SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 28 Jun 2009

NIK AZIZ NAK TUNJUK HEBAT NAK BERDEBAT




ARKIB : 27/06/2009

Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
27/06/2009 1:55pm



KOTA BHARU 27 Jun — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara UMNO dan Pas.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden UMNO untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
Ulasan Hujan emas.
Nik Aziz buat hal pulak, dulu dok marah Haji Hadi nak bincang tentang kerajaan perpaduan dengan PM (Dato Sri Najib ) sekarang dia pula ajak PM berdebat.
Apakah agenda sebenarnya Nik Aziz nak ajak PM berdebat ?. Adakah nak tunjuk hebat atau nak tunjuk kekuasaannya dalam PAS. Bahawasanya yang boleh berbincang dengan PM (Dato Sr i Najib) bukan Haji Hadi tapi beliau sendiri.
Sama - sama kita fikirkan tentang kerenah Nik Aziz ini. Apakah sesuai kalau nak berbincang tentang kepentingan Melayu dan Islam perlu diadakan debat terbuka. Saya kira Dato Sri Najib tak perlulah layan sangat kerenah Nik Aziz ini. Saya cadangkan kalau Nik Aziz nak berdebat ,UMNO aturkan debat antara Nik Aziz dengan Dato Mustapa Mohamad (Dato Pa). Tajuk debat tentang negeri Kelantan. Kita sama-sama boleh tengok apa yang boleh dimegahkan oleh Nik Aziz tentang Negeri Kelantan selama PAS memerintah. FIKIR-FIKIRKANLAH

1 ulasan:

  1. Dah la tok sah dilayan kerja gila semua tu.. UMNO untuk membela rakyat bukan nak jadi popular macam PAS tapi hampaih

    BalasPadam