SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 27 September 2009

SIAPA YANG SEPATUTNYA LETAK JAWATAN ?.

APAKAH WAJAR MEREKA MELETAK JAWATAN ?.

Samy Vellu dinasihat letak jawatan

SERI KEMBANGAN - Tun Dr Mahathir menasihatkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya melepaskan segera jawatannya bagi memberi laluan pemimpin baru memimpin sayap parti Barisan Nasional (BN) itu. Menurutnya, Samy Vellu terlalu lama memegang jawatan itu sehingga menimbulkan tidak senang dalam kalangan ahli parti itu. “Beliau sudah 30 tahun memegang tampuk pimpinan parti itu, lebih lama daripada saya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Samy Vellu yang masih tidak melepaskan jawatan sebagai Presiden MIC walaupun selesai mengadakan pemilihan parti. Beliau berkata, sebagai pemimpin, beliau perlulah berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin baru untuk memikul tugas tersebut.
Nik Aziz gesa Ibrahim letak jawatan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut. “Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya. Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.
"Mursyidul Am Pas perlu beri laluan kepada orang baru"

PASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan dan memberi laluan kepada orang baru menerajui parti itu. Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan usia Menteri Besar Kelantan itu, sepatutnya pemimpin Pas itu yang meletak jawatan, bukan beliau. “Dia yang patut letak jawatan, dia dah lama jadi Menteri Besar, dia dah tua, sakit...dia yang kena letak jawatan, dan patut beri laluan pada orang baru," katanya ketika pada majlis rumah terbuka di sini, semalam.

Ulasan Hujan emas :
Ketiga-tiga tokoh yang ingin dibicarakan ini merupakan tokoh-tokoh TERKENAL yang mempunyai kelebihan dan kehebatannya yang tersendiri. Sekian lama berada di dalam kancah politik dan telah menunjukkan jasa yang cukup besar kepada parti dan pengikut masing-masing.
Tapi kini, kehebatan mereka mula dipertikaikan dan ada yang sudah berani memberi nasihat agar ketiga-tiga tokoh ini meletak jawatan politik masing-masing.
Kenapa ini berlaku kepada mereka ?.
Berbeza dengan mantan PM Tun Mahathir yang meletakkan jawatan sebelum disuruh. Inilah kebijaksanaan yang ada pada Tun Mahathir yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Apakah wajar mereka meletakkan jawatan masing-masing ?.
Dato Samy.
Yang baru dipilih semula sebagai Presiden MIC sudah tentu cukup berat untuk meletak jawatan TAPI kalaulah perpecahan kaum India kerana Dato Samy, MAKA sewajarlah Dato Samy meletak jawatan sebagaimana saranan Tun Mahathir. Hari ini bukan soal harga diri sendiri tapi yang penting untuk parti dan kerajaan. Tidak ada gunanya kita hebat dalam parti tapi kita kalah dalam pilihanraya.
Dato Ibrahim Ali,
Semuanya orang tahu kehebatan beliau dalam perjuangan politiknya, keluar masuk dalam UMNO sudah menjadi perkara biasa dan kebijaksanaan beliau dalam politik tidak ada orang lain yang boleh membacanya termasuklah Dato Nik Aziz sendiri pun diperdayakan.Hari ini kali kedua PAS minta Dato Ibrahim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kerana beliau gagal berkerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Mungkin Dato Nik Aziz sudah sedar bahawa beliau telah diperdaya oleh Dato Ibrahim Ali sebab itulah beliau mendesak Dato Ibrahim meletak jawatan.
Dato Nik Aziz,
Apabila Dato Ibrahim Ali pula minta Dato Nik Aziz meletak jawatan dan memberi laluan kepada orang lain.
Saya yakin,Dato Nik Aziz tidak akan meletak jawatan dengan sewenangnya kerana Dato Nik Aziz tahu bahawa PAS Kelantan ketiadaan pemimpin pelapis yang boleh menggantikan beliau.
Sekiranya Pak Nik meletak jawatan siapa agaknya yang akan menjadi MB ?. Siapa yang ada di Kelantan ?. Ramai wakil rakyat PAS di kelantan adalah dari luar dan bukan anak jati Kelantan.Dato Nik Aziz pun tahu,jika beliau letak jawatan atau bersara sudah tentu PAS Kelantan akan huruhara jadinya.Sebab itulah tidak ada sesiapa pun dikalangan Pemimpin PAS yang meyuarakan agar Nik Aziz meletak jawatan.
Bagi saya, hanya dua tokoh yang perlu letak jawatan demi perpaduan kaum dan kepentingan Bangsa, Agama dan Negara iaitu Dato Samy Vellu dan Dato Nik Aziz.
Dato Samy sewajarnya berundur kerana bukan setakat sudah terlalu lama memegang jawatan tetapi kaum India sudah tidak boleh menerima cara kepimpinan beliau sekarang ini.Demi menjaga kepentingan kaum India dan kerajaan, Dato Samy perlu memikirkan semula pandangan yang telah diberikan oleh Tun Mahathir.
Bagi Nik Aziz pula, jangan fikir kerana tidak ada pemimpin pelapis atau takut Kelantan akan jatuh kepada UMNO/BN. Apa yang penting adalah untuk mempastikan rakyat Kelantan terus terbela dan tidak merempat di Negeri orang.Lihatlah apa yang boleh PAS buat sepanjang pemerintahannya?.
Oleh itu,demi kepentingan rakyat Kelantan sewajarnya Dato Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan . Jangan sampai bukan anak jati Kelantan yang menjadi MB dan jangan sampai Ekonomi Kelantan dikuasai oleh rakyat Tahiland.
FIKIR-FIKIRKANLAH.













1 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri..Teman sokong
    Dato Ibrahim Ali bukan ada jawatan dalam Parti Bebas lainlah Nik Aziz Mursidul Am PAS dan Samy
    Vellu Presiden MIC!

    BalasPadam