SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 29 Jun 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN MANIK URAI



DUN MANIK URAI


NIK AZIZ NIK NIK MAN LWN TUAN AZIZ TUAN MAN
30.JUNE 2009



Tuan Aziz pilihan terbaik
Oleh NORAINI RAZAK, ZABRY MOHAMAD dan MOHD. FAIRUZ YUSOFpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Jun - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan pilihan terbaik untuk para pengundi di kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana, jelas Perdana Menteri, daya kepimpinan Tuan Aziz telah terbukti berdasarkan kemampuannya melaksanakan tugas sebagai pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dengan baik.
Menurutnya, tugas tersebut telah menjadikan Tuan Aziz lebih rapat dengan masyarakat setempat sehinggakan beliau begitu dikenali.
"Apa yang telah dia lakukan selama ini mengatasi calon Pas dari segi rekod prestasi dan kemampuannya.
"Jadi maknanya kita telah pun meletakkan calon yang terbaik untuk pengundi di DUN Manek Urai," katanya ketika ditemuramah sempena Hari Peneroka di kediamannya di sini hari ini.
Semalam, Tuan Aziz, 39, yang merupakan Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Kesedar diumumkan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.


Mohd Fauzi calon Pas

KUALA KRAI: Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, malam tadi diumumkan sebagai calon parti itu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini. Pengumuman nama Mohd Fauzi dibuat Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan penyokong parti itu di markas Pas dekat Kampung Manek Urai Lama di sini, kira-kira jam 11 malam. Selain menjawat jawatan bendahari kawasan, Fauzi, 50, yang juga anak tempatan Manek Urai dan peraih ikan di pekan Kuala Krai, adalah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (NTD) Guchil, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.



Ulasan Hujan emas.

Pilihanraya kecil Dun manik Urai akan diadakan pada 14 julai 2009. Pilihanraya kecil Manik Urai ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN dan PAS. Apa yang paling menarik ialah nama calon BN iaitu Sdr Tuan Aziz bin Tuan Man yang mana hampir sama denga MB Kelantan,cuma yang membezakan adalah Nik dan Tuan. yang merisaukan oleh PAS adalah bimbang pengundi PAs akan menyokong Tuan Aziz dek kerana nama yang serupa dengan MB Kelantan.

Saya nak mengajak seluruh pengundi di DUN Manik Urai untuk merenung sejenak tentang ceramah Nik Aziz di Manik Urai yang menuduh UMNO ini sama dengan Komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Saya nak tanya siapa orang UMNO, tidakkah ahli-ahli UMNO adalah majoritinya orang Melayu. maka hari ini Nik Aziz telah menuduh orang Melayu adalah Komunis.Oleh itu kalau Melayu UMNO itu Komunis,maka siapakah melayu PAS,sebab kedua-dua parti ini (PAS & UMNO) terdiri daripada orang melayu.

Oleh itu, para pengundi Manik Urai, fikir-fikirkanlah, hari ini Tuan Aziz bukan lawan Fauzi tapi lawan Nik Aziz yang membawa sentimen yang sangat menyentuh perasaan orang melayu dan UMNO. Sepatutnya sebagai yang bergelar Tok Guru, beliau jangan kerana kepentingan politik kepartian maka sanggup membelakangkan suruhan agama Islam untuk sentiasa berkata yang baik-baik dan bersangka baik. Inilah yang mengambarkan keangkuhan ilmu dan amarah yang memuncak. Yang menghairankan dituduh UMNO sama dengan komunis tapi dalam masa yang sama memeluk DAP yang jelas berfahaman sosialis. FIKIR - FIKIRKAN LAH WAHAI PENGUNDI DUN MANIK URAI.

1 ulasan:

  1. firman Allah yang bermaksud:- Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah jangan berpecah belahm,dalam hal ini saya nampak UMNOlah satu-satu parti yang berjaya menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia,sehingga kini kita dapat hidup aman dan damai orang-orang PAS pun tumpang sama,fikir-fikirlah untuk kesejeteraan kita bersama wahai umat Melayu Islam Malaysia.

    BalasPadam