SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 29 September 2009

SIAPA PENGEMIS POLITIK ?.

Takiyuddin sifatkan Ibrahim pengemis politik

KOTA BHARU 28 Sept. - Pas Kota Bharu menyelar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebagai pengemis politik yang tidak mengenang budi parti itu yang menghidupkan semula kerjaya politiknya ketika beliau 'tenggelam' dahulu.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ibrahim semakin keterlaluan kerana mengecam dan mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletak jawatan.
Beliau menegaskan, desakan Ibrahim itu satu tindakan biadap kerana cuba 'menggigit' tangan orang yang telah memberi bantuan kepadanya.
"Ibrahim ini macam pengemis politik, peminta sedekah politik. Dia sepatutnya sudah hilang terus dalam arena politik ini, tetapi atas ihsan Pas, dia dapat bertahan.
Ulasan Hujan emas:
Dato Ibrahim Ali terus diserang oleh kuncu-kuncu Pak Nik Aziz setelah beliau mendesak Dato Nik Aziz meletak jawatan. Datuk Takiyudin menyifatkan Dato Ibrahim sebagai pengemis politik.
Datuk Takiyudin mungkin tersilap dan tidak tahu yang mana pengemis dan yang mana tuannya. Cuba buka senarai dan lihat satu persatu wakil rakyat PAS di Kelantan,berapa ramai anak jati Kelantan dan berapa ramai pula anak luar Kelantan ?.
Sebenarnya merekalah pengemis politik yang datang ke Kelantan minta belas ihsan untuk menjadi calon PAS. Dato Ibrahim Ali adalah anak Kelantan dan dari dulu lagi berada di Pasir Mas,hanya pada pilihanraya ke 12 beliau menjadi calon bebas dan berkerjasama dengan PAS untuk mengalahkan BN.
Sepatutnya Datuk Takiyudin suruh wakil rakyat yang bukan anak Kelantan itu letak jawatan dan ambil anak tempatan bertanding. Kenapa PAS sanggup membelakangkan anak tempatan dan mementing orang luar menjadi calun PAS di Kelantan ?.Mereka lah sebenarnya PENGEMIS POLITIK yang datang bertanding di Kelantan dan belum tentu akan menang jika bertanding di kawasan mereka.
Apa yang dinyatakan oleh Dato Ibrahim terhadap Datuk Nik Aziz adalah bertepatan dan sewajarnya beliau meletak jawatan sebagai MB. 10 sebab yang dinyatakan oleh Dato Ibrahim adalah benar dan bukannya menghina Datuk Nik Aziz.Beliau sememangnya gagal mentadbir Kelantan dengan sempurna dan sepanjang pemerintahannya tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Mungkin ada satu dua seperti pasar siti khadijah tetapi bagaimana dengan perkara lain?.
KEPADA PEMIMPIN PAS, JANGANLAH HANYA SEKADAR MENJADI PAK ANGGUK SAHAJA. JADILAH PEMIMPIN YANG BERANI MENEGUR JIKA ADA YANG TIDAK BETUL.
JANGAN KITA MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG SALAH DAN JANGAN SESEKALI KITA MENIDAKKAN PERKARA YANG BENAR.

1 ulasan:

  1. Salam, kawan setuju dengan pandangan deme, Ibrahim pejuang bangsa dan agama sebenar, bukan macam penmimpin-pemimpin PAS khawarij dan PKR pengkhianat yang sanggup jual bangsa dan agama pada DAP komunis demi jawatan dan kuasa......

    Hidup Dato' Ibrahim Ali, kawan berdiri di belakang Dato'.........

    BalasPadam