SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 26 Ogos 2009

BERITA YANG MENGEJUTKAN.

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ulasan Hujan emas.

Saya mohon maaf kerana mengeluarkan artikel ini, Saya sungguh terkejut apabila membaca artikel yang di keluarkan oleh Berita Harian tetapi apabila membacanya baru saya tahu yang meninggal dunia kerana kemalangan tersebut bukannya Menteri Besar Kelantan.

Apa yang menjadi tandatanya ialah kenapa wartawan tersebut menulis tajuk berita sebegitu rupa?. Mungkin supaya berita ini akan menjadi berita utama kerana nama yang terlibat dalam kemalangan ini hampir sama dengan nama Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bermaksud untuk mempersenda berita ini, tapi saya benar-benar terkejut apabila membacanya.

Kepada Pak Nik Aziz, saya minta maaf kerana mengeluarkan artikel ini. Saya doakan Pak Nik panjang umur dan semuga kita diberi pertunjuk oleh Allah SWT supaya kita dapat bangunkan bangsa,agama dan Negara kita bersama.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Malaikat Maut tersalah orang kot,........sorry kat Tok Guru, kawan bergurau je......

    BalasPadam