SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 24 Jun 2009

PAS DITIPU OLEH PKR


Sunday, April 19, 2009
Anwar Punca Perpecahan PAS
Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BNPAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

"Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

"Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Sumber : Malaysiakini
Pandangan hujan emas:
Saya ingin mengajak para pengikut PAS supaya kita sama-sama merenung dan meneliti permainan Anuar (PKR) yang ingin menguasai PR. Dia tahu kekuatan PAS dan sebab itulah selagi PAS kuat, maka matlamatnya untuk menguasai PR tidak akan menjadi kenyataan.
Untuk menjadi bos dalam PR, maka PAS mesti dilemahkan, inilah permainan politik anuar. Pada mulanya cuba melemahkan UMNO dengan agutan wakil BN akan melompat parti dan akhirnya cubaan ini tidak terjadi.sebaliknya orang PKR yang melompat ( Di Perak ).
Sekarang ini sdr Anuar telah berubah cara dengan melemahkan PAS pula. Anuar akan menjadikan PAS sebagai tempat beliau mengukuhkan lagi kuasanya dalam PR. Dia mempengaruhi pemimpin PAS agar bersama beliau, sebab itulah PAS sekarang sudah berlaku keretakan dan perbezaan pendapat.
Saya cukup terkejut dengan pendirian Tok Guru Nik Aziz apabila menetang hasrat Dato Haji Hadi untuk mengujudkan Kerajaan campuran sebaliknya menyokong apa yang disarankan oleh Anuar. Bagi saya kehebatan yang ada selama ini pada Nik Aziz untuk memperjuangkan Islam sebenarnya hanya luaran sahaja tapi didalam hati sebenarnya untuk kepentingan PAS dan jawatanNYA.
Oleh itu, sebelum PAS menjadi hura hara oleh permainan Anuar, MAKA, saya mengajak seluruh ahli PAS untuk sama-sama kita fikirkan demi kepentingan AGAMA ISLAM dan Bangsa MELAYU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan