SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 2 November 2010

PRK GALAS : SOKONGAN KEPADA PAS SEMAKIN MEROSOT.












HUBUNGAN PAS + DAP : GOLONGAN VETERAN PAS TIDAK BERSETUJU.


Semalam berkesempatan bersua muka dengan ahli Pas veteran di Kg RPT Sg Terah, satu-satunya kawasan hitam Pas. Keistemewaan yang ada pada orang Kelantan ialah menghormati tetamu lebih daripada segala-galanya.


Ketika berbual-bual, beliau mengakui adalah penyokong kuat Pas sejak dari dulu lagi. Bila ditanya kenapa menyokong Pas ?, beliau menjawab kerana Pas dulu adalah parti yang memperjuangkan Agama Islam,tapi sekarang Pas telah berubah dan beliau meluahkan perasaan tidak puashati terhadap perjuangan PAS sekarang ini kerana Pas membuat pakatan dengan DAP.


Beliau juga menyatakan sebahagian ahli Pas veteran sekarang ini sudah tawar hati dengan Pas , cuma hanya kerana masih menghormati Tok Guru Nik Aziz sahaja.


Bila ditanya bagaimana dengan pilihanraya kali ini ?. jawabnya sedang memikirkan samada nak keluar mengundi atau tidak.


Ditanya lagi kenapa tak sokong UMNO ?. Dijawab UMNO juga bagus kerana sama-sama orang melayu tetapi kepimpinan UMNO perlu ubah pendekatannya dengan rakyat.


Katanya lagi, UMNO di Kelantan, kerana kita ni orang Pas,kalau ada apa-apa sumbangan tidak diberikannya walaupun hanya disebelah rumah.


Ditanya bolehkah UMNO dan PAS bergabung dan sama -sama perjuangkan Agama Islam, Bangsa dan Negara ?. jawabnya spotan ITULAH YANG SEPATUTNYA.


Satu pengalaman yang cukup bermakna dan UMNO boleh lakukan perubahan sebagaimana ahli Pas veteran ini luahkan.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN. INSYAALLAH BN AKAN BERJAYA DI PRK GALAS INI.








2 ulasan:

  1. "Katanya lagi, kerana kita ni orang Pas,kalau ada apa-apa sumbanngan tidak diberikannya walaupun hanya disebelah rumah."

    Orang PAS kena fikir juga,.. kalau orang UMNO bagi, lepas tu kata semua yang nak diberi tu RASUAH dan HARAM. Jadi siapa yang salah sekarang ni. Bagi salah tak bagi pun salah. Apa kata hulurkan tangan perpaduan, janganlah dok keluar fatwa gila2 lagi. Bukan lah kita yang boleh menghukum sesorang insan salah atau tidak,.. hanya Allah maha kuasa yang berhak menghukum hambanya. Apa salah berbaik semula....

    BalasPadam
  2. salam perjuangan kepada semua ...
    apa yang sepatut nya dibuat oleh pemimpin tertinggi umno dan pas bagai mana kita orang-orang melayu boleh duduk dalam satu rumah walau pun dalam dua pati kerana kalau orang melayu sentasa berpecah yang rugi bukan orang lain tapi orang melayu juga...pak lurah menyokong apa yang disarankan semuga orang melayu kembali bersatu salam pak luarah...

    BalasPadam