SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 7 November 2009

HASRAT PM BIARLAH SAMPAI KE MATLAMATNYA.


Subur beri manfaat 200,000 keluarga miskin

SABAK BERNAM 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 golongan miskin tegar, mudah miskin, miskin dan Orang Asli di seluruh negara.
Menerusi baucar-baucar berharga RM24 dan RM10 setiap satu, mereka yang layak, boleh menukarkannya di kedai runcit atau pemborong yang dilantik untuk mendapatkan tiga kampit beras setiap satu seberat 10 kilogram.
Perdana Menteri berkata, pengagihan Subur mulai 1 Disember ini adalah contoh terbaik pengisian konsep '1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutama' iaitu makanan rakyat disumbangkan oleh kerajaan.
Ulasan Hujan emas:
Jutaan tahniah kepada YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana di atas keperihatinan dan kesungguhannya ingin membantu rakyat yang miskin tegar sama ada di Bandar dan Luar bandar dengan memberi subsidi beras kepada mereka.
Konsep 1Malaysia , rakyat didahulukan pencapaian diutama benar - benar dihayati oleh Dato Sri Najib.
Persoalannya , Adakah subsisi ini benar-benar sampai kepada sasarannya?. Kita bimbang perancangannya cukup cantik tapi bila sampai kepada pelaksanaannya akan menjadi satu isu besar dan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan.
Oleh itu, kepada pehak yang berwajib yang telah diberi amanah hendaklah melaksanakan dengan tulus ikhlas wahima apa sekalipun halagan, yang penting mereka yang benar-benar layak dan perlu dibantu harus menerima nikmat yang diberikan oleh Kerajaaan ini. Janganlah kita salah gunakan amanah ini. Kita bimbang subsisi ini akan menjadi seperti mana subsidi diesel kepada kaum nelayan.
Diharap perkara ini dapat dipantau dengan bersungguh=sungguh kalau ingin melihat hasrat kerajaan ini mencapai matlamatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan