SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 13 September 2009

BENARKAH BN AKAN BERKUBOR ?.








APAKAH PAKATAN RAKYAT (PR) PUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH ?.

Kalau dilihat gelagat pemimpin pembangkang seolah-olah mereka akan memerintah Negara Malaysia tidak lama lagi.
APA SEBABNYA ?.

PERTAMA : Setelah dapat memerintah lima negeri dalam pilihanraya umum ke 12 dan mereka berjaya mengurangkan majoriti duapertiga parlimen , mereka merasai bahawa Negara Malaysia ini akan dikuasai oleh mereka. Sebab itulah DSAI meraung seluruh Negara mengatakan bahawa pada 16 September 2008, beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, akan tetapi segala-galanya ALLAH SWT menentukannya.

TETAPI SELEPAS ITU........
Negeri Perak kembali diterajui oleh BN walaupun sekarang ini ada lagi pemimpin pembangkang yang gila jawatan dan kuasa masing menganggap mereka berkuasa di Negeri Perak.Apabila Perak dikuasai oleh BN, kita nampak puak pembangkang agak tertekan sedikit dan bimbang kut-kut adalagi negeri yang dimenanginya akan dikuasai oleh BN.

DAN KEMUDIAN ................
Pembangkang mula menunjuk semula keanggkuhan apabila memenangi semua kawasan DUN dalam pilihanraya kecil yang diadakan. dan ditambahkan lagi apabila Jepun yang diperintah oleh LDP selama 54 tahun tumbang ditangan pembangkang PDJ.

MAKA, mereka yakin MALAYSIA ini JUGA BAKAL menjejaki Negara JEPUN.

APAKAH INI AKAN MENJADI KENYATAAN ?.

HUJAN EMAS mencatit pandangan dua orang tokoh yang membicara tentang persoalan ini iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, TUN Mahathir dan mantan pemimpin kanan PKR, Dr Chandra Muzaffar.

Tun Mahathir kata:

UMNO, BN akan berkubor mengikut jejak langkah parti LDP Jepun sekiranya prestasi kerajaan BN dan parti komponen BN gagal menyakinkan rakyat.
Situasi politik yang melanda dalam UMNO dan BN seolah-olah akan mengelami nasib yang sama seperti LDP.
“Malaysia kini semakin ketinggalan dibelakang jiran-jirannya. Kita bukan lagi Negara yang terkedepan di rantau ini dan sudah semestinya tidak lagi boleh disifatkan sebagai Negara contoh”

Dr Chandra Muzaffar kata :

Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah Negara Malaysia ini kerana tidak ada muafakat dan kata sepakat antara ketiga-tiga parti ini dalam soal-soal berhubung kait dengan agama dan kaum. Isu utama yang akan mewarnai politik Malaysia secara keseluruhan ialah isu agama. Dan jika dalam soal agama yang begitu fundamental tidak ada persafahaman antara parti-parti yang mahu memerintah di peringkat pusat dalam soal agama dan kaum bagaimana keadaan Negara kita ?.

KITA LIHAT PRINSIP KETIGA-TIGA PARTI INI.





Bagi PAS, akan menegakkan kehendak masyarakat dan negeri yang berdasarkan pada prinsip-prinsip Islam. PAS akan cuba melaksanakannya kerana itu adalah imejnya dan harapan para pengundi dan penyokongnya dan PAS tidak boleh menghampakannya.




Bagi DAP pula , mempunyai pendirian yang sangat berbeza dengan PAS dalam pelaksanaan hokum-hukum Islam. Pemimpin mereka pernah berkata langkah mayat mereka dahulu kalau PAS nak menegak Islam di Malaysia ini.


Bagi PKR pula, yang melaungkan kebebasan bersuara dan beranggan-anggan nak jadi PM ,akhirnya memakan diri sendiri apabila soal agama , orang melayu PKR akan condong kepada Pas dan bagi anggota bukan melayu akan cenderung pula kepada DAP.Inilah masalah yang dihadapi oleh PKR


Kita renunglah bersama dengan pandangan –pandangan yang dilemparkan oleh kedua –dua tokoh ini yang mana akan menjadi kenyataan?.Dan kita sama-sama meneliti prisip perjuangan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ini.

Kepada BN tunjuklah prentasi yang baik terutama bagi parti komponen diharap dapat menyelesaikan masalah dalaman sebelum ianya menjadi racun di dalam Barisan Nasional.Jangan sesekali Pakatan Rakyat dapat memerintah Negara ini bukan kerana MEREKA KUAT tetapi kerana KITA LEMAH..

1 ulasan:

  1. Salam, kerana terlalu ingin melihat UMNO berkubur, maka Nik Aziz lebih bersedia bersekongkol dengan orang-orang kafir semata-mata untuk mengkuburkan orang Melayu Islam lainnya....

    BalasPadam