SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 25 Jun 2010

PENEROKA DAPAT DIVIDEN DAN BONUS KPF












PENEROKA PERLU YAKIN DENGAN FELDA





Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah menetapkan bayaran dividen dan bonus kepada ahlinya sebanyak 14 peratus bagi tahun 2009 yang akan dibayar dalam masa terdekat ini.





Kepada warga Felda seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi ini. Terutama kepada warga Peneroka yang sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana memilih mereka menjadi peneroka Felda. Bukan setakat boleh menjadi ahli KPF sahaja bahkan diberi saham percuma dan diberi pinjaman tanpa potongan daripada pendapatan hasil ladang.





Janganlah kita mudah terpedaya dengan puak-puak yang iri hati dengan keselesaan yang dinikmati oleh masyarakat Felda dan sekarang ini mereka masuk ke Rancangan Felda bertujuan menghasut peneroka.





Para peneroka perlu membandingkan antara dirinya dengan rakannya yang berada di luar Felda, APAKAH kehidupan mereka lebih baik dari kita ATAU kita terlalu lebih baik dari mereka baik ?.





Binalah kehidupan kita di Felda dengan jalan yang betul dan jangan dek kerana kita membuat keputusan tanpa usul periksa dan ditambah pula percaya kepada hasutan-hasutan dari luar maka kita telah mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cicik kita. Biarlah mereka mewarisi tanah pusaka yang kita miliki ini kerana inilah satu-satu tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan BN yang perlu kita kekalkan menjadi pusaka kita. Jangan sesakali kita biarkan Tanah ini menjadi milik orang lain.





INGATLAH WAHAI PENEROKA, KEHIDUPAN KITA DITANAH FELDA CUKUP BERKAT.


DI SINI LAH KITA MULAKAN DENGAN ANAK KITA BERADA DI MENARA GADING, DI SINILAH KITA DAPAT MEMBINA MAHLIGAI YANG INDAH DAN YANG PALING KITA JANGAN LUPA, DISINILAH TEMPATNYA YANG TELAH MENYEBABKAN KITA BOLEH MENUNAIKAN HAJI.





FIKIR-FIKIRKAN LAH.

5 ulasan:

  1. Syukurlah............tahniah kepada Peneroka-Peneroka yang melabur........ 14% dividen, sapa nak bagi weh...... Kohilal hamPAS pun tak dok...

    BalasPadam
  2. Peneroka Beringat Pahala Dapat Peneroka Pengkilat Bala dapat ..Hidup Peneroka dan Generasinya Jangan Tergugat Disebab kan Kehendak PAS Dan PKR.Biar Kita Bersih Seperti Zaman Kelahiranya

    BalasPadam
  3. ya..ya.. tahniah buat peneroka...bg anak generasi peneroka rebut gak peluang tu ya..

    BalasPadam