SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 2 September 2009

KATA HAJI HADI TENTANG JUAL ARAK.

















Dalam Harakah bertarikh 31 Ogos 09 (idisi isnin).

Petikan Haji Hadi :

Penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam. "Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang tempat pembiakannya dibiarkan berselerak. katanya.


Ulasan Hujan emas;

Saya bersetuju dengan pendapat Haji Hadi tentang membenteras perjualan arak kepada orang melayu. Kalau boleh diambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menjual arak kepada orang melayu.

TETAPI saya cukup hairan, KENAPA ?. Apabila penduduk TTDI Jaya, Shah Alam membuat bantahan penjualan arak di kawasan perumahan mereka, kerajaan negeri Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan ?. Sepatutnya kerajaan Selangor bukan sahaja menampar nyamuk aedes tersebut tetapi terus membersih longkang-longkang tempat pembiakan yang berselerak itu.

Hasan sanggup dilucut jawatan exco berhubung isu penjualan arak
12/08/2009 4:22pm

SHAH ALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sanggup dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri demi mempertahankan pandangannya agar minuman keras dan bir tidak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.
Menurut Hasan, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan pihak tertentu yang meminta pucuk pimpinan pakatan pembangkang mengambil tindakan ke atasnya berikutan pendiriannya dalam isu penjualan arak di Selangor. - Utusan
Saya pada mulanya tabik pada Datuk Hasan Ali yang berani bertindak dan sanggup kehilangan jawatan demi mempertahankan bantahan masyarakat TTDI Jaya TETAPI apabila dipanggil oleh Kerajaan Negeri dan pimpinan PR, senyap begitu sahaja. Apa yang diberikan oleh kerajaan Negeri kepada Datuk Hasan hanya beliau sahaja yang tahu.


PERSOALANNYA ?. ADAKAH PAS HANYA SEKADAR PAK TURUT KEPADA PKR ?.
KALAU BERJUANG UNTUK ISLAM SEPATUTNYA BERJUANGLAH TENTANG ISU INI.



5 ulasan:

  1. dia pun dah mabuk arak agaknya. itu yang dr hassan pun dah diam. kena jenis cap cangkul kot.

    BalasPadam
  2. klu dah berkawan ngan setan pkr n iblis dap ni la jadinya.pas dah jadi parti arak semalaysia skrang ni . bontot n hidung sudah kena cucuk sama pkr n dap

    BalasPadam
  3. Salam, haramkan dulu permis-permis jualan arak di seluruh Kelantan dan Kedah.......

    BalasPadam
  4. Salam,

    Itu sikap PAS & PKR cuma mahu menjaga DAP, mereka cuma diperkudakan di Selangor utuk berkuasa dan mengikut kehendak mereka. Tida pedulikan arak dijul berluasa demi boleh memerinth di Selangor.

    BalasPadam
  5. Terima kasih pada semua Bloger di atas pandangan ini. PAS sebenarnya tak kuat, kalau dia kuat dah lama dia keluar dari Pakatan Rakyat.PKR dan DAP pun tahu PAS bergantung kepada mereka, jadi dia orang boleh buat apa saja, PAS takkan bantah. Inilah PAS yang sanggup jual agama kerana nak kuasa dan jawatan.

    BalasPadam