SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 25 September 2009

APA SEBENARNYA MOTIF DATO HASSAN ALI ?.




















APAKAH INI LAKONAN KEDUA DATO HASSAN ?.

Dato Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor bersuara semula mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkenaan dengan SELCAT.

Ada yang marah kepada Dato Hassan Ali di atas tindakannya yang sepatutnya tidak perlu dihebahkan.

Persoalannya apakah motif sebenar Dato Hassan Ali berbuat demikian?. Adakah ini lakonan beliau sabagaimana lakonan yang pernah dibuat dalam isu ARAK di Shah Alam?.

Atau mungkin masih ada lagi yang Dato Hassan inginkan dari Kerajaan negeri belum diperolehinya?.

Kita berharap kepada Dato Hassan Ali, kalau nak berjuang demi menegakkan Agama Islam, berjuanglah bersungguh-sungguh, jangan takut walaupun akan hilang jawatan dan kuasa.

Kepada pemimpin PAS, Jangan kerana mementingkan jawatan dan kuasa sanggup membiarkan Dato Hassan berjuang seorang diri demi Agama dan kebenaran.

FIKIR-FIKIRKANLAH......................

1 ulasan:

  1. Salam,

    Apa nak heran bro, kan dekat PRK Bagan Pinang biasalah puak-puak PAS Khawarij ni buat lawak, nanti lepas je habis PRK dia berbaik pulak bila dah dapat upah dari DAP komunis atas lakonan wayang mereka........

    BalasPadam