SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 9 November 2009

KESUNGGUHAN PM BENTERAS RASUAH.


SPRM tubuh pasukan khas

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada terus berlaku.
Ibu pejabat SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pasukan khas yang dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan itu akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung peraturan, sistem, prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen.


Ulasan Hujan emas :


Kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencegah penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri dengan menubuhkan pasukan khas harus dipuji dan disokong sepenuhnya.

Kebelangkangan ini banyak isu yang melibatkan peyelewengan peruntukan telah didakwa di Makhamah dan sekiranya isu ini tidak diambil tindakan dengan serius,akibatnya rakyat yang akan menjadi mangsa.

Sepatutnya peruntukan ini dapat dinikmati oleh rakyat, oleh kerana terdapat wakil rakyat yang tidak amanah maka peruntukan ini hilang begitu sahaja.


Kita berharap kepada semua wakil rakyat agar memastikan segala peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan dapat disalurkan sepenuhnya dan tidak disalah gunakan.


Biarlah hak rakyat itu, rakyat yang menikmatinya.Jangan sesekali digunakan untuk kepentingan peribadi.


SYABAS kepada SPRMsemuga dengan penubuhan pasukan khas ini, penyelewengan peruntukan ini tidak akan berlaku lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan