SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 13 November 2010

TOKOH YANG KIAN DILUPAKAN.




TENGKU RAZALEIGH PENYELAMAT DUN GALAS.

Kejayaan Barisan Nasional merampas semula Dun Galas masih lagi diperdebatkan oleh masyarakat umum. Berbagai-bagai andaian juga telah diperkatakan samada oleh pehak pembangkang ataupun penyokong BN, malah diulas dan dikaji juga oleh penganalisis politik. tanah air.

Walau apapun yang diperkatakan, Dun Galas sudah kembali k pangkuan Barisan Nasional.Kemenangan ini juga bukan sahaja menaikkan semula semangat ahli UMNO bahkan kekuatan BN sendiri menjadi lebih kukuh.


Apapun, kita jangan lupa kepada watak utama yang mewarnai dan mempamerkan bukan sahaja kehebatannya bahkan segala pengalaman dan pengaruhnya digunakan sepenuhnya bagi menawan hati pengundi bagi memberi undi dan sokongan penuh kepada BN.

Tokoh yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan YB MULIA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.

INILAH tokoh yang tidak boleh kita lupakan, bukan sahaja watak utama di Dun Galas bahkan salah seorang tokoh UMNO yang tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihanraya.

Beliau adalah tokoh yang boleh dijadikan contoh(Roll model) kepada kepimpinan UMNO dan generasi baru dalam UMNO. Kesetiaan dan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Walaupun suatu ketika dulu membimbangkan kita (UMNO) bila beliau berada dipentas Pas bagi menjelaskan isu royalti minyak Kelantan TAPI apabila dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Dun Galas, beliau menerima dengan hati terbuka dan menggunakan sepenuhnya pengalaman, pengaruh dan segala-galanya bagi membuktikan kesetiaannya kepada UMNO dan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Akhirnya, Allah swt menentukan segala-galanya dengan memberi kemenangan yang cukup bergaya kepada Barisan Nasional di Dun Galas.

Bagi saya, sewajarnya YAB Perdana Menteri boleh terus menggunakan pengalaman dan kebolehan yang ada pada YB Mulia Tengku Razaleigh bagi mengukuhkan dan perkuatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan BN khasnya rakyat Kelantan.


Sudah sampai masanya YAB Perdana Menteri memberi ruang dan peluang kepada YB Mulia Tengku untuk mencurahkan segala yang ada demi Bangsa, Agama dan Negara dengan memberi jawatan sebagai Menteri yang bersesuaian dengan kebolehan dan keperibadiannya.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan