SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 31 Ogos 2009

JAMBATAN MASIH TEGUH DAN GAGAH.




Cabaran rakyat Malaysia baik pulih 'jambatan'
30/08/2009 9:14pm

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.
Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
Ulasan Hujan emas:
Sebenarnya "JAMBATAN" yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah masih lagi kekal, utuh, gagah dan teguh.
Cuma yang menjadi masalahnya adalah golongan kepimpinan yang berada di atas yang gilakan kuasa dan jawatan yang berusaha untuk merobohkannya. Rakyat sebenarnya tidak ada masalah langsung dari segi perhubungan antara kaum. Kalau kita lihat di pasaraya dan tempat umum, semua kaum masih lagi menjalinkan hubungan yang cukup baik apatah lagi kalau dilihat di kawasan-kawasn perumahan, tidak ada langsung perpecahan kaum berlaku.
Apa yang perlu di buat oleh pehak berkuasa ialah mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang cuba nak meruntuhkan "JAMBATAN" ini.Jangan sesekali mengambil mudah dengan perkara ini. Golongan yang gilakan kuasa dan jawatan ini tidak harus diberi ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Sekarang ini mereka cuba menggunakkan apa sahaja yang ada pada mereka untuk cuba merobohkan "JAMBATAN PERPADUAN KAUM" ini demi mencapai cita-cita mereka.
KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEHARMONIAN KAUM, KEAMANAN, KITA TINGKATKAN HUBONGAN INI DAN KITA KEKALKAN SAMPAI BILA-BILA.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Masalahnya, terlalu ramai orang Malayu yang telah dibutakan mata, dipekakkan telinga dan telah diperbodohkan semata-mata untuk memenuhi kehendak tamak kuasa manusia pengkhianat ini....

    BalasPadam
  2. Kita kena ubatkan mata dan telinga mereka supaya sembuh kembali.

    BalasPadam
  3. salam,

    kita tengok apa reaksi diaorg. ada sahutan tak untuk kukuhkan jambatan. selagi ada manusia yang bertopengkan setan tu yang jual agama tu selagi tu la jambatan akan runtuh.

    BalasPadam