SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 12 Mac 2012

FAUZIAH SALEH (PKR) RAJA PENGHASUT.

DEMOTRASI ANTI LYNAS TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.

Puak yang anti Lynas telah datang ke Pekan Sg Lembing bagi mengadakan bantahan terhadap kenyataan yang direka cipta oleh puak mereka  mengatakan Menteri Besar Pahang mencadangkan sisa toksid akan dibuang di bekas lombong Sg Lembing.
Paling mengejutkan Fauziah Saleh ialah tidak mendapat sambutan daripada penduduk Sg Lembing lebih kurang tak sampai 200 orang yang menyertai demotrasi tersebut,itupun dicampur dengan puak luar yang dibawa oleh Fauziah Saleh dan penyokong PAS yang telah dicucuk hidung oleh DAP.
Sebenarnya Pekan Sg Lembing sememangnya  ceria dan meriah pada setiapn hari minggu kerana diadakan jualan Pekan Sehari dan kehadiran pelancong-pelancong asing  yang melawati Pekan Sg Lembing.
Perkara yang tidak diketahui oleh Fauziah Saleh juga ialah sebenarnya sebahagian penduduk Sg Lembing telah lama terdedah dengan sisa -sisa toksid daripada kesan perlombongan bijih timah sejak berpuluh-puluh tahun dulu. Sisa toksid bijih timah kadarnya lebih tinggi daripada sisa toksid kilang Lynas tetapi penduduk Sg Lembing lebih cerdik daripada Fauziah Saleh kerana kesan daripada sisa toksid sebenarnya  tidak merbahayakan manusia sebab itulah bekas pekerja lombong yang masih tinggal di Sg Lembing masih sihat walaupun umur mereka sudah menjagkau lebih daripada 60 tahun.

KEPADA FAUZIAH SALEH : Cukuplah menghasut masyarakat, buatlah kerja sebagai Ahli Parlimen dan jagalah kawasan sendiri dan selesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut, janganlah dok sibuk kerja orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan