SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 27 Jun 2009

TINDAKAN SEORANG HAKIM

Hakim sebat pesalah kes rompak pelajar

KUALA LUMPUR 26 Jun – Buat pertama kalinya sejak Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini beroperasi lebih dua tahun lalu, seorang pesalah akan dikenakan hukuman sebatan 10 kali di pekarangan kompleks tersebut pada 15 Julai ini.
Hukuman sebatan itu akan dilaksanakan sendiri oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa pemuda berusia 20 tahun itu, Muhammad Syafiq Abd. Wahab.
Muhammad Syafiq yang bekerja sebagai promoter dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah merompak seorang pelajar dengan menggunakan pisau pada tahun lalu.
Perintah tersebut dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi:
‘‘Mana-mana pesalah muda yang disabitkan atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara di mana-mana mahkamah jenayah, mahkamah boleh, sebagai menggantikan hukuman penjara kerana tidak membayar denda itu memerintahkan pesalah itu, sekiranya lelaki, disebat dengan rotan halus tidak lebih 10 kali sebatan di dalam kawasan bangunan mahkamah dan jika dikehendaki, di hadapan ibubapa atau penjaga pesalah itu.’’
Zainal Abidin turut memerintahkan Muhammad Syafiq menjalani hukuman berbentuk khidmat masyarakat selama 200 jam.
‘‘Hukuman yang saya putuskan ini adalah satu hukuman yang amat jarang, sangat jarang berlaku tetapi ia amat menyakitkan.
‘‘Tak silap saya, ia pernah dilaksanakan hampir 20 tahun lalu di Mahkamah Majistret Port Dickson. Tetapi awak jangan risau, sebat ini bukanlah seperti sebat di dalam penjara,’’ katanya kepada tertuduh dan juga bapanya, Abd. Wahab Jonit, 64.


Pandangan Hujan emas.

Bagi saya hukuman dan cara hukuman yang akan dijalankan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin sesuatu yang sangat terpuji. Dengan pedekatan sebegini rupa, akan memberi pengajaran kepada pesalah-pesalah terutama golongan muda agar mereka tidak melakukan jenayah sesuka hati.

Bagi para Ibubapa, pendekatan yang lakukan oleh Tuan Hakim ini, seharusnya kita sama-sama sokong agar dapat menggurangkan kadar jenayah dikalangan anak-anak muda.

Bagi Yang Arif Tuan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, saya ucapkan syabas dan tahniah di atas keberanian dan pedekatan yang jarang-jarang dilakukan oleh mana-mana Hakim di Negara kita ini. Dengan pendekatan yang jarang dilakukan ini akan menjadi contoh kepada Hakim-Haikim yang lain bagi memberi pengajaran kepada sesiapa yang cuba melakukan jenayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan