SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 31 Ogos 2009

JAMBATAN MASIH TEGUH DAN GAGAH.




Cabaran rakyat Malaysia baik pulih 'jambatan'
30/08/2009 9:14pm

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.
Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
Ulasan Hujan emas:
Sebenarnya "JAMBATAN" yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah masih lagi kekal, utuh, gagah dan teguh.
Cuma yang menjadi masalahnya adalah golongan kepimpinan yang berada di atas yang gilakan kuasa dan jawatan yang berusaha untuk merobohkannya. Rakyat sebenarnya tidak ada masalah langsung dari segi perhubungan antara kaum. Kalau kita lihat di pasaraya dan tempat umum, semua kaum masih lagi menjalinkan hubungan yang cukup baik apatah lagi kalau dilihat di kawasan-kawasn perumahan, tidak ada langsung perpecahan kaum berlaku.
Apa yang perlu di buat oleh pehak berkuasa ialah mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang cuba nak meruntuhkan "JAMBATAN" ini.Jangan sesekali mengambil mudah dengan perkara ini. Golongan yang gilakan kuasa dan jawatan ini tidak harus diberi ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Sekarang ini mereka cuba menggunakkan apa sahaja yang ada pada mereka untuk cuba merobohkan "JAMBATAN PERPADUAN KAUM" ini demi mencapai cita-cita mereka.
KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEHARMONIAN KAUM, KEAMANAN, KITA TINGKATKAN HUBONGAN INI DAN KITA KEKALKAN SAMPAI BILA-BILA.

Sabtu, 29 Ogos 2009

KHALID MARAH PENUNJUK PERASAAN

















Isu kuil: Kerajaan Selangor kutuk bantahan provokatif
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23, di sini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. “Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."
Ulasan Hujan emas:
Khalid ni memang tak reti melayu, Tunjuk perasan ini bukannya tidak menghormati kaum lain tetapi mereka membantah kerana kuil yang hendak dibina dikawasan kaum melayu yang menjaga agama Islam. Bukan melayu seperti Khalid yang nak menghancurkan melayu dan Islam.
Kalau tak pandai nak mentadbir Negari, letak saja jawatan Menteri Besar Selangor tu. Isu seperti ni pun tak boleh selesai, jangan nak beranganlah nak perintah Negara.
KEPADA RAKYAT SELANGOR SEDARLAH DAN FIKIRKANLAH DEMI MENJAGA MARUAH MELAYU DAN ISLAM.
JANGAN SESEKALI BANGSA DAN AGAMA KITA DIHINA SEBEGITU RUPA. BERJUANGLAH DEMI KEBENARAN.

Jumaat, 28 Ogos 2009

JADIKAN CONTOH YANG TERBAIK


Keistimewaan Ismail sebagai pakar ekonomi

YB Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh meninggal dunia semalam. Penulis sempat bercakap di telefon dengan Dr. Wan Ali Wan Mamat bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia yang juga jiran Allahyarham tentang kematian mengejut beliau.

Menurut Wan Ali, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di bahu isterinya ketika dalam penerbangan pulang dari China ke Singapura pagi semalam. Beliau meninggal pada usia 62 tahun.

Allahyarham Ismail telah meninggalkan pelbagai rekod yang sungguh cemerlang sepanjang kerjayanya sebagai seorang ahli akademik dan pakar ekonomi.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Twintech Holdings dan menjadi Naib Canselor, Twintech International University College dan Pengerusi PPP Resource & Advisory Centre.

Guinness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan yang pertama memperoleh ijazah kedoktoran. Dua tahun lalu Ismail dilantik pula sebagai Senator di Dewan Negara bagi mewakili golongan kurang upaya. Selain itu beliau juga menjadi Pengerusi East Asia, International Council for the Education of the People With Visual Impairment (ICEVI).
Sebagai mengiktiraf kepakaran dan sumbangan besarnya dalam bidang ekonomi, Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Irish International University. Sejak tahun 2000, Prof Dr. Ismail juga menjadi Profesor Ajung di Universiti Utara Malaysia. Pada 1993 beliau menerima anugerah Johan Setia Mahkota (JSM) daripada Yang di-Pertuan Agong dan Pingat Kepujian Tertinggi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Gelaran Datuk diperolehnya pada 2001 daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ulasan Hujan emas :

Negara kehilangan seorang pejuang pendidikan dan ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Prof Dr Ismail Salleh. Seorang tokoh bukan sahaja dihormati oleh rakyat Malaysia bahkan banyak Negara mengenali dan mengkagumi kebolehannya.

Allahyarham menggunakan kelebihannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja tak kira bangsa dan agama dan apabila dilantik sebagai Senator, beliau tetap tidak lupa membela warga yang senasib dengannya.

Inilah seorang tokoh yang tidak seperti orang lain tapi mempunyai budi dan niat yang cukup murni bagi membantu yang memerlukan.

OLEH ITU........

Jangan sesekali kita salah gunakan kelebihan yang ada pada kita, sumbangkanlah secara ikhlas.

Kalau berkebolehan dalam bidang agama,kita gunakan untuk mendakwah kejalan ALLAH SWT,jangan sesekali kita gunakan ilmu agama kita untuk kepentingan peribadi dan memesongkan orang lain.


Kalau kita ada kepakaran dalam bidang kedoktoran,kita gunakan untuk membantu dengan sejujurnya dan jangan sesekali kita mengambil kesempatan dengan jalan yang tidak baik.

Kalau kita menjadi seorang Peguam, jadi seorang pembela kepada yang sepatut dibela dan ditolong,jangan sesekali kita gunakan kelebihan itu dengan jalan yang salah.


OLEH ITU, KITA SAMA-SAMALAH MENJADIKAN ALLAHYARHAM DATUK PROF DR ISMAIL SALEH INI SEBAGAI CONTOH YANG TERBAIK UNTUK KITA BANGUNKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA KITA, SEMUGA APA YANG KITA LAKUKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.


Khamis, 27 Ogos 2009

TAHNIAH DATUK SERI IDRIS JALA


Idris Jala menteri
Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my
Bos MAS diberi tugas pantau, kawal KPI
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala (kanan), dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan di Putrajaya semalam, berkata Idris juga dilantik sebagai Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), sebuah badan baru yang ditubuhkan bagi memantau dan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dan menteri.
Ulasan Hujan emas :
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Idris Jala kerana dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semuga dengan perlantikan ini akan dapat membantu YAB PM bagi merealisasikan hasrat dan impian PM untuk menjadikan Malaysia ini 1MALAYSIA dan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAMPAIAN DIUTAMAKAN.
Kita percaya dengan kebolehan yang ada pada Datuk Seri Idris Jala akan dapat membantu PM dan Kerajaan.
Kepada Ahli Parlimen BN (Tidak menjadi Menteri dan Tim Menteri) janganlah berkecil hati kerana tidak diberi peluang oleh PM. Buatlah kerja dan tunjukkan kebolehan masing-masing, saya yakin jika kita melakukan kerja dengan ikhlas, insyallah akan ada balasannya.
Saya juga yakin demi untuk kekuatan Kerajaan Barisan Nasional, Ahli Parlimen BN tidak akan berkecil hati dengan perlantikan Datuk Seri Idris
SEMUGA DATUK SERI IDRIS JALA DAPAT MENJALANKAN TUGAS SEBAIK MUNGKIN YANG BOLEH JANGANLAH MENCEMARKAN KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH YAB PM INI DAN JANGAN JADI SEPERTI DATO ZAID IBRAHIM (kacang lupakan kulit).

KENAPA JADI BEGINI ?.

















Soi Lek dipecat
Oleh Khairunnisa Kamarudinbhnews@bharian.com.my

Majlis Presiden MCA anggap skandal seks memalukan parti


KUALA LUMPUR: Pergolakan dalaman yang melanda MCA sejak pemilihan parti itu pada Oktober tahun lalu dijangka berterusan apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada parti kerana menjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007. Keputusan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat selepas Majlis Presiden yang bermesyuarat di Wisma MCA di sini sehingga lewat malam tadi, bersetuju dengan syor jawatankuasa disiplin supaya Dr Chua dipecat.

Tee Keat berkata, Majlis Presiden mengambil keputusan menerima syor jawatankuasa disiplin untuk memecat Dr Chua berkuat kuasa serta-merta kerana membawa imej buruk kepada parti.


Ulasan Hujan emas :


Pemecatan Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Tim Presiden MCA tidak mengejutkan kerana krisis dalaman parti MCA sudah lama bergolak.


Gerakan untuk menjatuhkan Presiden MCA, Datuk Ser Ong Tee Keat juga sedang berjalan , apakah ini semua satu strategi atau sememangnya masalah dalaman parti?.


Ada yang mengatakan apa yang berlaku dalam MCA merupakan satu perancangan supaya MCA di hapuskan dan dengan ini akan melemahkan kompenan BN.


Adakah ini hanya satu tuduhan yang cuba menjatuhkan imej BN atau sememangnya satu strategi ?.


Kalau ianya satu cubaan untuk menjatuhkan imej MCA dan BN, seharusnya kompenan BN mengambil tindakan supaya dapat menyelesaikan bersama kemelut yang melanda MCA.


Jika ianya satu perancangan, maka siapa kah dalangnya dalam MCA ?. Ini pun Kompenan BN harus masuk campurtangan dan mengambil tindakan drastik untuk menyelesaikan.


Jika ianya benar-benar merupakan pembersihan parti , saya ucapkan syabas kepada MCA kerana berani mengambil tindakan yang cukup berat ini demi menjaga kepntingan parti MCA dan Kompenan BN. Tindakan ini walaupun berat untuk dilaksanakan tapi demi mempastikan Kerajaan BN terus memerintah Negara Malaysia ini, kita seharus berbangga kerana kepimpinan tertinggi MCA sanggup melakukannya.


Kepada UMNO juga, seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada kepimpinan dan ahli UMNO yang tidak setia kepada parti dan yang menjadi DURI DALAM DAGING. Apatah lagi sekiranya pindaan perlembagaan UMNO diterima, maka pembersihan ahli UMNO sewajarnya dilaksanakan dengan berkesan.

Jangan ada GUTING DALAM LIPATAN yang mengambil kesempatan untuk mengahancurkan UMNO.


Saya yakin masih ramai lagi mereka yang sudah menderhaka kepada UMNO, namanya masih lagi tercatit dalam senarai keahlian UMNO.


SEMUGA KITA DAPAT SAMA- SAMA MEMBERI SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.


Rabu, 26 Ogos 2009

BERITA YANG MENGEJUTKAN.

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ulasan Hujan emas.

Saya mohon maaf kerana mengeluarkan artikel ini, Saya sungguh terkejut apabila membaca artikel yang di keluarkan oleh Berita Harian tetapi apabila membacanya baru saya tahu yang meninggal dunia kerana kemalangan tersebut bukannya Menteri Besar Kelantan.

Apa yang menjadi tandatanya ialah kenapa wartawan tersebut menulis tajuk berita sebegitu rupa?. Mungkin supaya berita ini akan menjadi berita utama kerana nama yang terlibat dalam kemalangan ini hampir sama dengan nama Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bermaksud untuk mempersenda berita ini, tapi saya benar-benar terkejut apabila membacanya.

Kepada Pak Nik Aziz, saya minta maaf kerana mengeluarkan artikel ini. Saya doakan Pak Nik panjang umur dan semuga kita diberi pertunjuk oleh Allah SWT supaya kita dapat bangunkan bangsa,agama dan Negara kita bersama.

Ahad, 23 Ogos 2009

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN




















ISLAM PAS DAN ISLAM UMNO

Kenyataan Ni Aziz tentang Islam PAS dan Islam UMNO.

Islam PAS

"Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.


Islam UMNO


Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.

"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu".

Ulasan Hujan emas.

Sama-sama kita fikirkan kenyataan Nik Aziz ni, sepatutnya dia bukan menilai Islam PAS atau Islam UMNO TAPI menilai dirinya sendiri samada dah cukup Islamnya atau pun belum?.

Kalau benar-benar Islam, tak tuduh orang lain dengan perkara-perkara yang tidak baik, sepatutnya perbetulkan. Kalau inilah yang dikatakan membawa pejuangan Islam syamil, lama-lama orang Islam (melayu) kena jual.

PAS bukan menggunakan politik untuk Agama TAPI menggunakan Agama untuk politik.


Daripada pakaian hinggalah menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik dan kepentingan individu.

Kalau hebat sangat, kenapa kes arak dan kuil di Selangor dok diam je ?. Mungkin kerana sekutu dia buat hal,kalau BN atau UMNO yang buat macam tu habis dunia dihebohkan.


JANGANLAH DOK SALAHKAN ORANG JE, TENGOKLAH DIRI DULU, ADAKAH SUDAH SEMPURNA ?.


WAHAI PENGIKUT PAS FIKIR-FIKIRLAH, JANGAN IKUT TANPA BERFIKIR.

NIK AZIZ LOYAR BURUK LAGI





Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".

Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.


Ulasan Hujan emas:


Saya terbaca atikel dalam harakah seperti yang tercatit seperti di atas. Baru -baru ini dituduh peyokong UMNO tak masuk syurga, yang terbaru UMNO ada syurga rasuah pulak.


Sebab tulah, saya kata nik aziz dah nyanyuk dan sekarang nak tambah lagi satu iaitu kaki loyar buruk (loghat Kelantan). Dulu kata tak masuk syurga, sekarang kata ada syurga pulak yang mana satu betul ni, sebab tulah di katakan dah nyanyuk. kalau dah nyanyuk dah tak boleh jadi pemimpin,tau tak ?.


Inilah kalau dah gila jawatan dan kuasa, dak nyanyuk pun nak pegang jawatan lagi. NASIB BADAN LA ORANG KELANTAN.


Nak tanya nik aziz, ada pemimpin pakatan rakyat yang bukan Islam meyertai majlis berbuka puasa di Permatang Pasir, lepas ni boleh masuk Syurga ke?. KALAU SOKONG PAS BOLEH KUT?.


FIKIR-FIKIRLAH WAHAI UMAT YANG SAYANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

INILAH KETENTUAN ALLAH SWT



















ADUN Lunas keluar PKR
23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan


Mungkin ramai lagi wakil rakyat PKR keluar parti - TPM
23/08/2009 7:02pm

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mungkin ramai lagi wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti itu kerana hilang keyakinan dengan perjuangan pemimpin mereka.
Katanya keputusan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR menunjukkan bibit-bibit wakil rakyat parti itu tidak lagi menghiraukan kedudukan walaupun memegang jawatan Anggota Exco Kerajaan Negeri.
Ulasan Hujan emas :
Saya ucapkan SYABAS kepada YB Mohd Raszhi Salleh yang telah membuat keputusan yang cukup berani keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Saya yakin keputusan ini bukan dibeli oleh BN atau UMNO.Ianya adalah satu keputusan di atas dasar kesedaran diri sendiri. Sedar selama ini di peralat oleh seorang pemimpin yang kehausan jawatan dan kuasa.
Diharap kepada wakil rakyat (melayu) dari PKR, fikirkanlah sebaik-baiknya, jangan dijadikan alat oleh pemimpin yang berkepentingan peribadi ini. Kita berjuanglah demi Bangsa, Agama dan Negara. Jadilah pejuang yang tulen bukan kerana berjuang untuk individu.
Kepada peyokong-peyokong Pakatan Rakyat dan PKR, fikir-fikirkanlah, jangan kita dialatkan lagi oleh manusia yang gilakan jawatan dan kuasa ini.


Sabtu, 22 Ogos 2009

APA SUDAH JADI MB SELANGOR ?





MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia bagi pinjaman beliau untuk membeli saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf yang membuat keputusan itu dalam kamar bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menangguhkan pembayaran sementara menunggu permohonan rasmi pada 16 September ini.
Saman balas bank pada 24 Mei 2007 mendakwa Abdul Khalid telah melanggari kontraknya dalam perjanjian pinjaman Al Bai-Bithaman Ajil (BBA) dalam pembelian saham Guthrie.
Ulasan Hujan emas :
Macammana dengan rakyat Selangor tentang MB ni, Kalau dah berhutang sebanyak tu, boleh bayar ke ?. Kalau boleh bayar darimana datangnya duit tersebut ?. Berapa sangat gaji sebagai MB ?.
Dengan cerita MB Selangor ni akan bayar jika rayuannya ditolak oleh Makhamah. Persoalanya dari mana sebanyak tu nak cari duit ?. Adakah gaji sebagai MB mampu bayar ?.
Rakyat Selangor kena tanya hal ni, mana datangnya duit tu ?. Kalau sebelum dia jadi MB dah banyak duit kenapa pinjam juga dengan Bank?. Inipun kena ambil tahu.
Kalau kena bayar, kita nak Dato Khalid jelaskan kepada rakyat dari mana duit sebanyak tu dia dapat. Kan kata nak telus, kena batang hidung sendiri pun kena teluslah juga.
Kena tanya juga Pak nik Ajiz, kalau tak bayar macammana? Boleh masuk Syurga tak ?.
FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PENGIKUT PAKATAN RAKYAT.

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.


SEMUGA KITA DAPAT BERSAMA.


Sempena bulan Ramadhan ini, saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua bloger-bloger, diharap pada bulan yang mulia ini dapat kita melakukan perkara-perkara yang baik,semuga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

Di Bulan yang Mulia ini, sama-samalah kita bermuasabah diri masing-masing dan kita tingkatkan silaturahim kita sesama bangsa dan Agama ini semuga kita dapat duduk bersama, berbincang bersama dan memberi idea yang boleh sama-sama kita bangunkan bangsa kita ini demi anak cucu-cicik kita.

Tidak salah kalau kita duduk bersama, berfikir bersama dan melaksanakan bersama apa yang terbaik untuk Bangsa, Agama dan Negara yang tercinta ini.

Kadang - kadang terfikir juga saya, bagaimanakah keadaan kita pada bulan ramadhan sekiranya negara kita juga sama seperti negara Islam yang berada dalam keadaan huru-hara, peperangan dan sebagainya. Apakah kita mampu berhadapan dengan keadaan ini ?. SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN.

Selasa, 18 Ogos 2009

APA DAH JADI DENGAN SELANGOR NI ?.




JAIS persoal Exco lulus bina kuil


SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.
Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.


Ulasa Hujan emas :


Ini satu lagi kerja Pakatan Rakyat yang menyusahkan rakyat. Baru setahun lebih memerintah negeri Selangor dah macam-macam jadi . Bermula dengan jualan arak di kawasan majoriti orang Melayu, sekarang keluar pulak cerita nak bina kuil di kawasan orang melayu.KENAPA JADI BEGINI?.


Tak terfikir ke MB Selangor tentang perasaan orang melayu ?. Ke dah hilang nadi melayu dalam dirinya ? atau kerana takut hilang jawatan maka dibiarkan apa saja berlaku asalkan jangan diusik jawatan MB.


Kenapa Pak Hasan Ali, kenapa tak berbunyi tentang perkara ini ? ke takut hilang jawatan exco ?. Kalau ini lah sebenarnya impian pemimpin PR, jelaslah kepada kita semua, mereka bukanlah hendak membela rakyat tapi sebenarnya mencari peluang untuk kepentingan mereka sendiri.


KEPADA RAKYAT SELANGOR, RENUNG-RENUNGKAN LAH KERENAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT (PR) INI. JADIKAN APA YANG BERLAKU INI SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA DAN JANGAN SESEKALI KITA BIARKAN ANGKARA INI TERUS BERLAKU. INGATLAH MASA DEPAN ANAK DAN CUCU-CICIK KITA SEMUA.

Isnin, 17 Ogos 2009

NIK AZIZ DAH SEMAKIN NYANYUK KE?.







NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

17/08/2009 2:55pm

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Ulasan Hujan emas :

Saya dah agak akan ada kenyataan Nik Aziz tentang UMNO tak Islam apabila berlaku pilihanraya kecil. Inilah caranya untuk meraih undi dalam pilihanraya kecil.

Saya nak cabar Nik Aziz, apa buktinya yang mengatakan Islam UMNO palsu ?.Jangan hanya menuduh tanpa ada bukti.

Apakah dengan membenar orang bukan Islam menghina Agama Islam, itu dinamakan Islam PAS yang tak palsu.

Apakah dengan membenarkan peniaga menjual arak di kawasan orang melayu juga dinamakan Islam PAS yang tak palsu ?.

Inilah manusia yang bertopengkan dengan pakaian Islam tapi memperalatkan Agama Islam untuk kepentingan politik kepartiannya.

Nik Aziz tak layak nak menghukum seseorang masuk Syurga atau Neraka, semua itu hak Allah SWT. Janganlah kerana nak menang dalam pilihanraya bercakap seperti orang tak siuman.

Saya memang setuju kalau Nik Aziz boleh disamakan dengan gengnya dalam PKR yang menampar polis pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Seorang gedebe dan seorang lagi samseng. Kalau nilah orangnya yang akan memerintah negara Malaysia ini, tiap-tiap hari ada rakyat yang kena penampar. Mungkin juga anggota polis pun ramai yang letak jawatan, takut nanti kena penampar.

INILAH PEMIMPIN -PEMIMPIN YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA MALAYSIA INI, KALAU DIBERI MEREKA MEMERINTAH.

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, LIHATLAH GELAGAT MEREKA YANG GILAKAN KUASA DAN JAWATAN INI, JANGAN KITA DITIPU LAGI OLEH MEREKA.

Kepada Pengundi Permatang Pasir janganlah terpengaruh dengan tipu muslihat mereka yang ingin menghancurkan negara Malaysia ini. Jangan mudah percaya dengan hanya melihat pada pakaian sahaja tapi lihatlah pada hati budinya sekali.

Sabtu, 15 Ogos 2009

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Ketua Pembangkang bukan untuk dicerca: Zaid

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, sebenarnya di negara-negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik m:oden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati. :"Malah Perdana Menteri di beberapa negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal negara demi kepentingan umum. :"Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara... cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang," katanya semalam sebagai mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Ulasan Hujan emas:

Saya terrtarik dengan kenyataan Zaid Ibrahim ni yang memberi pandangan tentang Ketua Pembangkang di negara luar yang amat di hormati.

Saya juga nak tanya Tuan Zaid ni, Ketua Pembangkang yang macam mana di hormati tu?.

Adakah perangai dan perilakunya sama dengan ketua pembangkang di Malaysia ni ?.

Adakah Ketua pembangkang luar negara tu gilakan kuasa dan jawatan ?

Adakah Ketua pembangkang luar negara tu tak utamakan keamanan dan keharmonian rakyat ?

Tuan Zaid pun tahu Ketua Pembangkan luar negara ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara. Tapi bagaimana dengan Ketua Pembangkang di malaysia ni, Adakah sama ?.Atau dia gunakan politik kepartian demi mengejar jawatan dan kuasa ?.

Kerajaan nak ajak macamana kalau dok asyik hasut rakyat untuk berdemotrasi, kalau benar-benar pentingkan rakyat, kenapa meyusahkan rakyat?. Rakyat nak cari makan pun dihalang oleh demotrasi yang berkepentingan peribadi.

Janganlah dok bagi pandangan yang tak lojik ni, rakyat dah sedar sekarang yang mana nak berjuang untuk rakyat dan yang mana nak berjuang untuk kuasa dan jawatan.

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI RAKYAT SEKALIAN, MAINAN PEMIMIPIN PR INI. JANGAN KITA DIJADIKAN ALAT MEREKA.

Ahad, 9 Ogos 2009

H1N1 : ADA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN

H1N1: Lapan lagi mati

KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.
Selain itu katanya, kes terbaru itu menyaksikan kes kematian pertama di Sabah melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.
“Satu kematian direkodkan pada 3 Ogos lalu, dua pada 5 Ogos, empat pada 6 Ogos dan satu kematian direkodkan semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.

Hujan emas :

Kes kematian berpunca daripada H1N1 semakin meningkat bahkan Sekolah dan IPTA yang diarah tutup pun juga meningkat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan serta kakitanganya yang bertukus lumus merawat pesakit yang dijangkiti dengan H1N1. Dengan meningkatnya kadar kematian disebabkan kes ini, mendatangkan kerisauan kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap anak-anaknya samada yag masih bersekolah ataupun yang bekerja.

Masyarakat JUGA bimbang dengan kes H1N1 yang semakin buruk ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengabil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran yang tinggi ke atas pesakit yang di rawat.

Contonya : Ada sebuah Klinik swasta telah mengenakan bayaran sebanyak RM 73.00 ke atas pesakit yang mendapat rawatan kerana demam. Harga biasa adalah sekitar RM30.00 sahaja.

Oleh itu, diharap kepada pehak kerajaan supaya mengambil perhatian yang sewajarnya dalam kes ini. Nak pergi ke Hospital kerajaan , terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan rawatan.

JANGAN AWASI PEYAKIT SAHAJA TAPI KENA AWASI PIHAK SWASTA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN INI.

Sabtu, 8 Ogos 2009

(PR) BUKAN PAKATAN RAKYAT TAPI PERALATKAN RAKYAT

DULU :

Ujudnya Pakatan Rakyat (PR) adalah kerana DSAI yang menciptanya demi mengejar citi-citanya untuk menjadi PM. Tapi hajatnya tidak kesampaian walaupun dah ada kabinet bayangannya. Seluruh dunia tahu pada 16 september, DSAI akan dinobatkan sebagai PM Malaysia. Tapi Allah SWT berkuasa menentukan segalanya, kita masih lagi di perintah oleh pemimpin UMNO dan kita doakan sampai bila-bila.

SEKARANG ;

Pakatan Rakyat (PR)sudah bertukar menjadi Peralatkan Rakyat (PR). Dsai akan menggunakan sepenuh pengaruh rakyat bagi mengadakan demotrasi demi mencapai cita-citanya untuk memburukkan Negara Malaysia dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

HARI INI ;

Bukan saja rakyat dijadikan alat untuk kepentingan mereka tapi sekarang DSAI telah menggunakan parti PAS,DAP untuk kepentingannya.

Apa jua pandangan PAS tidak diendahkan lagi.
Apa jua dilakukan oleh DAP dibiarkan saja.

KENAPA JADI BEGINI ?.

Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana akhirnya lakonan dan sendiwara yang dimainkan oleh DSAI ini.

Kita berharap pemimpin PAS akan sedar dan kembali kepada kebenaran, kalau dah haram tetap haram biarpun dengan kawan sendiri. Janganlah kerana kepentingan politik dan gilakan kuasa ,kita sanggup membenarkan yang haram bermarajalela di Negara Islam ini.

PKR TAK PERLU PAS LAGI


Selangor tolak syor Pas
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Haspaizi Mohd Zainnazuri@bharian.com.my
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
MB minta peniaga usah jual arak kepada orang Islam, bawah umur
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak cadangan Pas negeri itu yang meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam. Sebagai alternatif, peniaga diminta mengguna pakai sistem kawalan sendiri dengan tidak menjual minuman keras kepada orang Islam dan mereka di bawah umur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu diambil kerana Selangor sudah mempunyai peraturan yang mencukupi dan tidak memerlukan peraturan atau garis panduan baru. "Kita tak perlu (draf cadangan Pas). Kita sudah banyak undang-undang yang menunjukkan kita membangun bersama, menghormati ahli perniagaan dan faham budaya serta agama," katanya selepas pertemuan hampir dua jam dengan wakil kedai serbaneka 7-Eleven dan pasar raya KK Mart serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini semalam.
Ulasaan Hujan emas:
Hari ini kita dikejutkan lagi karenah Pakatan Pembangkang, di mana PKR menolak cadangan PAS berkenaan dengan isu perjualan arak.
Dato Nik Aziz pula tak mahu campur tangan, kenapa ya?. Pelik betul Nik Aziz ni,
Dulu Haji Hadi bercadang untuk bertemu UMNO bagi membincangkan perpaduan melayu, dia (Nik Aziz) melenting habis dunai tahu. TAPI hari ni, bila MB Selangor tak terima cadangan PAS Selangor berkenaan jualan arak , dia tak nak masuk campur.
Adakah kerana PAS sudah takut pada PKR? atau bimbang tak dapat sokongan dari PKR dan DAP dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti?
PILIHLAH WAHAI NIK AZIZ, ANTARA AGAMA DAN POLITIK?.
Kalau nak berjuang untuk Agama jangan takut untuk menentang kemungkaran walaupun hilang sokongan politik. Janganlah kerana kepentingan politik sehinggakan takut nak mendesak PKR Selangor supaya bertindak tegas.
Kepada penyokong-penyokong PAS , fikirkanlah, nak tunggu apa lagi kalau arak pun bebas dijual di kawasan melayu. Selagi kita menyokong mereka ni (PKR dan DAP) selagi itu mereka akan bertindak mengikut kepentingan politik mereka tanpa memikirkan tentang kepentingan Agama Islam dan orang Melayu. FIKIR-FIKRLAH WAHAI PENYOKONG-PENYOKONG PAS.Jangan sampai PAS sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi baru nak bertindak. Sama-sama kita sokong tindakan Dr Hasan Ali ( Pesuruhjaya PAS Selangor)
Kepada Dr Hassan Ali teruskan perjuangan, jangan takut untuk menegakkan kebenaran walaupun terpaksa korbankan jawatan dan kuasa.

Jumaat, 7 Ogos 2009

SIAPA KUASAI SIAPA

APA DAH JADI DENGAN PUAK PKR,DAP & PAS SEKARANG?


DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor
07/08/2009 6:51pm

PETALING JAYA 7 Ogos - Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Dr. Hasan dalam kes itu dilihat “tidak sesuai serta tidak adil”, dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.



Pas lancar kempen pecat Ronnie
Oleh ABDUL YAZID ALIASpengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 6 Ogos - Pas Selangor akan berkempen bagi mendesak kerajaan negeri memecat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikannya, Ronnie Liu berhubung isu arak dan maksiat di negeri ini.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, kempen itu akan melibatkan program penerangan, pengedaran risalah serta menaikkan beberapa kain rentang di seluruh negeri termasuk di masjid.
''Kita (Pas) akan mulakan kempen membantah dan mahu Ronnie Liu digugurkan daripada portfolio berkenaan kerana beliau secara terang-terangan mencampuri serta mengganggu tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
''Malah, tindakan beliau sebelum ini juga banyak mengguris perasaan umat Islam terutamanya di negeri ini.





Ulasan Hujan Emas:



Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ni?. Lepas satu kes, timbul pulak satu kes lain.



Dulu Kedah, Pas berbalah dengan DAP kerana kes babi,



Di Penang, DAP berbalah dengan PKR.



Sekarang di Selangor, lain sikit, PAS berbalah dengan DAP, yang sedapnya PKR sokong DAP.



Baru sekarang kita tahu bahawa sebenarnya PKR adalah kroni DAP, sebab tulah, apa saja yang berlaku kepada PAS dan DAP, PKR senyap je. Tapi hari ini kita dapat gambaran yang jelas bahawa PKR sememangnya sama dengan DAP. Tak hairanlah kalau kes jual arak pun dia sependapat dengan DAP.





Kepada penyokong - peyokong PAS yang dok ikut telatah dan perangai PKR dan DAP tu, sudah-sudahlah buat kerja membazir tu, Nanti kalau disuruh minum arak, jual arak macamana?.



Oleh itu, cepat-cepatlah buat keputusan, kalau BN ni dikatakan tak baik, saya rasa BN lebik dari DAP dan PKR. BN tak pernah suruh hantar balik barang yang telah dirampas tak macam DAP. Kerana gilakan kuasa dan jawatan sanggup buat kerja bodoh tu.



FIKIR-FIKIRKAN LAH.KALAU NAK BERJUANG UNTUK AGAMA, BERJUANG BETUL-BETUL,JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM sudahlah.



Selasa, 4 Ogos 2009

SIAPA YANG BERKUASA SEKARANG






Kerajaan Selangor tolak desakan Pas
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menolak desakan Pas supaya Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri kerana didakwa menghalang pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas minuman keras, dengan alasan ia bukan isu.
Ulasan Hujan emas:
Inilah Kerajaan yang mengatakan berjuang untuk kebebasan rakyat, sehinggakan menyokong orang yang menghalang pihak berkuasa untuk mencegah kemungkaran.
Kerana takutkan jawatan dan kuasa yang ada terlepas, maka sanggup menolak desakan Pas Selangor.
Jelaslah kepada kita semua, PKR bukan berjuang untuk kepentingan rakyat TETAPI demi kepentingan peribadi yang gilakan kuasa dan jawatan. Baru dah pegang negeri, macam-macam perkara dah berlaku. Kalau dapat perintah Negara ini, rasanya bukan setakat membenarkan jual arak bahkan akan membenarkan membuka kilang memproses arak.
Kepada Rakan-rakan yang masih berada dalam Pakatan Rakyat (PR).fikir-fikirkanlah, jangan kita diperalatkan demi kepentingan mereka. Kalau mereka mendapat kuasa, Kita macam ni juga, mereka dah tak cari kita lagi,yang mereka cari ialah harta dan kekayaan.Tengoklah apa yang berlaku di Kg Buah Pala, apa yang mereka buat. jangan kita juga akan menerima nasib yang sama seperti penduduk di kg Buah Pala.
Demi kepentingan Bangsa, Agama dan Negara, marilah kita berubah kejalan yang benar.

ADUHAI MELAYU PAS & MELAYU PKR


JANGAN KITA DIPERALATKAN OLEH GOLONGAN YANG GILA KUASA.

Perhimpunan haram yang di adakan bagi memahsuhkan ISA yang majoritinya adalah diwakili oleh orang Melayu menjadi tandatanya dimanakah penyokong DAP dan PKR yang bukan Melayu?.

Kenapa mereka tidak menyertai perhimpunan ini ?. Adakah mereka takut?atau adakah mereka tidak dijemput ATAUPUN mereka tahu bahawa perhimpunan haram ini hanya membazir masa sahaja ?,

Inilah sebenarnya Melayu PAS dan Melayu PKR yang tidak memikirkan apa kesannya apabila meyertai perhimpunan haram seperti ini. Inilah Melayu yang selalu diperalatkan oleh pemimpin mereka yang gilakan kuasa dan jawatan. Mereka sudah tidak boleh memikirkan lagi yang mana baik dan yang mana tidak baik. TETAPI Kaum lain cukup matang tentang perkara seperti ini. Mereka akan bertindak jika hak mereka diganggu, tidak seperti Melayu PAS dan Melayu PKR yang ikut tanpa berfikir.

Wahai Melayu PAS dan Melayu PKR, Gunakanlah akal yang dicipta oleh ALLAH SWT untuk kita menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik. Gunakan akal jangan ikutkan hati, yang rugi kita, bukan mereka yang gila kuasa itu.

Kalau kita pejuang, berjuanglah dengan jalan yang betul, Kenapa kita sibuk sangat dengan Akta ISA?. Kita tak payah takut kalau kita tidak buat salah, Kerajaan takkan tangkap sebarangan kalau kita tak buat salah. Kalau Kerajaan ini kejam, dah lama puak pembangkang ini di sumbat dalam lokap.

Jangan kerana kepentingan mereka, kita yang menjadi mangsa dan alat untuk melindungi mereka.

Kalau mereka benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka tidak menggunakan rakyat untuk menjadi benteng kepada mereka. Apa jadi dengan penduduk Kg Buah Pala? Dimana mereka. Kenapa tak mendesak Kerajaan Negeri selesaikan isu ini?.Kalau nak perjuangkan Islam, Kenapa tak ambil tindakan terhadap exco Kerajaan negeri Selangor yang terlibat dengan perjualan ARAK kepada orang Melayu ?.

OLEH ITU, WAHAI MELAYU PAS DAN MELAYU PKR SEDARLAH MELAYU HARI INI SEMAKIN HARI SEMAKIN DITEKAN OLEH KUMPULAN YANG INGINKAN MELAYU HANCUR DI NEGARA MEREKA SENDIRI

FIKIRKANLAH DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK,CUCU-CICIK KITA.