ARKIB : 25/06/2009
Contohi parti Cina
Contohi parti Cina
PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.
Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.
Jumaat 26 Jun 2009 3 Rajab 1430 Hijrah
Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz
M Faqih Thu Jun 25, 09 5:42:54 pm MYT
Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz
M Faqih Thu Jun 25, 09 5:42:54 pm MYT
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Ulasan Hujan emas.
Kawe ingin mengajak semua pihak agar dapat sama-sama kita menilai diantara dua tokoh Agama ini yang memberi pandangan tentang kepentingan perpaduan umat Melayu dan Agama Islam.
Kedua-dua tokoh ini adalah tokoh Agama yang hebat tapi bagi kawe kedua-duanya sangat berlainan.Seorang (TanSri Harunssani)yang bercakap dan memberi pandangan diatas kepentingan Bangsa dan Agama dan seorang (Nik Aziz) lagi yang bercakap dan memberi pandangan menggunakan Agama untuk kepentingan politik kepartian.
Oleh itu, sama-sama kita fikirkan demi kepentingan umat Melayu dan agama Islam. jangan kita terpengaruh dengan kehebatan luaran sahaja tapi lihat didalamnya. Jangan sampai kita sudah berada dalam keadaan terdesak baharu nak berpakat.Jadilah Melayu yang benar-benar mempunyai jiwa Pahlawan seperti nenek moyang kita dulu yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan bangsa, Agama dan Tanah Air ini.FIKIR-FIKIRKANLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan