SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 1 September 2009

SIDANG DUN BAWA POKOK KALI KE 2.















Tetap bersidang biarpun injunksi ditolak- Sivakumar

Nazri Abdullah Tue Sep 01, 09 6:02:28 pm MYT


IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya.

Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.




Ulasan Hujan emas:


Kita tengok akan ada satu lagi persidangan dewan DUN puak PR di bawah pokok.


Inilah sebenarnya perangai pembangkang, selagi tidak dapat memuaskan nafsu mereka , selagi itulah mereka akan lakukan apa sahaja ikut cara mereka.


Sivakumar ni dah hilang akal, dah tak boleh berfikir secara waras lagi kerana hilang jawatan sebagai speaker sanggup membelakangkan KDYM Sultan Perak dan Undang-undang tubuh Negeri Perak.


Ini semua adalah ajaran puak PR yang menggunakan peraturan sendiri untuk bertindak demi untuk memuaskan nafsu mereka.


Kalau inilah pemimpin yang akan memerintah Negara Malaysia ni, maka sudah tentu rakyat akan menjadi hamba mereka.


KEPADA RAKYAT PERAK FIKIR-FIKRKANLAH APA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG NI.

3 ulasan:

  1. Salam, bila Siva sudah gian nak pakai songkok, Mahkamah pun dia hina, titah Sultan pun dia tak mahu, janji dia akan pakai jubah dan songkok walau pun bawah pokok......

    BalasPadam
  2. Kali ni sidang atas pokok pulak kot,kenalah sedia tangga sebab ada wakil yang tak larat nak panjat

    BalasPadam
  3. Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman minimum Rp100juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

    Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

    Nama syarikat: SYARIKAT PINJAMAN ISKANDAR LESTARI
    e-mel::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp::[+6282274045059]

    BalasPadam