Pintu rundingan Pas-UMNO tertutup rapat - Nik Aziz
KOTA BHARU 8 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.
Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.
Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.
Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan.
Ulasan Hujan emas :
Sama - sama kita renungkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz tentang cadangan perundingan antara PAS dengan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di Negara Malaysia ini yang disuarakan oleh YAB PM kita.
Sebagai seorang yang dikatakan termasuk dalam golongan ulama, adakah sepatutnya beliau (NIK Aziz)memberi kenyataan sebegini rupa ?.
Kalau inilah Nik Aziz sebenarnya, maka benarlah beliau menggunakan agama untuk kepentingan politiknya demi menjamin jawatan dan kuasa yang ada padanya.
Jika beliau memang memperjuangkan Islam, Kenapa tidak mahu berunding dengan UMNO ?. Kalau ada cadangan UMNO yang tidak sesuai bagilah pandangan jangan dok menuduh saja.
Kalau kita hendak suruh sesorang itu menjadi baik maka kita perlu ajar dan nasihat dia, bukannya dengan menghukum terus apa yang dilakukankannya.
Isu Arak dan Kuil di Shah Alam, kenapa Nik Aziz tidak memberi apa-apa kenyataan demi menyelesaikan masalah tersebut . Kalau benar-benar memperjuangkan Islam.
Demi kepentingan politik,Nik Aziz sanggup bersetongkol dengan kumpulan yang menentang Islam dan sanggup menolak pelawaan UMNO yang mahu berbincang tentang kepentingan Islam dan Ummahnya.
SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR UMAT ISLAM TERUS BERSATU DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.
Salam, Nik Aziz sudah yakin bahawa puak-puaknya telah membenci UMNO, jadi apalagi yang hendak dia bawa cerita untuk menambahkan kebencian rakyat Kelantan kepada UMNO, dia terpaksa ceritalah pasal royalti minyak supaya senang nak buat cerita PAS akan buat segala-galanya unutk rakyat kalau ada royalti minyak....
BalasPadamPahang tak payah pakai royalti pun mampun membangunkan negeri......
Salam,
BalasPadamKuasa, dendam, kuasa apalagi nak difikirkan
ble dtanya nape bersekekongkol ngan DAP
BalasPadamsupaya boleh dtarbiayh
tp napa tak nk tarbiyah org UMNO yg katanya sesat
baek tarbiyah org Islam sendri..huhu
alasan politk