SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 4 Ogos 2009

ADUHAI MELAYU PAS & MELAYU PKR


JANGAN KITA DIPERALATKAN OLEH GOLONGAN YANG GILA KUASA.

Perhimpunan haram yang di adakan bagi memahsuhkan ISA yang majoritinya adalah diwakili oleh orang Melayu menjadi tandatanya dimanakah penyokong DAP dan PKR yang bukan Melayu?.

Kenapa mereka tidak menyertai perhimpunan ini ?. Adakah mereka takut?atau adakah mereka tidak dijemput ATAUPUN mereka tahu bahawa perhimpunan haram ini hanya membazir masa sahaja ?,

Inilah sebenarnya Melayu PAS dan Melayu PKR yang tidak memikirkan apa kesannya apabila meyertai perhimpunan haram seperti ini. Inilah Melayu yang selalu diperalatkan oleh pemimpin mereka yang gilakan kuasa dan jawatan. Mereka sudah tidak boleh memikirkan lagi yang mana baik dan yang mana tidak baik. TETAPI Kaum lain cukup matang tentang perkara seperti ini. Mereka akan bertindak jika hak mereka diganggu, tidak seperti Melayu PAS dan Melayu PKR yang ikut tanpa berfikir.

Wahai Melayu PAS dan Melayu PKR, Gunakanlah akal yang dicipta oleh ALLAH SWT untuk kita menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik. Gunakan akal jangan ikutkan hati, yang rugi kita, bukan mereka yang gila kuasa itu.

Kalau kita pejuang, berjuanglah dengan jalan yang betul, Kenapa kita sibuk sangat dengan Akta ISA?. Kita tak payah takut kalau kita tidak buat salah, Kerajaan takkan tangkap sebarangan kalau kita tak buat salah. Kalau Kerajaan ini kejam, dah lama puak pembangkang ini di sumbat dalam lokap.

Jangan kerana kepentingan mereka, kita yang menjadi mangsa dan alat untuk melindungi mereka.

Kalau mereka benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka tidak menggunakan rakyat untuk menjadi benteng kepada mereka. Apa jadi dengan penduduk Kg Buah Pala? Dimana mereka. Kenapa tak mendesak Kerajaan Negeri selesaikan isu ini?.Kalau nak perjuangkan Islam, Kenapa tak ambil tindakan terhadap exco Kerajaan negeri Selangor yang terlibat dengan perjualan ARAK kepada orang Melayu ?.

OLEH ITU, WAHAI MELAYU PAS DAN MELAYU PKR SEDARLAH MELAYU HARI INI SEMAKIN HARI SEMAKIN DITEKAN OLEH KUMPULAN YANG INGINKAN MELAYU HANCUR DI NEGARA MEREKA SENDIRI

FIKIRKANLAH DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK,CUCU-CICIK KITA.

6 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    ps : Blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas kesudian UMNO Gombak Selatan untuk berjuang bersama saya.

    BalasPadam
  3. MEREKA INI PEROSAK BANGSA. YANG BERDEMO TU PUN JENIS MEREKA YANG TAK BERTERIMA KASEH

    BalasPadam
  4. geram aku lihat pemimpin jahanama ini berdemo.

    BalasPadam
  5. Salam,
    thanks following blog sy. Sy pun ada keluarga duk felda Phg.

    Salam jg kat Ariff Omar kat atas ni..

    ...Org kita ni memang suka bab-bab heboh-heboh,expo,demo,konsert,makan-makan.P tgk kt librari brape kerat jer ank kita lepak kt situ?

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas pandangan arif shah dan ikan emas semuga kita dapat bersama berjuang menentang petualang- petualang ini.

    Saya akan senaraikan blog saudara dalam blog saya.
    Sekian, Salam persahabatan dari hujan emas.

    BalasPadam