SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 7 Julai 2010

PAHANG DAILY ONLINE PENGHASUT.






















PAHANG DAILY ONLINE TUDUH DATO NAJIB DAN AHMAD MASLAN MENIPU PENEROKA FELDA.

Saya terbaca satu artikel yang di buat oleh PAHANG DAILY ONLINE dalam blognya berkenaan ucapan Datio Seri Najib di majlis Sambutan Hari Peneroka semalam (07.07.2010)di Trolak.

Kata Pahang Daily online, Dato Seri Najib telah menipu peneroka berkenaan Felda kekurangan rizabnya. Kata Pahang Daily " Najib telah sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda yang digunakan itu sebenarnya.

Pahang dayly online juga pertikaikan kenapa RM 2 bilion digunakan untuk tanam semula.?. sedangkan kutipan daripada peneroka untuk tanam semula sudah terkumpul sebanyak RM17,000. Katanya " Inilah bukti pembohongan yang nyata dilakukan oleh Najib dan Ahmad Maslan untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya.

SAYA INGIN JUGA MENJELASKAN KEPADA PAHANG DAILY ONLINE, YANG TIDAK TAHU APA-APA TENTANG FELDA DAN MEMBUAT TUDUHAN YANG CUKUP BIADAP KE ATAS YAB DATO SERI NAJIB.

Untuk makluman PAHANG DAILY, Duit yang dikutip oleh Felda daripada peneroka sebenarnya hanya RM9,600 sahaja tetapi apabila dikumpul dan disimpan dapatlah disimpan sehingga RM17,000. Itupun bukan semuanya peneroka dapat dikutip sehingaa RM9,600 kerana ia bergantung kepada potongan pendapatan bulan setiap peneroka.


SATU PERKARA LAGI KENAPA FELDA MENGGUNAKAN RM2 BILLION UNTUK TANAM SEMULA ?.


Saya nak maklum kepada Pahang Daily bahawasanya setiap tanag rancangan Felda, kos tanam semula setiap rancangan adalah berlainan mengikut bentuk muka bumi dan keperluannya dan sebenarnya RM17,000 itupun tidak cukup untuk menguruskan tanam semula dan terpaksa menggunakan kewangan lain.


Lagi satu, Pahang Daily harus tahu daripada mana peneroka dapat duit untuk menguruskan kehidupan mereka sepanjang tempoh 3 tahun proses tanam semula itu dijalankan. Kalau Pahang Daily nak tahu.......... dalam tempoh 3 tahun proses tanam semula dijalankan sementara menunggu pokok sawit berhasil, FELDA telah memberi pinjaman sara hidup kepada semua peneroka yang iniginkan pinjaman tersebut. Kadarnya adalah seperti berikut :


Tahun pertama -: RM1,000.00 sebulan setiap Peneroka
Tahun Kedua -: RM1,200.00 sebulan

Tahun Ketiga _: RM1,300.00 sebulan

Cuba Pahang Daily kira berapa agaknya jumlah yang perlu dikelaurkan oleh Felda untuk mengurus pinjaman sara hidup tersebut ?.

OLEH ITU DIHARAP KEPADA PAHANG DAILY ONLINE, BUATLAH KAJIAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT TUDUHAN KEPADA YAB DATO SERI NAJIB.

JANGAN NAK CARI KELEMAHAN ORANG LAIN TETAPI SEBENARNYA KITA YANG BODOH.

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG, HARAP DAPAT FAHAM APA TUJUAN PAHANG DAILY MENGELUARKAN ARTIKEL YANG TIDAK BERMORAL ITU.

sekian.



Selasa, 6 Julai 2010

HARI PENEROKA FELDA (07.07.)



























SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA (07.07.10)


Hari ini seluruh warga Peneroka Felda menyambut HARI PENEROKA. Majlis ini diadakan di MRSM Trolak dan akan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.


Hari ini juga FELDA sekali lagi melakar sejarah apabila YAB PM akan merasmikan MRSM FELDA di trolak yang pertama semperna Sambutan Hari Peneroka.


Warga Felda seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan dan Felda yang bukan sahaja memberi bantuan kewangan kepada pendidikan anak-anak Felda TETAPI sanggup menyediakkan tempat untuk belajar.


Kalau dulu FELDA DITUBUHKAN bagi menempatkan orang-orang melayu yang tidak bertanah, yang misikin, yang hidup melarat di ceruk-ceruk kampung ke kawasan Felda. HARI INI TERBUKTI FELDA, Bukan sahaja berjaya menjadikan orang melayu yang tidak bertanah sudah memiliki tanah TETAPI dapat menyediakan segala-galanya kepada seluruh warga felda yang tidak pernah dibayangkan oleh warga Felda selama ini.


KEPADA PIHAK YANG TIDAK SENANG DENGAN KEJAYAAN FELDA INI, JANGANLAH IRIHATI, BIARKANLAH FELDA DENGAN MASYARAKAT PENEROKANYA.


KEPADA YANG BERADA DI DALAM FELDA, YANG TIDAK PERNAH PUASHATI DENGAN APA YANG DILAKSANAKAN OLEH FELDA INI SEDARLAH....Bayangkan kalau kita tidak menjadi peneroka Felda, DIMANA KITA SEKARANG INI ?.BAGAIMANA KEADAAN KEHIDUPAN KITA ?. BAGAIAMANA ANAK-ANAK KITA ?.


Janganlah dek hasutan dari golongan yang irihati melihat kejayaan Felda, kita termakan hasutan tersebut dan lupa segala-galanya apa yang telah kita kecapi selama ini.


KEPADA SELURUH WARGA PENEROKA FELDA.......SELAMAT MENYAMBUT HARI PENEROKA......TERUSKAN SOKONGAN ANDA KEPADA FELDA. SEMUGA KITA AKAN LEBIH BERJAYA. Sekian.

Khamis, 1 Julai 2010

Anwar PUJUK Yahudi







APA PANDANGAN PAS TERHADAP SIKAP ANWAR ?.


Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat (AS) semata-mata untuk menuntut kemaafan daripada Yahudi di atas kenyataannya yang dilihat beliau sebagai ANTI-YAHUDI dalam isu APCO Worldwide.


Dengan sikap Anwar seperti TALAM DUA MUKA ini, BAGAIMANAKAH PANDANGAN PAS?.


APAKAH MASIH LAGI TIDAK NAMPAK SIAPA SEBENARNYA YANG MENJALIN HUBUNGAN DENGAN YAHUDI ?.


Kenapa PAS hanya berdiam diri, Kenapa tidak diadakan demotrasi membantah hubungan Anwar dengan Yahudi ?.


Apakah isu ini juga hanya melibatkan peribadi bukannya parti sebagaimana kenyataan Karpal Singh tentang Islam PAS yang ditafsirkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai pandangan peribadi dan bukannya pandangan DAP ?.


KEPADA PENYOKONG PAS, Yang taksub dengan pemimpin mereka sedarlah...............Jangan sampai diri kita juga akan digadaikan demi untuk mempertahan kuasa dan jawatan yang diperolehi oleh pemimpin mereka.


Jangan sesekali kita diperdayakan dengan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka SEBENARNYA mereka menggunakan Islam bagi mengejar jawatan dan kuasa.


FIKIRKANLAH ......ADAKAH DAP DAN PKR BENAR-BENAR IKHLAS BERGABUNG DENGAN PAS ATAU HANYA SEKADAR MENJADIKAN PAS SEBAGAI ALAT DEMI KEPENTINGAN PERJUANGAN MEREKA ?.


SELIDEKILAH DENGAN SEBENARN-BENARNYA, CUKUPLAH HANYA PARTI SAHAJA YANG MENJADI ALAT KEPADA DAP DAN PKR. JANGAN SAMPAI AGAMA DAN DIRI KITA JUGA DIGADAIKAN.


FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PENYOKONG PAS.

Jumaat, 25 Jun 2010

PENEROKA DAPAT DIVIDEN DAN BONUS KPF












PENEROKA PERLU YAKIN DENGAN FELDA





Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah menetapkan bayaran dividen dan bonus kepada ahlinya sebanyak 14 peratus bagi tahun 2009 yang akan dibayar dalam masa terdekat ini.





Kepada warga Felda seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi ini. Terutama kepada warga Peneroka yang sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana memilih mereka menjadi peneroka Felda. Bukan setakat boleh menjadi ahli KPF sahaja bahkan diberi saham percuma dan diberi pinjaman tanpa potongan daripada pendapatan hasil ladang.





Janganlah kita mudah terpedaya dengan puak-puak yang iri hati dengan keselesaan yang dinikmati oleh masyarakat Felda dan sekarang ini mereka masuk ke Rancangan Felda bertujuan menghasut peneroka.





Para peneroka perlu membandingkan antara dirinya dengan rakannya yang berada di luar Felda, APAKAH kehidupan mereka lebih baik dari kita ATAU kita terlalu lebih baik dari mereka baik ?.





Binalah kehidupan kita di Felda dengan jalan yang betul dan jangan dek kerana kita membuat keputusan tanpa usul periksa dan ditambah pula percaya kepada hasutan-hasutan dari luar maka kita telah mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cicik kita. Biarlah mereka mewarisi tanah pusaka yang kita miliki ini kerana inilah satu-satu tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan BN yang perlu kita kekalkan menjadi pusaka kita. Jangan sesakali kita biarkan Tanah ini menjadi milik orang lain.





INGATLAH WAHAI PENEROKA, KEHIDUPAN KITA DITANAH FELDA CUKUP BERKAT.


DI SINI LAH KITA MULAKAN DENGAN ANAK KITA BERADA DI MENARA GADING, DI SINILAH KITA DAPAT MEMBINA MAHLIGAI YANG INDAH DAN YANG PALING KITA JANGAN LUPA, DISINILAH TEMPATNYA YANG TELAH MENYEBABKAN KITA BOLEH MENUNAIKAN HAJI.





FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Sabtu, 22 Mei 2010

FUZIAH SALLEH NASIHAT KELUAR SEGERA









Ahli PKR Tidak puashati dinasihat keluar Parti.


Fuziah Salleh ,Ahli Parlimen Kuantan menyeru kepada ahli PKR yang tidak berpuashati dinasihatkan agar keluar parti dengan segera tanpa menunggu pilihanraya.


KENAPA FUZIAH MEMBUAT KENYATAAN SEPERTI INI ?.


Adakah beliau sememangnya risau dan bimbang dengan perkembangan terkini yang mana semakin ramai ahli PKR seluruh Tanah air termasuk beberapa Ahli Parlimennya yang keluar parti?. ATAU Beliau sengaja memberi amaran agar ahli PKR selepas ini jangan keluar parti ?

SEBENARNYA, Fuziah dan kepimpinan PKR memang risau dan bimbang dengan perkembangan terkini dimana semakin ramai ahli PKR yang keluar parti. Mereka juga bimbang jika perkara ini terus berlaku, pada pilihanraya umum akan datang mereka ini akan kehilangan jawatan dan kuasa.

Sebab itulah , Fuziah Salleh memberi amaran awal kepada ahlinya supaya membuat keputusan segera , agar mereka juga akan memilih jalannya sendiri atau membuat sesuatu perkara yang membolehkan mereka mengekalkan jawatan dan kuasa mereka seperti hari ini.

KEPADA AHLI PKR. Sedarlah bahawasanya parti PKR tidak boleh membawa apa -apa perubahan bagi menjamin keharmonian dan masa depan rakyat Malaysia ini.

OLEH ITU, Buatlah keputusan segera demi masa depan anak-anak kita yang mana sekarang ini terdapat setengah pehak yang sedang mengambil kesempatan di atas perpecahan orang melayu untuk mendapatkan kuasa bagi memerintah Negara MALAYSIA ini.

FIKIR-FIKRKANLAH WAHAI AHLI PKR..............

Rabu, 5 Mei 2010

KENAPA KARPAL ANGGAP KES BUNUH ?




Karpal dakwa kes diklasifikasi bunuh.
Karpal Singh mengklasifikasikan kes tembak mati Aminulrasyid Amzah sebagai kes bunuh yang membawa hukuman mati mandatori.
Beliau berkata Peguam Negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu.
APA YANG MENJADI PERSOALANNYA?.
Apakah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa mendapat perjelasan daripada polis yang terlibat , Karpal sudah boleh membuat andaian bahawa kes ini kes bunuh?.
Apakah dengan berbuat demikian sudah dianggap adil sebagaimana pihak pembangkang dok laungkan selama ini ?.
Diharap kepada Karpal, kalau hendak menjadi pembela, biarlah mendengar dari kedua-dua belah pihak dulu, jangan dek kerana kepentingan politik terus sahaja membuat klasifikasi tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Kita simpati kepada keluarga Aminulrasyid dan wajar mendapat pembelaan tetapi biarlah benar-benar membantu bukan kerana kepentingan politik.

Selasa, 27 April 2010

PKR DAKWA BN BELI UNDI




BN TIDAK BELI UNDI - PM
Keputusan PRK Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 1725. Jentera BN termasuk YAB PM cukup gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini akan menaikkan semangat dan memberikan harapan baru bagi memperkukuhkan BN untuk masa depan.
TAPI kita juga sudah menduga berbagai alasan dan tuduhan akan dilemparkan oleh puak PR apabila mereka tidak memenangi dalam mana-mana pilihanraya.
Di Hulu Selangor , BN dituduh membeli undi pengundi Hulu Selangor.
Apa yang perlu kita lihat dan renung bersama adalah apakah maruah pengundi Hulu Selangor boleh dibeli dengan wang ringgit.
Adakah mereka sanggup memberi undi kepada BN jika dibayar dengan wang ringgit ?.
Janganlah kita meletak maruah dan harga diri pengundi Hulu Selangor begitu rendah sekali. Jangan disebabkan mereka tidak memberi undi kepada kita maka kita menuduh mereka telah disuap dengan wang ringgit.
Apa yang dibuat oleh BN dan kerajaan adalah segalanya kehendak rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. mereka mahu masalah mereka didengar dan diselesaikan. MAKA kerajaan mendengar keluhan mereka dan bertepatan dengan gagasan 1MALAYSIA " Rakyat didahulukan Pencampaian diutamakan.
Lagi pun kita perlu faham , selama ini dibawah pemerintahan PKR selepas PRU ke 12, tidak ada apa yang dilakukan oleh PKR bagi meyelesaikan masalah mereka.
Apabila berlaku pilihanraya kecil, maka kerajaan datang mendengar keluhan mereka dan selesaikan apa yang boleh diselesaikan. Kerajaan laksanakan projek yang diperlukan oleh orang ramai dan bukannya membeli maruah mereka.
Oleh itu, kita berharap kepada semua rakyat Malaysia , sama-sama kita menilai dan membuat pertimbangan yang waras bagi membandingkan antara kerajaan BN dengan puak PR , yang manakah benar-benar berjuang untuk membela rakyat dan yang manakah yang hendak menghancurkan Negara kita ini.