Ibrahim akan bawa isu bola sepak ke Parlimen
KOTA BHARU 8 Nov. - Kekalahan pasukan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi sangat mengecewakan penyokong mereka terutama sekali selepas corak permainan skuad Kijang tidak seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun, bagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, punca kekecewaan beliau bukan setakat di atas padang, sebaliknya kejadian di tempat duduk penyokong lebih menarik perhatiannya.
Sehubungan itu, Ibrahim hari ini tampil meluahkan kekesalan dan membuat permohonan maaf beliau kepada semua pihak ekoran tindakan ganas segelintir penyokong Kelantan dalam perlawanan berkenaan.
"Sebaik perlawanan tamat, ada orang tanya saya, kenapa selama 21 tahun Kelantan digelar 'Serambi Mekah', tetapi akhlak golongan mudanya masih seperti ini.
Polis kesal sikap liar penyokong
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Polis melahirkan rasa kesal dengan tindakan liar segelintir penyokong bola sepak ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, sehingga mencetuskan beberapa insiden tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim berkata, antara insiden tersebut ialah membakar mercun dan membaling botol air ke kawasan padang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim berkata, antara insiden tersebut ialah membakar mercun dan membaling botol air ke kawasan padang.
Ulasan Hujan emas.
Kekecewaan penyokong bolasepak Kelantan di atas kekalahan pasukan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam pertandingan akhir piala malaysia berakhir dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan dengan membaling botol air, meletupkan mercun dan membakar tempat duduk.
Tindakan liar ini tidak sepatutnya berlaku jika kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Apatah lagi penyokong Kelantan yang diterajui oleh seorang MB yang di katakan tokoh agama, sepatutnya lebih bersopan santum dan berhemah.Tapi agak malang keganasan yang dilakukan mencemar nama baik Negeri Kelantan dan juga nama baik penyokong yang tidak terlibat.
Diharap kepada penyokong Kelantan yang terlibat dengan tindakan liar tersebut janganlah bertindak sehinggakan orang lain juga menerima hukuman dan jangan campur adukkan semangat dan fanatik politik dalam sukan. Sayang seribu kali sayang, pemain Kelantan sebenarnya mempunyai semangat cukup tinggi tapi di hancurkan semangat tersebut dengan tindakan liar sebahagian penyokong.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
SALAM .. Tok Guru mereka hormat dan agung-agungkan,kenapa bila kalah bolasepak tak hormat kepada peraturan dan bersikap macam tak berguru langsung.Mungkin Tok Guru kena buat sesuatu kepada penyokong bolasepak Kelantan...Tok Guru mesti ada resepinya..
BalasPadam