SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 14 September 2009

BERTAPA BERTUAHNYA PENEROKA FELDA











KELEBIHAN PENEROKA FELDA


Saya mengambil kesempatan sempena menyambut Hari Raya Aidl Fitri yang bakal tiba mengucapkan jutaan terima kasih kepada FELDA dan Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil berat tentang masyarakat Felda.

Saya ingin mengajak seluruh warga Peneroka Felda untuk sama-sama kita mengucapkan terima kasih kepada Felda dan Kerajaan yang memilih kita menjadi Peneroka Felda dan bersyukur kehadrat ALLAH Swt kerana menentukan kita berada dalam Rancangan Felda.

Kehidupan kita sebagai Peneroka Felda jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan mesyarakat luar Felda.

Contoh yang terbaik menjelang Hari Raya nanti, Saya dan seluruh masyarakat Felda di Malaysia ini menerima 4 bayaran sekali gus yang dibayar oleh pihak Felda mulai semalam.

Bayaran pertama ialah bonus Hari Raya yang diberikan oleh Felda setiap tahun sebanyak RM 350.00 (bersama Felda)dan RM 150.009Tidak bersama Felda)

Bayaran kedua Caruman Hari Raya yang dipotong daripada pendapatan peneroka sebanyak RM30.00 sebulan dan ada yang mendapat RM360.00 sebulan.

Bayaran ketiga Bonus Kopersi Peneroka Felda (KPF ) sebanyak 2.5% lebihan daripada bayaran dividen setiap tahun.

Bayaran keempat adalah pendapatan hasil bulanan daripada hasil sawit 10 ekar yang dimilik oleh Peneroka.

Sebab itu, saya menyatakan masyarakat Peneroka sangat-sangat beruntung berada di tanah Rancangan Felda denga nikmat yang diterima begitu banyak.

OLEH ITU…… TEPUK DADA TANYALAH SELERA.

Sama-samalah kita memberi sokongan yang padu kepada FELDA dan KERAJAAN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai tanda terima kasih kita kepada Ayahnda beliau yang mengadakan Felda ini.

TANPANYA DIMANAKAH KITA SEKARANG INI?.

Sama- sama kita fikirkan.Wasalam.

5 ulasan:

  1. Mohon utk menyalin artikel ini ke blog saya.. Semarak Bukit Naga

    BalasPadam
  2. Hujan emas; dibenarkan, saya juga ingin mengikuti blog anda.

    BalasPadam
  3. Salam - Bagi mereka yang tak tau terimakasih bagi bapak bonus pun tetap FELDA tak betul..tapi ambil bonus dia dulu.

    BalasPadam
  4. Salam, kalau hati telah pekat hitam, kalau kepala penuh berkarat dan bila muka sudah ditampal kulit babi, walau apa yang diperolehi oleh mereka, puak-puak ini tidak akan pernah mengucapkan terima ksih......... biarkan mereka hanyut dengan ketakburan mereka. Allah sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba-hambanya....

    BalasPadam
  5. Kita doakan semuga mereka menyedari akan kesilapan mereka. Dari mana mereka datang?.Bagaimana keadaan kehidupan mereka sebelum masuk Felda?. Biar mereka merenunginya. Semuga ALLAH Swt memberi petunjuk kepada mereka.

    BalasPadam