SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 20 November 2009

KERUSI PENGERUSI PRM MILIK SIAPA ?..



DIANTARA NIK AZIZ, HAJI HADI,ANWAR DAN LIM KIT SIANG, SIAPA LAYAK ?.

Asalamualaikum kepada semua Blogger, Saya mohon maaf kerana tidak begitu aktif sejak kebelakangan ini untuk sama-sama memberi pandangan dan kritikan. Hari ini saya mulakan dengan isu Pengerusi PRM.

Pakatan Rakyat (PR) telah menubuh parti baru yang telah didaftarkan atas nama Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk menandingi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa yang menarik perhatian dan kejutan ialah apabila Dato Zaid Ibrahim yang sedang bercuti dari parti PKR telah menjadi watak utama dalam penubuhan parti PRM ini. Beliau telah mencadangkan Nik Aziz sebagai Pengerusi PRM yang dianggap sebagai satu kejutan oleh semua pehak termasuk Anwar, Haji Hadi danLim Kit Siang
Sekiranya Nik Aziz menerima cadangan ini,
Apakah DAP akan menyokongnya sedangkan DAP terang-terang menentang dasar PAS. Pemimpin mereka pernah menyatakan langkah mayat mereka dulu kalau PAS nak menegakkan Islam di Malaysia ini.
Bagi PKR pula, adakah mereka membenarkan jawatan itu diserahkan kepada kepimpinan PAS sedangkan yang memperjuangkan untuk memerintah Malaysia dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri adalah kumpulan mereka.
Sekiranya PKR mendesak agar jawatan Pengerusi PRM hendaklah diserahkan kepada Dato Sri Anwar,
Adakah Haji Hadi akan menerimanya kerana beliau juga berhajat untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah menyatakan kepada seseorang pemimpin dalam PR bahawa jangan jadi seperti angan-angan Mat Jenin nak jadi Perdana Menteri. PAS juga tidak akan bersetuju kerana jumlah wakil rakyat PAS jauh lebih ramai daripada PKR.

Sekiranya di berikan kepada DAP
Sudah tentu sekali PAS tidak bersetuju kerana majoriti pemimpin Islam dan melayu dalam PR lebih ramai daripada DAP
Apa yang lebih menarik dalam isu mencari siapa yang layak memegang jawatan Pengerusi PRM ini ialah kemana hilangnya pengaruh dan kewibawaan Penasihat PKR, Datuk Sri Anwar?.
Adakah Anwar sudah hilang pengaruh disebabkan berbagai isu yang melanda parti PKR ?atau Beliau sendiri sudah hilang keyakinan diri kerana apa yang di laung-laungkan selama ini terkena batang hidungnya sendiri ataupun beliau sendiri berhadapan dengan masalah peribadi yang akan memusnahkan impiannya selama ini.

Oleh itu, marilah kita renung-renungkan apa yang sedang berlaku pada puak Pakatan Rakyat ini. FIKIR-FIKIRKANLAH, Apakah perjuangan mereka benar-benar untuk memperjuangkan nasib rakyat ataupun hanya sekadar berlindung disebalik kepentingan rakyat untuk mencari kepentingan diri masing-masing ?.
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN FIKIR-FIKIRKANLAH.




















































2 ulasan:

  1. HEmas, Nik Aziz akan jadi Ketua PR kalau dia mahu.... DAP akan bagi dia, inilah cara DAP untuk menarik sokongan Melayu....... PKR tidak boleh buat apa kerana mereka kan sentiasa tunduk kepada DAP..... Nik Aziz bakal jadi Presiden Malaysia..... Lim Kit Siang Perdana Menteri, Anwar dalam bilik kecik di Sungai Buluh......

    BalasPadam
  2. Semua tu angan angan je. Lee Kuan Yew dah pergi Kelantan 8 hari ari tu lobbi N Ajis untuk jadi Presiden. Tak kan DAP nak bantah. Anuar memanglah kena pulang kekamarnya di Sungai Buluh tu. Tiga cell dah disatukan khusus untuk dia dulu. Tak kan dia nak lupa dengan begitu mudah.

    BalasPadam