Rabu, 7 Julai 2010
PAHANG DAILY ONLINE PENGHASUT.
PAHANG DAILY ONLINE TUDUH DATO NAJIB DAN AHMAD MASLAN MENIPU PENEROKA FELDA.
Saya terbaca satu artikel yang di buat oleh PAHANG DAILY ONLINE dalam blognya berkenaan ucapan Datio Seri Najib di majlis Sambutan Hari Peneroka semalam (07.07.2010)di Trolak.
Kata Pahang Daily online, Dato Seri Najib telah menipu peneroka berkenaan Felda kekurangan rizabnya. Kata Pahang Daily " Najib telah sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda yang digunakan itu sebenarnya.
Pahang dayly online juga pertikaikan kenapa RM 2 bilion digunakan untuk tanam semula.?. sedangkan kutipan daripada peneroka untuk tanam semula sudah terkumpul sebanyak RM17,000. Katanya " Inilah bukti pembohongan yang nyata dilakukan oleh Najib dan Ahmad Maslan untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya.
SAYA INGIN JUGA MENJELASKAN KEPADA PAHANG DAILY ONLINE, YANG TIDAK TAHU APA-APA TENTANG FELDA DAN MEMBUAT TUDUHAN YANG CUKUP BIADAP KE ATAS YAB DATO SERI NAJIB.
Untuk makluman PAHANG DAILY, Duit yang dikutip oleh Felda daripada peneroka sebenarnya hanya RM9,600 sahaja tetapi apabila dikumpul dan disimpan dapatlah disimpan sehingga RM17,000. Itupun bukan semuanya peneroka dapat dikutip sehingaa RM9,600 kerana ia bergantung kepada potongan pendapatan bulan setiap peneroka.
SATU PERKARA LAGI KENAPA FELDA MENGGUNAKAN RM2 BILLION UNTUK TANAM SEMULA ?.
Saya nak maklum kepada Pahang Daily bahawasanya setiap tanag rancangan Felda, kos tanam semula setiap rancangan adalah berlainan mengikut bentuk muka bumi dan keperluannya dan sebenarnya RM17,000 itupun tidak cukup untuk menguruskan tanam semula dan terpaksa menggunakan kewangan lain.
Lagi satu, Pahang Daily harus tahu daripada mana peneroka dapat duit untuk menguruskan kehidupan mereka sepanjang tempoh 3 tahun proses tanam semula itu dijalankan. Kalau Pahang Daily nak tahu.......... dalam tempoh 3 tahun proses tanam semula dijalankan sementara menunggu pokok sawit berhasil, FELDA telah memberi pinjaman sara hidup kepada semua peneroka yang iniginkan pinjaman tersebut. Kadarnya adalah seperti berikut :
Tahun pertama -: RM1,000.00 sebulan setiap Peneroka
Tahun Kedua -: RM1,200.00 sebulan
Tahun Ketiga _: RM1,300.00 sebulan
Cuba Pahang Daily kira berapa agaknya jumlah yang perlu dikelaurkan oleh Felda untuk mengurus pinjaman sara hidup tersebut ?.
OLEH ITU DIHARAP KEPADA PAHANG DAILY ONLINE, BUATLAH KAJIAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT TUDUHAN KEPADA YAB DATO SERI NAJIB.
JANGAN NAK CARI KELEMAHAN ORANG LAIN TETAPI SEBENARNYA KITA YANG BODOH.
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG, HARAP DAPAT FAHAM APA TUJUAN PAHANG DAILY MENGELUARKAN ARTIKEL YANG TIDAK BERMORAL ITU.
sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan