kepada rakyat, ingatlah terlalu banyak jasa Kerajaan BN sejak merdeka hinggalah sekarang tak putus-putus memikirkan kepentingan rakyat dalam semua perkara. Tidak rugi kalau kita menyokong sebuah kerajaan yang benar-benar menjiwai denyut nadi rakyat.
SAMA-SAMALAH FIKIRKAN SEKARANG DAN BANDINGKALAH SEKARANG ANTARA BN DENGAN PR.




3 ulasan:

  1. Koi setuju ngan hujanemas ni bijak-bijak. Inilah baru namanya kerajaan. Islam menyeru agar pemimpin menjaga kebajikan rakyat yang dipimpin. Bukan macam PR asyik nak kritik apa yang BN buat, semua tak betul dimata mereka sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa pun untuk rakyat...

    BalasPadam
  2. Mu suka sangat pakai kereta tua, sesekali try le kereta muda................

    BalasPadam
  3. Syabas!
    Ini baru namenya kerajaan. Memudahkan rakyat..

    BalasPadam