SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 23 September 2009

Sempitnya Fikiran Nik Aziz SAMA Sempitnya Jambatan Sultan Yahya.









APA NAK JADI DENGAN SISTEM JALAN BANDARAN DI KELANTAN ?.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua Bloger, maaf zahir batin.
Selamat bertemu kembali, hampir seminnggu bercuti, hari ini saya mulakan laman blog ini dengan cerita pengalaman bercuti di Kampong Isteri saya di Tumpat, Kelantan.

Saya agak terkejut juga dengan kesesakkan kenderaan yang berlaku di Negeri Kelantan semasa perayaan ini terutama di kawasan -kawasan bandar.

Apa yang saya nak ceritakan dan kalau boleh kita berkongsi bersama terutama anak-anak perantau yang sering balik ke kampong semasa hari perayaan. Apabila melihat kesesakan ini berlaku pada setiap hari terutama di kawasan pinggir bandar Kota Bahru saya terfikir sendiri apakah rakyat Kelantan ini tidak menyedari apakah punca sebenarnya berlaku kesesakan tersebut?.

Adakah benar kerana terlalu ramai anak-anak perantau yang balik beraya di Kelantan atau sebenarnya kerana sistem jalan bandaran yang tidak teratur?.

Apa yang saya lihat adalah bukanlah kerana terlalu banyak kenderaan yang menjadi punca utama kesesakan tatapi sisitem jalan tersebut yang tidak teratur.
Yang menjadi persoalan saya, adakah Datuk Nik Aziz tidak berfikir dan menyedari akan perkara ini ataupun tidak pernah ambil tahu tentang masalah rakyat ini ?. Bagi saya sebagai Menteri Besar, permasalahan seperti ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sampai bila-bila, saya akui ada perubahan yang dilakukan tetapi saya nampak tidak bersesuai langsung sebagai contoh jalan yang menghala ke Jambatan Sultan Yahya. Kalau nak bercerita tentang laluan yang sesak ini terlalu banyak sangat TAPI saya nak mengajak rakyat Kelantan terutama anak-anak perantau ini berfikir,sampai bilakah kita terpaksa berhadapan dengan masalah ini?.

Bagi saya inilah kesannya kalau ketua Negeri(Menteri Besar) tidak perihatin kepada masalah rakyat dan dok sibuk dengan kerja politiknya. Dok cakap yang tu kafir, yang ni tak masuk Syurga hingga terlupa nak tunai tanggungjawab sabagai Menteri Besar.


Oleh itu fikirkanlah WAHAI RAKYAT KELANTAN DAN ANAK-ANAK KELANTAN DIPERANTAUAN.BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN KITA SEMUA.

APAKAH KITA MASIH SANGGUP BERADA DI BAWAH KEMPIMPINAN SEPERTI INI ?
YAKINLAH KALAU BARISAN NASIONAL (BN) YANG MEMERINTAH KELANTAN PASTINYA AKAN BANYAK BERLAKU PERUBAHAN YANG MEMBERI KESENANGAN KEPADA RAKYAT.

Puak PEMIMPIN PAS ni dok asyik fikir jawatan dan kuasa untuk mencari kepentingan sendiri sebab tulah Kelantan jadi seperti sekarang ini.

ADA MENTERI BESAR DOK ASYIK BUAT KERJA POLITIK HINGGA ABAIKAN TUGAS SEBAGAI MB. Fikir-fikrkanlah.Wasalam.







5 ulasan:

  1. huhuhuhuhuhuhuhu ~ salam Hujan Emas


    Selamat Hari Raya. Semoga issue jalan raya ni buleh lerr dipertimbangkan seajarnya uleh atokk kita ni. Tapi saya respect atuk ni sbb beliau sudah tua dan bnyak makan asam garam dunia. tp lately sejak berkamcengg ngan wali2 DAP dah lain dahhh atukk ni. xoxoxoxoxoxo semoga dibukakan pintu hati TGNA tuk jauhkan diri dari "kafir2" sebenar yg tau nak menjahanamkan islam dan melayu jer. Aminnnn


    wassalam

    BalasPadam
  2. Sdara saya mahu pergi beraya Tanah Merah. Orang di situ tak bagi pergi kerana katanya jem giler dan jangan cari penyakit.

    Semoga banyak lagi pendedahan seperti ini.

    BalasPadam
  3. Astarghfirullah..

    Tidak baik anda menuduh begitu kepada TGNA dalam soal Jambatan, dalam keadaan anda jelas tidak tahu keadaan sebenar ( atau buat2 tak tau ? ). Seolah menyatakan bahawa pemikiran anda lebih sempit dari apa yang anda kata pada TGNA ..

    ( Saya tidak menyebelahi sesiapa, kerana saya hanya berminat dengan fakta .. Dan saya terpanggil untuk komen kerana saya sedih apabila orang kita lebih berminat kepada khabar angin, luaran dan retorik berbanding mengkaji fakta dan keadaan sebenar ! Kerana itu mudah diperbodohkan oleh orang politik dan mereka2 yang berkepentingan peribadi ~ )

    Sebenarnya ...

    Projek Jambatan ke-2 sudah dirasmikan oleh Pak Lah pada 2 Ogos 2007 dan dijanjikan siap pada Disember 2009. Ianya projek persekutuan atau mudah kata SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

    Namun, bila Dis 2008 menjelang, hanya kurang 10% sahaja yang siap, dan kalau tengok dengan mata, boleh kata tak ada rupa pun jambatan naik ... Akhirnya Tok Pa mengaku yang projek itu bermasalah tetapi enggan menjelaskan mengapa, biarpun dalam keadaan orang Kelantan penuh syak wasangka kerana pemaju yang sepatut menyiapkannya adalah keluarga Ketua UMNO Tanah Merah ( Sykt Redland ) dan telah berlaku penyelewengan .. Kini Dis 2009, tarikh sepatutnya ia siap, kerja2 sebenar baru nak nampak. Khabarnya kontraktor telah bertukar ... Katanya siap akhir 2010 ..

    Saya tak menipu anda, anda boleh baca sendiri di Utusan Online ( bukan Harakah ! ) :

    PAK LAH RASMI JAMBATAN

    http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

    dan

    TOK PA BUAT PENDEDAHAN

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm


    Jalan menghala ke Jambatan Sultan Yahya Petra jadi begitu kerana tergendala akibat kelewatan Jambatan Ke-2 nya ... Bukan tiada perancangan tetapi gara-gara di atas. Anda boleh baca sendiri, you dont need to take my words ..


    Sebagai pengajaran, jangan cepat menghukum.

    Kaji dan fikir ..

    Kelemahan orang Melayu adalah emosional dan tidak ikhlas bila menegur ( ada agenda lain ).


    Nota :
    Kerajaan PAS yang bina jambatan Sultan Yahya Petra yang sempit tuh dalam tahun 1960s ..

    BalasPadam
  4. Salam 'Idil Fitri,

    Ramai lagi rakyat Kelantan yang jumud pemikiran, mencari kerja di luar Kelantan kerana di negeri sendiri banyak ketinggalan, bukan setakat jalan raya sahaja......, tetapi sombong dan bongkak tidak menghargai negeri-negeri yang menjadi tempat mereka menumpang mencekik kedarah anak beranak....., dah lah tu, menghasut penduduk di mana mereka menumpang mencari rezeki..... macamlah tempat mereka bagus sangat di bawah permerintahan tok guru mabuk kuasa......

    BalasPadam
  5. Hujan emas:
    Terima kasih di atas pandangan dan ulasan The habbit prodo, waris pahang dan pengulas tanpa nama.
    Saya bukan persoalkan jambatan tersebut tapi sistem jalan bandaran.Sepatutnya buatlah perubahan yang menyeluruh terutama dikawasan pinggir bandar Kota Bahru. Cuba tengok di sekitar jalan ke Pasir Mas dan Tumpat.Di stesen Bas Ekspress di Kota Bahru bagaimana sistem jalan masuk dan jalan keluar?.Bagaimana jalan yang menghala ke Tumpat di bulatan Wakaf Bahru ?.Dah lebih sepuluh tahun keadaan seperti itu, tak ada perubahan untuk menyelesaikan kesesakan di situ.Kalau bukan musim perayaan pun berlaku kesesakan.Inilah yang saya katakan kerajaan Negeri kena fikirkan,takkan perkara inipun nak disalahkan Kerajaan pusat.
    Janganlah nak tutup kelemahan sendiri kita salahkan orang lain. Fikirkanlah.

    BalasPadam