SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 25 Jun 2009

LIM KIT SIANG JANGAN MASUK CAMPUR





Gesaan Najib teruskan bincang kerajaan perpaduan dibidas Thursday, 25 June 2009 • Kategori: Berita Utama>KEADILAN


KUALA LUMPUR, Jun 25 — Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.
Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.
“Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain ..begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan? tanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.
hujan emas jawab:
Diharap Lim Kit Siang jangan takutlah apabila ada usaha untuk berbincang antara PAS dengan UMNO demi kepentingan orang melayu dan Agama Islam. Ini Tanah Melayu, orang Melayu ada hak di Negara mereka. Dah termaktub dalam perlembagaan Negara tentang HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini adalah pemimpin yang berkebolehan, beliau tahu apa yang dikatakan bukan berniat untuk memecahbelahkan kaum di Malaysia ini.
Banyak perkara yang perlu difikir bersama oleh kedua-dua pehak (PAS&UMNO)untuk memastikan orang melayu juga mampu bersaing dengan kaum lain.Janganlah nak sibuk sangat tentang orang lain, jagalah parti sendiri, Tengok Pulau Pinang tu, macamana DAP memerintah, dah bagus ke. FIKIRLAH SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan