SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 28 Disember 2012



MASIH KEKALKAH TANAH FELDA JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH ?.

Kebijaksanaan Allahyarham Tun Abd Razak menubuhkan Felda bagi menempatkan terutama orang-orang melayu yang miskin, tidak bertanah dan berharta di seluruh Negara cukup berjaya dan memastikan orang melayu (Peneroka Felda) memilikki ladang 10 ekar dan 1/4 ekar tapak rumah. Daripada tidak berharta,hidup melarat suatu ketika dulu TAPI KINI mereka semua sudah memiliki rumah yang besar,kereta yang hebat bahkan mampu menunaikan Haji bukan setakat sekali tetapi sudah 2 atau 3 kali. Inilah hasil usaha Kerajaan BARISAN NASIONAL (BN)yang sentiasa mementingkan kehidupan rakyat.

TETAPI Jika Pembangkang (PR) yang teringin sangat nak memerintah negara Malaysia ini, kemewahan yang dinikmati oleh seluruh keluarga Peneroka Felda ADAKAH BOLEH DIKEKALKAN?.

Jika dilihat di Negeri yang diperintah oleh Pembangkang samada di Kelantan, Kedah ataupun Selangor, BUKTINYA JELAS, mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan bahkan hingga ke hari ini, banyak kawasan pasir dikebasnya,habis balak di kikiskannya dan habis tanah dijualkan.

TIDAK MUSTAHIL, JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH nanti, semua tanah milik Peneroka (orang melayu) akan dimilikki oleh bangsa lain.Mereka tahu bagaimana nak melemahkan orang melayu.Peringkat awal mereka akan membatal Akta GSA yang tidak membolehkan peneroka menjual tanah mereka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

  Apabila mereka membatalkan Akta GSA, MAKA Peneroka Felda bolehlah menjualkan tanah mereke kepada sesiapa sahaja. Jika ini akan berlaku, yakin dan percayalah bahawa suatu masa nanti Tanah yang dimilki oleh orang melayu ini akan habis tergadai.

WAHAI PENEROKA INGATLAH, TIDAK ADA TANAH LAGI YANG MAMPU KITA MILIKKI SELAIN YANG ADA SEKARANG INI.MAKA JANGANLAH TERPENDAYA DENGAN TIPU HELAH PEMBANGKANG YANG MENGEJAR KUASA DAN MENGEJAR KEKAYAAN. JANGAN SAMPAI CUCU CICIK KITA SUATU HARI NANTI AKAN KENCING DI PUSARA KITA AKIBAT ANGKARA KITA SEMUA. FIKR-FIKRKANLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan